"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 11, 2009

Pilihanraya Umum ke 13 pada 2011, Sebelum Pemilihan PAS

Maklumat yang saya dapat adalah Najib Tun Razak mahukan mandat yang segera sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mandat yang ada sekarang ini adalah mandat yang didapati oleh Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi dan bukan mandat beliau.

Maka, penasihat-penasihat di sekeliling beliau menyatakan bahawa mereka mahu mandat segera dan untuk itu perlu diadakan pilihanraya segera bagi menjamin kekukuhan pemerintahan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mereka bercadang untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum pemilihan PAS Pusat yang dijangka pada bulan Jun 2011. Biasanya Pemilihan PAS diadakan sewaktu cuti persekolahan. Maka, pilihanraya umum akan diadakan pada waktu yang sama menyebabkan PAS terpaksa menangguhkan pemilihan ini kepada selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Najib Mahu Menghadapi Pakatan Rakyat Dalam Keadaan PAS Dipimpin Kumpulan Pro UMNO

Itu adalah impian Najib Tun Razak. Itu adalah perancangan beliau sejak mula. Bayangkan apa yang pimpinan Pro UMNO yang sedang memimpin PAS sekarang boleh lakukan untuk membantu UMNO.

Sudah tentu mereka akan memilih senarai calon yang pro kepada aliran “Perpaduang”. Orang macam Khalid Samad dan Dr Dzul akan mendapati bahawa nama mereka telah digugurkan. Ini akan menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan jentera parti itu sendiri yang akan melemahkan jentera PAS itu sendiri.


Bayangkan kalau Roslan SMS yang dicalonkan bertanding di Parlimen Shah Alam menggantikan Khalid Samad? Hancurlah seluruh jentera PAS kelak.

Di peringkat Pakatan Rakyat juga laaaaaggiiii teruk. Pimpinan2 Pro UMNO dalam PAS ini sudah pun melakukan banyak perkara sabotaj kepada Pakatan Rakyat setakat ini. Bayangkan bila hampir dengan pilihanraya nanti.

Mereka cuma perlu untuk tidak berpartisipasi dalam mesyuarat2 sahaja untuk cukup menghapuskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Itu tidak termasuk kenyataan-kenyataan yang bakal dibuat kepimpinan PAS yang tidak sesuai dan tidak cocok untuk menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak.

Dan dalam kes Hasan Ali kita lihat sendiri betapa Presiden PAS dengan mudah menolak kehendak serta kemahuan AJK PAS Pusat. Tiada apa-apa emosi pun yang beliau tunjuk sewaktu menolak kehendak AJK PAS Pusat. Ini bererti majoriti AJK yang pro PR itu TIADA MAKNA. Keputusan mereka akan ditolak mentah-mentah. PAS Pusat telah jadi macam PAS Terengganu.

Najib mahu PAS menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum kelak. BN akan mendapat kemenangan percuma sekaligus memenangi semula kerusi-kerusi yang mereka kalah serta menawan semula negeri-negeri yang mereka tewas.

Selepas UMNO kukuh semula, mereka akan tendang geng2 perpaduang dalam PAS ni macam tendang kucing. Segala yang mereka janjikan selama ini, mereka akan buang dalam tong sampah.

Ingat, Najib cuma perlu 55% dari undi popular untuk menawan kesemua kerusi dan negeri yang mereka kalah tempohari.

Umno Takut Dengan Cadangan EGM PAS

Saudara lihat sendiri bagaimana media Pro UMNO melaporkan cadangan Tok Guru untuk EGM dahulu. Nampak KETAKUTAN MEREKA YANG AMAT SANGAT akan idea EGM ini akan berjaya.

Selepas itu, demi memastikan idea EGM ini akan mati, mereka telah menyerang dan memfitnah Tok Guru dalam isu hadiah haji dan juga isu PMBK.

Tujuan mereka adalah melindungi pemimpin2 pro-umno dalam PAS yang sekarang ini sedang menjahanamkan PAS.

