"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Mat saman kati. Show all posts
Showing posts with label Mat saman kati. Show all posts

Friday, August 15, 2008

Temuramah Anwar dengan Malaysiakini

Malaysiakini: Sdr. selalu dok sebut pasai ‘16 September, 16 September’, tapi ramai orang kata Sdr. auta saja. Betui ka?

Anwar: Dulu aku dok kata kita boleh kaut lima negeri masa mengundi 8 March, hangpa tak percaya. Sapa pun tak percaya - Malaysiakini pun serupa.

Ok la bila orang peringatkan aku ‘optimistik’ sangat, tapi kita tau la. Tapi tak boleh nak bagi tau la, bukan ka? Jadi, berdasarkan maklumat yang kita ada, kita percaya kita boleh lakukan. Hangpa tau? Gomen pun tau, IGP pun tau, tu pasai depa buat kerja tak senonoh ni. Depa percaya, kita boleh buat. Tu pasai depa gabra dan buat macam-macam untuk menghalang kita.

Pasainya, depa takut masa depan depa - kalau Sdr. jadi PM, depa takut nanti Sdr. pi hambat depa.

Nak buat macam mana sebab bukan senang nak keluaq penjara, kena pukui, kena jel, kena fitnah macam-macam, lepaih tu terus kata..” jangan buruk sangka”. Lupakan saja la.

Tapi hang kena sedar. Bila kita ada prinsip, ada agenda, cakap pasai cabaran, depa hambat kita. Betui… ada kes saman pada Mahathir, tapi semua ni masih dalam proses pasai depa asyik dok ulang yang tu saja. Dan saya terpaksa menghentikan depa. Bukan nak buang masa berlawan dengan depa.

Tapi macam mana hang nak lawan dengan orang macam Musa Hasan, dah lebih sangat. Tak terlambat bagi dia nak gostan tapi dia cukup confident boleh berjaya. Memang depa kecut perut tapi oleh kerana benda ni nampak macam soal peribadi, ramai yang duduk dalam polis pun tak suka.

Mula-mula sekali, Musa dah nak pencen. Yang kedua, pasai apa nak libatkan diri dengan dendam orang ni, yang disokong oleh Khairy dan kuncu-kuncunya. Dan saya sebut nama-nama depa ni, macam Najib dan Rosmah sebab semua orang dah tau.

Tapi macam mana kita nak urus kerajaan, buat perubahan, bergerak ke depan - kita perlukan kesedaran yang baru, semua bangsa kena bersatu, ekonomi kena perkukuhkan, kehakiman kena perbetuikan dan keyakinan terhadap polis mesti dikembalikan - kalau kita asyik dok tengok kebelakang.

Saya bukan nak kata saya ni malaikat. Tak dak….

Habih…nak lawan depa?

Tak dak.. kita kena bergerak kedepan dan kita kena la memaafkan perkara yang lepaih yang menyentuh hal peribadi. Kalau takat 2,000 ekar dan dua billion ringgit, bukan hak saya nak memaafkannya, depa kena bagi balik. Tapi kita tak boleh la heret negara gostan kebelakang.

Maksud Sdr… kalau Sdr. jadi PM, Sdr. akan melupakan perkara yang lepas?

Saya maafkan, tapi saya takkan lupakan.

Sdr. tau tak, Dr. Mahathir ada kata.. kalau Sdr. jadi PM, dia akan lari keluar negara?

Kah…kah..kah… Dia melawak saja kot…

Kalau Sdr. jadi PM, adakah Sdr. akan mengambil tindakan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap depa yang tinggi-tinggi nu?

Dalam 10 tahun yang lepaih,saya dah maafkan. Kat Mahathir pun serupa.Dia kata apa pun, saya tak ambik pot pun. Tapi kalau tengok apa yang Abdullah Badawi dan menantu dia buat…teruk la. Nampak saja alim, tapi lagi teruk. Lebih baik jadi liberal, sekular daripada mengaku alim, warak blah..blah..blah, tiba-tiba bercakap tentang moral dan etika.

Nak buat macam mana? Maaf boleh maaf tapi yang ni kita kena lawan juga.

Apakah yang akan Sdr. lakukan sebagai Ketua Pembangkang, bila dah menang?

Kena berbincang dengan kawan-kawan dari Pakatan la. Tak boleh la main cakap saja, terutama kat level kita. Setiap dasar kena bincang bersama.

Insyaalah, bila masuk Parlimen nanti, sebelum belanjawan, dengar belanjawan. Tapi perkara penting ialah contact balik semua Ahli Parlimen yang dah janji nak ikut kita kalau saya masuk Parlimen.