Pemimpin2 Pro UMNO ini sedang menyebabkan pengundi bukan Islam lari bertempirian dari PAS dan orang2 Melayu yang mempunyai akhlak dan integriti juga menjauhi PAS. Presiden PAS sendiri semakin hari semakin tidak popular dan apa yang Presiden buat?Beliau lebih suka menuduh orang lain memfitnah beliau dari membetulkan persepsi rakyat terhadap beliau. Jelas beliau masih belum bertaubat lagi.

Malahan saya mendapat maklumat dari blog Bagan Utama, sewaktu pelancaran buku berkenaan dengan Presiden PAS yang ditulis oleh UStaz Ridhuan Mohd Nor di salah sebuah expo buku, hanya 1 naskah berjaya dijual dalam 3 hari expo itu berjalan. Samalah macam Harussani Zakaria sewaktu beliau menhadiri satu expo dulu, orang ramai hanya berlari menjauhi beliau walaupun dia ni Mufti (walaupun dia tak tau cakap Arab tapi boleh jadi Mufti, heran heran).

Ekonomi dan Isu Perak serta GST Memerlukan Pilihanraya Umum yang Segera

Kiranya pada 2010 dan 2011 ekonomi tidak pulih, maka 2012 akan melihatkan ekonomi negara yang amat buruk. Tiada kerajaan dalam dunia mahu mengadakan pilihanraya dalam keadaan ekonomi yang merudum dan amat teruk.

Perak juga memaksa Najib mempercepatkan jadual pilihanraya Umum kelak. Isu Perak akan menjadi barah pada BN. UMNO amat memerlukan mandatebaru untuk kerajaan haram mereka di Perak. Kalau mereka tunggu, imej BN dan UMNO akan lebih hancur lagi.

Juga, GST yang dirancang oleh BN hanya akan berkuat-kuasa pada 2012. Kalau BN mengadakan pilihanraya di tahun yang sama GST dilaksanakan, ia seperti membunuh diri semata-mata.

PAS Perlu EGM Untuk Menyelamatkan PAS & Parti Serta Menjamin Keutuhan PR

Saya tak dapat nak kata. Bagi saya keperluan EGM ini adalah seperti darurat bagi PAS. Saya yakin cadangan EGM yang diberikan oleh Tok Guru tempohari adalah ilham dari Allah SWT untuk membantu PAS dari mengulangi 2004.

Ia ilham yang Allah SWT turunkan kepada Tok Guru sewaktu Tok Guru bertahjjud dan bersolat malam. Ia adalah pentunjuk bahawa Allah SWT akan menjaga PAS ini dan jangan takut untuk meneruskan agenda EGM ini. Inshaalah pertolongan Allah SWT bersama kita.

Tulang Besi

27 comments:

WIRAUTAMA said...

Satu lagi yg aku boleh kata penimpuan dan fitnah dr TB, baca tajuk cam boleh agak dah.. agenda yg aku nampak tidak lain tidak bukan.. melainkan jawatan CEO di Selangor dan tah apa2 jawatan di Terengganu (kononnya bagi membantu PAS Terengganu menang pilihanraya).

Maka akan dicanangkan seolah2 PAS memerlukan EGM (lalek2 cam UMNO) dgn harapan DHA dan pimpinan PAS diSelangor dan Pimpinan Teganu sekarang bertukar maka jawatan CEO yg masih ada 'harapan' itu dapat pada TB.

itu semua angapan aku setelah baru seminggu dua berkomen2 dgn TB.

terlalu banyak tuduhan yg mungkin segala dokomen dan video2 dlm simpanan TB berada dgn TGNA sekarang (kita boleh mintak Topeng Perak sahkan bab ni)

TB kata "Bayangkan kalau Roslan SMS yang dicalonkan bertanding di Parlimen Shah Alam menggantikan Khalid Samad? Hancurlah seluruh jentera PAS kelak."

aku kata - tidak pernah aku lihat dlm sejarah PAS jentera PAS yg didakwa TB, walaupun Ibrahim Ali yg dicalonkan, TB mengambarkan perangai org PAS seperti perangai org UMNO.

satu lagi perbohongan dan fitnah TB "Pimpinan2 Pro UMNO dalam PAS ini sudah pun melakukan banyak perkara sabotaj kepada Pakatan Rakyat setakat ini"

mintaklah bukti dgn TB, maka akan dikata org itu UMNO.