Kata kerajaan menunggu, tapi kabinet bayangan pun tak dak?

Ada….. tapi belum diumumkan. Tak betui kalau orang kata kita tak dak orang nak pegang portfolio.

Adakah itu agenda pertama Sdr. sebagai Ketua Pembangkang?

Saya setuju, benda ni cukup penting dan saya akan pastikan benda ni akan jadi agenda pertama dalam mesyuarat pertama Pakatan nanti.

Pasai isu Majlis Peguam - mungkin kah ini akan menyebabkan masalah dalam Pakatan bila ada pemimpin PKR dan PAs yang menentang forum ini secara terbuka?

Betui. Benda ni mengajar kita bahawa setengah daripada keputusan kita perlu difahami terutama peringkat bawahan. Mungkin pasai kita tak terangkan diperingkat bawahan tapi bagi saya jelas, secara jelas, kita mesti membenarkan forum ini. Kita dah bagi tau Majlis Peguam tentang pandangan kita dan Pas jugak dah keluarkan kenyataan - Hadi Awang dah cakap dengan jelas - kita mesti benarkan, tapi kena buat secara tertutup la.

Ini juga pandangan peribadi saya buat masa la ni sebab kita kena berdepan dengan benda ni.Saya cuba mendapatkan pemimpin Islam untuk menerima bahwa kita mesti membenarkan perbincangan. Kalau kita tak boleh nak berhujah, ada yang tak betui la dengan kepercayaan kita. Kita mesti yakin untuk berhujah. Jadi kalau kita tak berapa suka dengan wakil kita, kita cari orang lain yang lebih baikuntuk berhujah.

Saya dah berbincang dengan Mehrun Siraj semalam, dia pun ada kat sana, masa tu ada sorang sister tengah bagi pendapat yang sepatutnya didengar oleh orang islam dan bukan islam. Kita miss yang ni.

Dimana sebenarnya Zulkifli Nordin?

Saya pun tengah cari dia.

Betui ka Sdr. tak tau kat mana dia ada?

Saya diberitahu, dia berjanji untuk call balik jadi sya sedang menunggu. Saya tak dapat berhubung dengan dia dah beberapa hari dah. Tapi kita bersetuju dengan apa yang dibagi tau oleh Syed Husin Ali.

Adakah tindakan akan diambil terhadap Zulkifli?

Syed Husin dah cakap tentang pendirian kita dan saya diminta untuk bercakap dengan dia untuk memberi notis ataupun sebarang pertanyaan dan tindakan yang akan diambil. Saya rasa, kita kena tunggu dia dulu kalau nak buat apa pun. Kena adil juga kat dia.

Apakah jenis tindakan?

Terpulang pada Syed Husin yang jadi Ketua Jawatakuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang bebas.

Adakah dia akan dibawa ke Lembaga Disiplin?

Kita kena tanya kat dia dulu apa yang berlaku.

Macam surat tunjuk sebab?

Kita tengok dulu.

(Temuramah ini dibuat dalam Bahasa Inggeris dan boleh dilihat diMalaysiakini. Terjemahan kedalam dailek Permatang Pauh ini dibuat untuk memudahkan kita paham - mat saman kati)

Saturday, August 02, 2008

Konspirasi Pak Lah

Repot polis ini telah dibuat pada 5.45 pm, 28 June 2008 oleh Saiful Bukhari a/l Azlan.

Saya, Mohd Saiful Bukhari b Azlan, ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.

Pasai apa Saiful lambat sangat nak buat repot?. Jom kita tengok balik apa yang berlaku sebelum repot ini dibuat.

Pada 25 Jun 2008, Saiful berjumpa dengan SAC 11 Mohd Rodwan Mohd Yusof kat bilik 619, Concorde Hotel di Kuala Lumpur. Sebelum tu, Saiful dan Rodwan telah bercakap melalui telefon sebanyak 8 kali.

Sebenarnya, depa tak ingat berapa kali depa telefon. Depa cakap ja 8 kali, walaupun sebenarnya mungkin lebih dari tu. boleh jadi 10 atau 12 kali. tapi sapa yang nak kira? Yang penting, depa berhubung banyak kali sebelum berjumpa di bilik 619, Concorde Hotel- macam mana nak kata 'rahsia kalau Malaysia Today boleh tau?