TB kata lagi - "Dan dalam kes Hasan Ali.. "

aku kata - tak dapat tidak TB akan menyebut DHA, dan kita dah jelas bab ini cam aku kata di atas.. mungkin TB sudah menjadi Zaiton Sameon, masih 'menaruh harapan'

TB berkata lagi - "Najib mahu PAS menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum kelak. "

maka aku kata - TB sendiri dengan sedar telah menjadi musuh PR, walaupun Najib tak pernah terfikirkan -:P

TB berkata lagi - "Selepas itu, demi memastikan idea EGM ini akan mati, mereka (UMNO) telah menyerang dan memfitnah Tok Guru dalam isu hadiah haji dan juga isu PMBK."

aku kata - TB cuba menutup fakta yg semua tahu, org UMNO dan PAS tahu, org yg telah menyerang dan memfitnah Tok Guru dalam isu hadiah haji dan juga isu PMBK ialah org yg juga frust dgn perkataan CEO, atau mungkin TB berangapan tindakan TGNA memecat org tersebut sebagai tindakan yg salah kerana sebenarnya bagi TB DHA, TGAH dan pimpinan di teganu yg menyerang dan memfitnah Tok Guru. Tapi bagi aku yg nyatanya org yg dipecat oleh TGNA sama seperti TB iaitu org yg sangat fobia dgn perkataan "CEO"

.. BERSAMBUNG..

wirautama said...

SAMBUNGAN...

TB kata lagi - "Pemimpin2 Pro UMNO ini sedang menyebabkan pengundi bukan Islam lari bertempirian dari PAS dan orang2 Melayu yang mempunyai akhlak dan integriti juga menjauhi PAS."

maka aku tanya TB - adakah maksud TB org2 melayu seperti TB yg mempunyai akhlak dan integriti? (dgn baik sengka aku pada TB bahawa dia sorg ahli PAS)

TB kata lagi -"Presiden PAS sendiri semakin hari semakin tidak popular dan apa yang Presiden buat? Beliau lebih suka menuduh orang lain memfitnah beliau dari membetulkan persepsi rakyat terhadap beliau. Jelas beliau masih belum bertaubat lagi."

maka aku jawab dan tanya - Presiden sekarang memimpin satu Jammah Islam untuk mengubah landscape politik malaysia dgn berpandukan Quran dan Hadis, Ijma dan kias.

TB pulok sekarang tgh buat apa? masih lagi ngiga2 dgn CEO tu ke?

aku pulak tidak pernah mendengar TGHA menuduh org fitnah dia? tiada dlm media cetak atau eletronik. TB leh bagi sumber dok kat mana ambik ni? kami nok baca sendiri.. (tapi jgn harap, spt yg lepas2 dia akan kata kita UMNO, hahahaha)

TB kata lagi - "Malahan saya mendapat maklumat dari blog Bagan Utama, sewaktu pelancaran buku berkenaan dengan Presiden PAS yang ditulis oleh UStaz Ridhuan Mohd Nor di salah sebuah expo buku, hanya 1 naskah berjaya dijual dalam 3 hari expo itu berjalan. "

maka aku cari melalui google apa URL blog Bagan Utama (darat aku ni, x pernah dengor) yg aku klip url pertama ialah http://perakexpress.com/www/tag/bagan-utama/ dan yg kedua http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/jawap-surat-fitnah-bagan-utama-dan.html, namapak gaya blog Bagan Utama sama seperti TB je aku nampak. Maka tidak pelik lah itu rujukan dia. Rasa nok soheh org yg kenal Ustz Ridhuan Mohd Nor boleh tanya ustaz sendiri kebenaran cerita ini.