Tapi kita kena ingat. Rodwan adalah pegawai polis yang sama terlibat dalam konspirasi liwat 1998 terhadap Anwar. Rodwan terlibat sebagai orang yang mengambil contoh darah Anwar secara haram, kemudian, tiba-tiba saja keluar sebagai 'kesan' diatas tilam. Walaupun tilam itu di gunakan sebagai 'bukti', tapi hakim memerintahkan semua bukti itu dibuang dari rekod perbicaraan.

bila depa rasakan tilam itu tidak dapat membantu, depa minta hakim buang tilam tu. Dan tiba-tiba saja, tilam tu pun ghaib dan tak pernah muncul dimahkamah walaupun sebelum itu, ia diangkut setiap hari, bagi seluruh dunia tengok.

Ini apa yang dikatakan oleh peguam Sivarasa tentang hal ini.

"Dalam perbicaraan tahun 1998-99 , Anwar mengalami bagaimana bukti DNA disalahgunakan. Kita ada SAC Rodwan, yang mengambil sampel DNA secara haram dari simpanan forensik. dalam perbicaraan, ketika saksi pendakwa di soalsiasat, terbongkar bahawa DNA yang diambil itu telah di letak keatas tilam yang mahsyur itu.

Bila di tenung dengan fakta ini, pendakwa telah meminda pertuduhan dan memujuk hakim, Augustine Paul, untuk membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod, untuk menghalang peguam Anwar dari membalas."

Sebenarnya, banyak lagi 'bukti-bukti' yang dicipta terhadap Anwar untuk meyakinkan rakyat bahawa dia bersalah dalam kes liwat ini. Tunggu la...Malaysia Today akan membongkar saksi-saksi ini dan menelanjangkan bukti-bukti ini untuk menunjuk kepada rakyat bahawa IGP Ular dan AG haprak, termasuk barua-barua mereka seperti Rodwan, cuba memerangkap Anwar.

So, Rodwan dan Saiful berjumpa tiga hari sebelum itu dan mereka berhubung sebanyak sekurang-kurangnya 8 kali melalui telefon. Walaubagaimanapun, tiada repot polis dibuat sehinggalah Saiful pergi ke 2 hospital, tiga hari kemudian. Mengapa berhubung sebanyak lapan kali melalui telefon dan berjumpa secara rahsia bersama Rodwan didalam bilik hotel, dan hanya membuat laporan polis selepas dua kali pergi hospital?

Jom kita tengok persitiwa sebelum itu.

1. Saiful dan Rodwan bercakap melalui telefon lebih dari lapan kali.
2. Pada 25.06.08, jam 2.30 petang, Saiful dan Rodwan berjumpa dibilik 619, Concorde hotel di Kuala Lumpur.
3. Pada 26 Jun 2008, pungkok Saiful dikatakan telah di'liwat' oleh Anwar.
4. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi kePusat Rawatan Islam (Pusrawi) untuk mengadu dia tak boleh berak. Dia bagi tau kat doktor, dia tak boleh berak sebab ada orang 'sodok' pungkok dia.
sepatutnya, kalau pungkok dia kena sodok, mesti la lagi senang nak berak.
5. Doktor pun jenguk kat pungkok Saiful dan mendapati pungkoknya masih 'dara', macam pungkok Raja Petra!
6. Doktor pun bagi tau, kalau nak buat repot polis, lebih baik pergi ke hospital kerajaan.
7. Macam mana pun, Saiful tak pergi jumpa doktor kat hospital sebaliknya pergi ke pondok polis kat hospital tu untuk buat repot.Sumber dari HKL bagi tau, Tak ada pun pemeriksaan perubatan dibuat, tapi polis kata ada! Kalau kita tengok, repot polis itu dibuat dalam masa sejam atau dua jam selepas Saiful meninggalkan hospital. Nampak macam hospital bercakap benar dan polis berbohong.

Cuba ingat, Saiful berjumpa polis SEBELUM kejadian liwat ini berlaku. Kejadian liwat tu dikatakan berlaku pada 26 Jun manakala Saiful berjumpa polis pada 25 Jun. Itu pun, dia tunggu sampai 28 jun, baru dia pergi kehospital dan membuat laporan polis. Semua ini adalah kemuncak kepada pertemuan rahsia didalam bilik hotel dan selepas perbualan telefon dibuat.

Kalau Saiful diliwat, tak kan dia tak bagi tau kat Rodwan dalam pertemuan rahsia pada 25 Jun? Dan pasai apa depa jumpa secara rahsia dalam hotel pada 25 Jun? Bukan ka lebih baik kalau depa jumpa kat balai polis? Kalau hangpa la, hangpa nak jumpa polis SEBELUM diliwat atau SELEPAS diliwat?