dlm tajuk "Ekonomi dan Isu Perak serta GST Memerlukan Pilihanraya Umum yang Segera" kerana aku yakin bahawa TB yakin dan percaya dirinya seorg ahli ekonomi, pakar penalisa politik (leh ganti Razak Baginda kelak) dan dia juga pakar bahasa.

semua di atas itu bukan matlamat TB, matlamat beliau tidak lain tidak bukan ialah kata2 yg bergitu manis yg menukar persenoliti TB sebanyak 360 darjah (malah lebih lagi) iaitu CEO, niat tersirapnya terkandung pada akhir artikal beliau bertajuk "PAS PERLU EGM UNTUK MENYELAMATKAN PAS DAN PARTI SERTA MENJAMIN KEUTUHAN PR" yg tidak di nyatakan oleh TB iaitu "AGAR HARAPAN AKU UNTUK JADI CEO LEBIH CERAH"

nasir said...

Kalau dah dendam tu sampai kiamat la dibawanya . Orang lain dah x sebut pun . DIa pula lebih2 nak cucuh api lagi . Memang boleh kata nie la agen UMNO tanpa disedari . Kerjanya hanya menyerang dari dalam . ...

Teruskan TB dengan fitnah2 dan pembohongan moga Allah ada balasan yang selayaknya

Anonymous said...

Haiii takutnya si Wiraburuk dengan EGM ye.

Berani kerana benar, wahai Wiraburuk.

Aku pun sokong TB tak keluar komen kau.

Memang hampeh

Anonymous said...


mintaklah bukti dgn TB, maka akan dikata org itu UMNO.
.

Kau buta ke wira buruk?

Semua rakaman2 yang dia dedah tu tak jadi bukti ke?

Anonymous said...

Ya la wiraburuk,

Kao taraf peon, taraf bangla angkat sampah.

Mana boleh jadi CEO. Sebab tu kao jales tengok TB boleh naik jadi CEO.

Bangla macam kao ni takda klas nak maki TB.

Kao sepatutnya sedar kau ni taraf bangsat.

Janganlah samakan diri kao dengan TB.

Boleh tak wiraburuk?

Anonymous said...

wiraburuk jales dia taraf peon tak sama dengan TB.

Sbb tu dia asyik serang TB.

Hahahaha kao memaang bangsa binatang wiraburuk

Perangai kau lebih teruk dari beruk

Anonymous said...

Kesian aku tengok sapa yang bagi anak dia kawin dengan bangla macam kau, wiraburuk.

dah lah taraf bangla angkat sampah, ada ke melayu nak bagi kahwin dengan kau ni, wiraburuk?

wirautama said...

baru kata, terbukti sudah.. sedangkan aku tak pernah maki2 dia.. tapi tak pe ah.. mmg dia nak tunjuk sapa sebenar dia.. Melayu yang mempunyai akhlak dan integriti. (bakpe wase nok wek je ni)

kenapalah perlu berselindung disebalik anon2.. -:P

ke mmg dasar org layak jadi CEO dia suka selindung2 gitu ek.. hehehe pah tu nok sebut2 pasal khawin pulok.. ish! ish! ish!..

mmg lah aku jelos TB layak jd CEO, tu tak jadi lagi tu, klu jadi lagi lah aku jelos hehehehe

TB.. TB.. dgr cerita lah.. ko ada masalah kluarga ek? entahlah aku cuma baca org komen je.. tak tahu betul ke dok.. klu ada tu selsai jelah elok elok k.. yg jwtan CEO tu lupa kan dulu kejap.. selesai yg penting dulu..

Anonymous said...

Dah lah wira

Kau berentilah nak fitnah si TB tu.

Kalau kau berani, sumpah sama. TB dah sumpah. Kau bila lagi?

Kau ada telur ke takda telur? Aku nak tanya?

Ke memang kau sejak lahir takda telur?

Bangsa bachul macam kau ni memang layak jadi Bangla Alam Flora je.

Hahahahahaha

The doctor said...

semoga barisan nasional dapat semula negeri yang telah dirampas oleh pihak pembangkang selama ini terutamanye di kelantan.Dan semoga Bn dapan dapat memerintah malaysia dengan selamat aman dan makmur.