Sapa yang berfikiran waras mahu percaya cerita ni? Ok, aku kata waras. Pak Lah mahu polis mendakwa Anwar walaupun Kabinet menentang. Kabinet merasakan tidak ada bukti untuk mendakwa Anwar, malah nak menuduh dia pun tak boleh. Tapi Pak Lah mahu polis meneruskan kes ini dan mendakwa Anwar. Aku kata orang yang berfikiran waras, tapi Pak Lah bukan lah orang yang waras.

Pasai apa Pak Lah teringin sangat nak dakwa Anwar? Senang ja. sebab kalau kes ini diteruskan, najib pun terlibat sama. Polis telah merakamkan kenyataan Najib dan Rosmah dibawah seksyen 112. Jadi, Najib dan Rosmah mesti menjadi saksi semasa perbicaraan. Bila itu berlaku, semuanya akan akan menjadi senang, macam taik keluar dari pungkok selepas diliwat.

Semasa perbicaraan yang akan dilakukan terhadap Anwar, rakyat malaysia akan diberitahu tentang hubungan diantara Saiful dengan Mumtaz Jaafar. Rakyat Malaysia juga akan diberitahu siapa dia Mumtaz Jaafar dan apakah hubungan dia dengan Rosmah. Kemudian, rakyat Malaysia akan diberitahu hubungan diantara Khairul Anas, Pembantu Khas Najib, dengan Saiful. - dan kisah-kisah mereka semasa bersekolah. Ho.ho.ho.. semua keseronokan dan skandal seks akan terbongkar semasa perbicaraan, mungkin Astro pun tak laku.

Kes liwat Anwar ini akan memudaratkan Najib, lebih teruk dari Anwar. Dipenghujungnya, mahkamah akan mengatakan tidak cukup bukti untuk mensabitkan kesalah terhadap Anwar.Mungkin lima atau enam tahun, tapi akhirnya Anwar akan bebas. Walaubagaimanapun, semasa lima enam tahun ini, Anwar terpaksa merengkok didalam penjara kerana tidak dibenarkan jamin. Ya...Anwar akan bebas tapi selepas merengkok dalam penjara tanpa jamin.

Najib pula tak boleh hidup senang. Anwar akan bertanding di Permatang Pauh dan mesti boleh menang. Mungkin majoritinya lebih besar dari Wan Azizah. Dan ini terjadi kerana Anwar akan bertanding dari dalam Penjara Sungai buloh dan semua orang tau, dia tak sepatutnya tinggal didalam penjara, jadi dia akan mendapat lebih banyak undi simpati.

Sementara itu, pemilihan UMNO diperingkat bahagian akan diadakan serentak dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Dan Tengku razaleigh akan mendapat lebih dari 60 pencalunan, cukup untuk bertanding Presiden Umno. Nak dapat pencalunan ni yang susah, tapi kalau dia dapat pencalunan, dia akan dapat undi. Yang tu senang.

Sebaik saja Tengku razaleigh menang jawatan Presiden Umno dan menjadi Perdana Menteri, dia akan meminta AG dan polis supaya menghentikan semua ini. Kalau ada kes terhadap Anwar, campakkan dia kepenjara. Kalau tidak, hentikan pembaziran wang rakyat ini dan tutup kes. Itu yang akan dilakukan oleh tengku razaleigh. Dan dia akan disanjung dan Anwar akan kembali dengan kekuatan yang lebih kuat daripada sebelum dia dihantar kepenjara. Tengku razaleigh kemudian akan berpakat dengan pembangkang dan mencadangkan supaya dihentikan semua permainan politik ini supaya semua boleh duduk semeja dan bekerja untuk mentadbir negara.

Ekonomi didalam keadaan teruk. Negara ditadbir secara autopilot. Tiada siapa yang mentadbir negara ataupun bertanggungjawab. keseluruhan masa dihabiskan untuk menjatuhkan orang lain. Untuk kesejahteraan negara, semua ini mesti dihentikan dan Tengku Razaleigh akan menghentikan semua ini.

Orang-orang bukan Melayu gembira dengan Tengku Razaleigh dipuncak kuasa. sekarang ni, mereka tidak gembira, bukan saja dengan ekonomi malah tidak gembira dengan muzakarah Pas-Umno yang gagal. umno cuba memikat Pas dan cuba untuk bergabung dengan Umno. Malah Umno bersedia untuk menyatukan kedua-dua parti ini menjadi satu dan membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini. Bukan saja Umno bersedia memberikan jawatan Menteri besar kepada Pas, malah jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pak Lah menyatakan ini secara bertulis.