The doctor said...

kita berharap dato najib dapat menepis semula tanggapan yang telah dilontor terhadapnye olh nik aziz.Dan tepisan itu dilakukan dengan apabila beliau dapat meyakinkan kelantan di bawah genggaman bn nanti.

Anak Lenggong said...

Kah kah kah...punya laa camtek bahasa puak yang mendakwa pejuang agama islam ni eks...bravoooo...ngape komen pasal hadi jee...tu nik ajis dan keluarga nya dah terok jatuhkan maruah pas..sehingga orang lain tak boleh tegur dia...ada brani kee

The doctor said...

Saya nak tanye bagaimane penulis blog boleh tahu bagaimane pru13 akann diadakan pada 2011 nanti.Tolong ceritakan.

wirautama said...

anon December 11, 2009 3:02 PM (baca sebagai TB) kata - " Kau berentilah nak fitnah si TB tu.
Kalau kau berani, sumpah sama. TB dah sumpah. Kau bila lagi?
Kau ada telur ke takda telur? Aku nak tanya?
Ke memang kau sejak lahir takda telur?
Bangsa bachul macam kau ni memang layak jadi Bangla Alam Flora je.
Hahahahahaha"

habis perkataan TB (baca sebagai anon December 11, 2009 3:02 PM)
-------------------------------

aku lok kena bersumpah? eik pelik bin anjaib.. apa jenis hukum ni? adakah org yg suruh pendakwa (baca tukang wak fitnah) pulak kena bersumpah? Tak kan seorg CEO pun tak leh nok beza benda2 gitu.. malulah sikit ke Bangla Alam Flora tu.. ish! ish! ish!

perompak harta rakyat said...

Kalau aku jadi Haji Hadi .... tulis buku dan dalam masa 3 hari hanya 1 naskah berjaya dijual...

(tu pun ntah2 Hadi yang beli buku dia sendiri)

Aku akan dengan rela hati lepas jawatan.... kalau nak tengok sokongan... cube anjurkan perhimpunan sokong Hadi... tgk sama ramai tak yang datang mcm Perhimpunan sokong Tok Guru aritu....

perompak harta rakyat said...

Kalau aku jadi Haji Hadi .... tulis buku dan dalam masa 3 hari hanya 1 naskah berjaya dijual...

(tu pun ntah2 Hadi yang beli buku dia sendiri)

Aku akan dengan rela hati lepas jawatan.... kalau nak tengok sokongan... cube anjurkan perhimpunan sokong Hadi... tgk sama ramai tak yang datang mcm Perhimpunan sokong Tok Guru aritu....

Anonymous said...



aku lok kena bersumpah? eik pelik bin anjaib.. apa jenis hukum ni? adakah org yg suruh pendakwa (baca tukang wak fitnah) pulak kena bersumpah? Tak kan seorg CEO pun tak leh nok beza benda2 gitu.. malulah sikit ke Bangla Alam Flora tu.. ish! ish! ish!
.

Apsal takut ke nak bersumpah, wahai wira buruk?

Kau tak payah lah nak tuduh aku TB. Kau tu yang tau mana hujung mana pangkal.

Sebab tu standard kao Bangla Alam Flora je.

Tu yang kao jales TB boleh jadi

Anonymous said...

# koi "knapa bila YB Zul Nordin(pkr) melenting, puak BN diam?"

Details
2009-12-11 8:18 AM
#

# koi "dap ckp korng melenting..tp bila MAIWP jual tanah wakaf masjid & bgunkn jd pusat kmersial puak2 BN ni sepi seribu bhasa lak..apasal x mlenting?"