Tapi tunggu dulu. Kalau Pas diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kat mana nak bubuh Najib? Dan kalau Najib tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, macam mana dia nak jadi Perdana Menteri. Dan Pak Lah menawarkan ini secara bertulis supaya pemimpin Pas dapat mengemukakannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari Khamis lepas.

Bukan ka itu sebabnya mengapa Pemuda Pas kata, "Pas tidak berminat untuk bergabung dengan Umno, walaupun ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri!". Adakah sebab memang benar Pak Lah menawarkan mereka jawatan itu, atau hanya hipotesis Pemuda Pas?

Itulah caranya untuk membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Secara serentak Najib dan Anwar dapat dikawal, dan Pak Lah tak perlu risau dengan dua orang ni. Boleh jadi betul. Boleh jadi tidak. Ada satu lagi isu sama ada Tengku razaleigh akan mendapat 60 pencalunan atau tidak dan sama ada Anwar menang diPermatang Pauh atau tidak.Kalau satu atau kedua-duanya berlaku, ia akan mengubah keseluruhan senario politik negara.Apa pun yang berlaku, satu perkara cukup jelas. Najib akan ditendang keluar, tak kira macam mana pun. Ini boleh dijangkakan tapi siapa yang berkuasa selepas itu, menjadi tanda tanya.

Ini bukan tentang kes Anwar diperangkap dengan tuduhan liwat palsu atau tidak. Ia berkenaan Najib yang diheret kedalam kancah ini dan didakwa sebagai dalang dalam konspirasi untuk memerangkap Anwar.Sudah pasti, Anwar akan merengkok dipenjara lima atau enam tahun, kemudian diisytihar tidak bersalah. Tapi Najib akan dipaksa bersara untuk kebaikannya. Ini bukan tentang Anwar tapi tentang Najib, dan Najib masih tidak menyedarinya... Kesiaaaan.

(Entri ini adalah terjemahan daripada artikel asal: Killing two birds with one stone , oleh Raja Petra)

exclusive by - mat saman kati

Friday, August 01, 2008

Mutakjadidah

Petang semalam, Kak Lijah, jiran sebelah rumah minta tolong bawakkan dia ke Felda Bersia, nak cari madu lebah Tualang. Nak buat ubat anak dia kena sakit mengah. Pergi klinik, doktor kata asthma, makan ubat dan kena pump dah banyak kali tapi masih tak baik. Aku bagi tau suruh cari daun nam-nam dan madu lebah, last-last aku balik kena cari semuanya. Tak pa lah, tu satu hal.

Dalam perjalanan balik dari Felda Bersia, dia mintak singgah kat rumah abang dia, Pak Lang Tajol kat Grik. Sampai kat rumah Pak Lang Tajol, tengok penuh dengan orang. Depan rumah ada khemah 4 biji. Sampai depan pintu, depa semua riuh rendah.

"Ambil ayor, renjih kat muka dia" kata sorang tu.

"Pegang tangan dia!" kata sorang lagi.

Aku tengok, Pak Lang Tajol tengah menggelupor. "Cepat cari sudu tembaga!" aku bagi tau. Punya la bodoh depa ni. Orang tengah kena gila babi, panggil bomba pancut air satu tangki pun dia takkan sedar.

Kelam kabut depa cari sudu tembaga, last-last dapat lah satu. Aku cekup muka dia, sumbat sudu tembaga kat mulut Pak Lang Tajol. Diam sekejap. "Ada bedak sejuk ubi bemban tak?" aku tanya.

"Mana nak ceghoko, yob!" jawab mak cik sebelah." Bedak orang beranak ada la."

"Bedak sejuk?" aku tanya lagi.

"Bedak sejuk pun tak mandang" jawab mak cik tu.

"Kalau tak ada, bawak tepung tajin dengan ayor" aku bagi tau kat makcik tu. Dia pergi kedapor, ambil tepung ubi dengan air. Aku bancuh tepung ubi dengan air, sapu kat muka Pak Lang Tajol.

Dalam agak-agak sepuluh minit, Pak Lang Tajol mula sedar. Sudu tembaga pun terjatuh dari bibirnya. Nasib baik ada madu lebah yang aku bawak, bancuh dengan air, bagi kat Pak Lang Tajol minum. Orang ramai yang lain pun beredar. Ada yang duduk melengung bawah khemah, ada yang tersandar kat kerusi malas. Semuanya macam orang tak semiak.

"Apa halnya, Yob? semuanya macam ayam kena hawar?" Aku tanya kat Pak Lang Tajol.

"Tak patut betui deme buat kat aku." lemaaaah saja bunyinya. "keghobo dah bertambat, beras dah bertampi, balai dah bertegak, tiba-tiba deme tolak mentah-mentah je. Tak ada hati perut langsung." Pak Lang Tajol tersebik-sebik.

Aku ternganga macam ayam kena tungau.Tak tau hujung pangkal. Yang Pak Lang Tajol cerita kat aku buat apa, aku bukan tau apa-apa.

Kak Lijah pun bagi tau. "Hari tu deme ni pergi minang anak Penghulu Nizar kat Ipoh. Dari awal lagi dah, Nizar ni tak berkenan kat kami. Tapi adik beradik dia banyak yang suka. Lagi pun, bapak Nizar dari Trengganu pun dah setuju, tapi Nizar ni pulak yang biut benor."

"Betui la. Yang nak kahwin anak Nizar. Pak Awang tak boleh la cakap banyak. Mana boleh dia yang menguruskan cucu, mesti la Nizar. Sebagai bapa, dia ada lebih hak." aku balas balik.

"Mat.. Penghulu Nizar pun tak ada hak. Yang ada hak anak dia!" sampuk Kak Lijah.

Tercengang aku sekejap. " Kak Lijah ikut mazhab Hadhari ke Mazhab Elvis Presley?"

"Anak Nizar tu bukannya betina.. anak jantan..ikut suka dia la." jawab Kak Lijah.

"Laaa...ini dah kes telaga cari baldi. " Ishh..ish..ish. Macam ni punya manusia pun ada dalam dunia ni?" aku tanya dalam hati.

"Hari tu dengar kata dah bertunang? Nak menikah Hari Merdeka ni?" Aku tanya.

"Betui la. Hari tu kami merisik kat bapak dia kat Trengganu tu. Dah setuju dah. Tup-tup, datang pak penakan dia dari Kelantan nu, minta hantaran macam-macam. Tambah lagi lima pinggan." Sayu je dengor cakap Pak Lang.

"Pak penakan dia minta apa?" aku tanya.

"Bukan-bukan dia mintak. Yang empat pinggan tu, boleh jugak dibuat, tapi yang satu tu, tak sanggup teman, weh."

"Kah..kah..kah macam nak minang Puteri Gunung Ledang je?" aku gelak. Kak Lijah getu peha aku. "Apa dia permintaan kelima tu?"

"Dia suruh aku bawak anak aku check kat Pusrawi. Yang tu aku aku cuak sikit." kata Pak lang Tajol.

"Pasai apa?" aku tanya.

"Dah kena tebuk tupai!" jawab Pak Lang Tajol.

"Astagfirullahilazim. Mungkin Penghulu Nizar dah tau dari awal kot? Malu la dia kalau orang tau anak dia jadi Pak Sanggup!" aku bagi tau kat Pak Lang Tajol.

"Macam ni la Pak Lang, macam mana kalau suruh Mat Ezam pi merisik pulak. Kalau Pak Penakan Penghulu Nizar tu minta lima pinggan, suruh Mat Ezam bawak enam kotak. Bior terkebil mata Pak Penakan Nizar tu. Kot-kot Nizar pun terliur juga tengok enam kotak tu." aku bagi cadangan kat Pak Lang Tajol.

"Ptuih!!" Pak Lang Tajol menyumpah." Budak tu cakap je besor. Kencin pun dalam seluor"

Aku tengok Pak Lang Tajol dah mula menggeletor balik. Kalau aku cakap lagi banyak, sah gila babi dia datang balik.

"Macam ni la Pak Lang." aku bagi tau kat Pak Lang Tajol." Pak Lang cari bunga tujuh jenih, limau purut tujuh biji. Yang tu buat mandi. Serai wangi segenggam, jerangau segenggam, sambau segenggam. Yang ni gantung kat ambang pintu"

"Nak buat apa?" Pak Lang Tajol tanya.

"Buang sial!"

Exclusive by - mat saman kati

Sunday, July 13, 2008

Mesyuarat Tergempar 3

"Dapat dah semua tarikh lahir depa?" Tanya Pak Nawi.

"Dah. Semua dapat." Aku jawab.

"Kamu kira sendiri. Tak larat aku nak kira dah." kata Pak Nawi.