Details
2009-12-11 8:17 AM
#

# koi "apa yg korng nk dr BN?konsert,judi,arak,jom heboh..2 kn korang semua nk..yg kaya makin kaya,yg miskin mkin miskin..2 hakikat bila 50 thn BN perintah"

Details
2009-12-11 8:13 AM
#

# koi "tgk bini PM & menteri yg dikatakn perintah ngara Islam pun malu..xwajib ker ttup aurat?"

Details
2009-12-11 8:10 AM
#

# koi "aku nk ko,apa yg BN wt nk cegah maksiat?penah ker diorg sekat jual arak?pnah ker sekat judi?"

Details
2009-12-11 8:09 AM
#

# koi "wei wak bengong..hasan ali 2 nk cegah la jgk.dr wt x kesah pasal arak & judi mcm BN"

Details
2009-12-11 8:07 AM
#

# koi "yg BN terang2 luls lsen judi,arak,pusat hiburan xda lak nk kata..ats nama pmbngunan ko tgk apa dh jdi kt remaja skrg??apa dh jdi?bka utube tgk sendiri"

Details

Anonymous said...

# koi "kepala hotak ko syg pas cmni gaya..blajr tggi skit bro,biar bila dpt info tau cara nk analyse.bkn amik bulat."

Details
2009-12-11 8:04 AM
#

# koi "habis ko nk pas join BN??join same2 luluskn lesen arak,judi, pub?yg 2 ker ko nk?"

wirautama said...

kadag tu ada org yg kebodohan dia tak dapat diajar dan kecerdiknya tak dapat di ikut.. ish! ish! ish!

Anonymous said...

wirautama said...

kadag tu ada org yg kebodohan dia tak dapat diajar dan kecerdiknya tak dapat di ikut.. ish! ish! ish!
.

banding kau lah, bodoh mcm lembu tak boleh ikut langsung.

Anonymous said...

teruskan je tb. kita tengok wiautama terus meroyan. dh terang lg bersuluh. kalo ko btul2 wirautama ajak la TGHA letak jawatan dan kita bubarkan pas dan umno mcm yg TGNA war2kan dulu. kenapa semua senyap?? takut bila bubar korang xde jawatan?? itu semua kuasa tuhan la bro bukan kuasa makhluk...

BOND 0134331159 said...

jika benar apa dikata
EGM amat penting untuk semua
SAPA SAPA YANG TIDAK MAHU EGM
boleh keluar dari PR
masuk belah sana

ingat.....
masa semakin pendek
pilihanraya semakin hampir

SAPA TIDAK SETUJU BERMAKNA DIA MAHU MEMUSNAH PAS DAN PR

ADAKAH ANDA MAHU JADI MACAM TAHUN 2004

INGAT BALIK 2004
APA DAH JADI

SELAMATKAN PR
SELAMATKAN PAS

2004 PR KALAH TERUK
JANGAN BENARKAN IA BERULANG....

Anonymous said...

aku masih sokong ko lagi tb. jgn takut. org atas pagar pun aku yakin masih ramai yg sokong ko dan tok guru ko TGNA. aku anggap ko ni check and balance utk PAS. xramai org macam ko. ramai yg xbrani bersuara terutama mcm wirautama dgn batuapi. diaorang wala' yg membawa rebah. tb ko punya prinsip sama mcm org atas pagar. mana2 pemimpin yg x boleh diharap akan ditendang x kira dari mana dan apa jawatan. aku respect kt ko utk itu..teruskan pendedahan sehingga seantero bumi malaysia tahu biar pemimpin yg bermasalah dipaksa berundur dari jawatannya. utk TP kalu ko buang tb aku rasa makin mudahlah PAS akan hancur ditangan org2 yg bermasalah.

lurus

Anonymous said...

takpe! lagi cepat pilihanraya lagi bagus, Sebab aku nak tengok samada mat monggol ni boleh jadi tak ketua pembangkang kat parlimen.

Dia belum di uji lagi sebagai pemimpin mitali, jadi kita sama2 tengok kesusahannya bila mat monggol ni jadi pembangkang.Baru puas hati rakyat yang ditindasnya.

wirautama said...

anon kata December 11, 2009 6:29 PM
(baca TB)
banding kau lah, bodoh mcm lembu tak boleh ikut langsung.

CEO lah kata kan... ;-P
layak sangat lah..