Tunku: 8.2.1903 8+2+1+9+3 = 23 = 2+3 = 5
Tun Razak: 11.3.1922 = 19 = 1+9 = 10 = 1
Hussein Onn: 12.2.1922 = 19 = 1
Mahathir: 10.7.1925 = 25 = 7
Pak Lah: 26.11.1939 = 32 = 5
Musa Hitam: 18.4.1934 = 30 = 3
Ku Li: 13.4.1937 = 28 = 10= 1
Ghafar Baba: 18.2.1925 = 28 = 10 = 1
Anwar: 10.8.1947 = 30 = 3
Najib: 23.7.1953 = 30 = 3

"Aku cakap, kamu check. Betul ke tak betul" kata Pak Nawi.

"Mula-mula Tunku jadi PM. Ada sapa berani lawan tak? Tun Razak pun tak berani lawan. Yang berani lawan, Mahathir. Tunku turun bukan pasai Tun Razak lawan, tapi pasai 13 Mei. Tahun 1990, Tunku dengan Ku Li lawan Mahathir, sapa menang? Kemudian Tun Razak naik, tapi dia tak lama. Tak sempat orang nak lawan dia dah mati.

Naik Hussein Onn, tapi lembik. Sapa yang lawan? Mahathir! Hussein Onn lari ikut tingkap, Mahathir naik. Bila Mahathir naik, sapa pun tak boleh lawan. Dia suruh Musa Hitam lawan dengan ku Li untuk Timbalan, tapi Ku Li tak boleh lawan Musa. Kamu ingat Musa menang pasai dia kuat ka? Tak!.... tapi pasai Musa 3, Ku Li 1. Kemudian Musa letak jawatan. Pasai apa Musa tak berani lawan Mahathir? Sebab Musa tau, kalau lawan pun dia akan kalah.

Mahathir lantik Ghafar Baba. Ghafar Baba tak kuat! Jadi, bila Anwar lawan, Ghafar baba lari terjun pintu. Pasai apa Ghafar Baba kalah? Pasai Anwar 3, Ghafar Baba 1. Kemudian Anwar lawan Mahathir. Sapa menang? Dah tentu Mahathir, sebab Mahathir 7, Anwar 3.

Kemudian Mahathir pilih Pak Lah. Pasai apa Pak Lah tak pernah lawan Mahathir? Sebab dia cucu Abdullah Fahim, pakar Tajul Muluk. Pak Lah tau, kalau dia lawan Mahathir, dia tentu kalah. Itu pasai, Mahathir cakap apa pun kat dia, dia buat tak tau saja.

Sekarang pasai Najib. Najib tak boleh lawan Pak Lah. Kalau Najib lawan Pak Lah, Najib bungkus. Itu sebab Najib jadi Pak Sanggup. Apa saja cakap Pak Lah dia ikut.

Kamu tengok pulak Anwar. Pasai apa Anwar tak lawan Pak Lah? Sebab kalau dia lawan, Anwar akan bungkus. Sebab Anwar 3, Pak Lah 5. Jadi Anwar lawan Najib, Anwar 3, Najib 3. Mungkin Anwar ingat, dengan Najib ada peluang, tapi Anwar tak tau, Najib dah sampai kekemuncak bukit. Dia baru nak merangkak. Aku rasa Najib menang." Kata Pak Nawi.

"Mungkin ka Anwar masuk penjara lagi?" aku tanya.

"Yang tu aku tak boleh nak kata, sebab nak masuk penjara ni, Najib bukan boleh buat sorang. Hang kena cari sapa lagi lawan Anwar."

"Habih, sapa yang boleh lawan Najib? Aku tanya Pak Nawi.

"Aku pun tak tau, kamu check Wan Azizah! " kata Pak Nawi.

Aku pun Google Wan Azizah dan dapat tarikh lahir nya.

3.1.1952 = 21 = 3

"Serupa ja , Pak Nawi!" aku bagi tau.

"Khairy Jamaludin macam mana?" tanya Pak Nawi.

10.1.1976 = 25 = 7.

Ha??!?!??

"Kamu perhati budak ni Mat." Pak Nawi bawa keluar tembakau dan daun nipah, pelan-pelan dia gulung.

--mat saman kati

Mesyuarat Tergempar 2

Usul undi tidak percaya akan didengar esok, hari Isnin. Dan setelah sekian lama polis menyiasat kes liwat Saiful, maka polis pun memanggil Anwar untuk mengambil kenyataan, juga pada hari Isnin. Kebetulan? Ataupun sebahagian dari perancangan? Atau pun dah memang takdir?

Selepas Asar, aku dan Pak Nawi pekena kopi O. Mak Cik Piah buat roti jala dan kuah durian. Sementara minum petang, Pak Nawi meneruskan agenda kedua.

"BN ni tak boleh tumbang, Mat. Sebab Umno jadi tunggak, dan parti lain cuma jadi Pak Turut. Kalau nak tumbangkan BN, kena tumbangkan Umno. Dan yang boleh menumbangkan UMNO cuma parti dari Sabah dan Sarawak. Itu pun bukan senang. Setakat kekuatan diri, masing-masing sama kuat. UMNO, UPKO dan SUPP. 9-9-9. Tapi Umno sudah sampai kekemuncak, manakala dua lagi parti ni baru nak naik. Rimau yang ada kat atas bukit, lebih kuat dari rimau yang baru nak naik.

Serupa jugak. PKR lawan Pas, PKR kalah. Pas lawan Umno, Pas kalah. PKR lawan Umno, PKR kalah. Tak percaya, kamu kira." Pak Nawi membuat ucapan alu-aluan.

Aku pun ambil buku dan kira, sementara Pak Nawi makan roti jala dengan kuah durian.

UMNO: 3456 = 18 = 9
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3
PPP: 777 = 21 = 3

Fuh!!! Macam sengaja disusun pulak! Tapi itulah kekuatan parti-parti yang ada dalam BN diSemenanjung! Kebetulan?

Sarawak:

PBB: 722 = 11
SUPP: 1377 = 18 = 9
PRS: 791 = 17 = 8
SPDP: 1747 = 19 = 10 = 1

"11 dan 22 ialah nombor khas. Tak boleh dicampur lagi, dan siapa yang dapat nombor khas, nombor 9 pun kalah. " Pak Nawi mengingatkan aku.

"Hang tengok PBB, Umno pun takut nak masuk Sarawak. Taib Mahmud pun sapa tak berani lawan, kalau lawan mesti out. Berapa kerusi Parlimen depa dapat?" Pak Nawi bertanya.

PBB = 14, SUPP = 6, PRS 5, SPDP =4. Hah!!! Kebetulan lagi!.

"Sabah macam mana?" Tanya Pak Nawi lagi.

UMNO: 3456 = 18 = 9
UPKO: 3726 = 18 = 9
SAPP: 1177 = 16 = 7
LDP: 347 = 14 = 5
PBRS: 7291 = 19 = 10 = 1
PBS: 721 = 10 = 1

Kerusi Parlimen: UMNO = 14, UPKO = 4, SAPP = 2, LDP = 1, PBRS = 1, PBS = 3.

"Hah! Semua betui, kecuali PBS! Macam mana ni Pak Nawi?" Aku tanya kat Pak Nawi.

"Kalau semua betui, aku dah jadi keramat dah!" balas Pak Nawi.

"Macam mana Umno boleh masuk Sabah?" aku tanya kat Pak Nawi.

"Sebab USNO masa tu tak kuat, kalau dia lawan pun, mesti kalah. USNO berapa?" Tanya Pak Nawi.

"USNO: 3156 = 15 = 6. Hah! Pak Nawi main silap mata kot?"

"Kalau macam ni, macam mana nak lawan Umno?" aku tanya Pak Nawi.

"Memang tak boleh lawan! Sapa lawan dia kalah. Kalau hang nak lawan, tok sah lawan Parti Umno, sebab tak ada parti lain kat semenanjung ni yang kuat, tapi lawan Orang Umno!. Sebab ramai orang Umno yang lemah."

"Ohhh! Sebab tu Anwar tak lawan Umno? Tapi dia lawan orang dalam Umno. Ada yang dia buat kawan, ada yang dia lawan."

Tapi pasai apa dia lawan Najib? Pasai apa dia tak lawan Pak Lah? Pasai apa dia lawan Mahathir?
"Hoi Mat, kopi O tu dah sejuk. Hang pi cari maklumat pasai orang-orang Umno. Lepas Isya nanti, kita sambung balik"

--mat saman kati

Mesyuarat tergempar.

Bila baca temuramah Hj. Hadi, komen Nik Abduh, peraduan cari benda tersembunyi Bakaq, aku rasa keadaan semakin hot.

Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitnah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?

Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.

Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.

Mampuih pi la. Aku pun tak minat, hangpa nak join Umno ka, nak join Najib ka, itu hangpa punya pasai. Sebelum menang dulu, hangpa minta undi untuk menang. La ni dah menang sikit pun hangpa tak tau macam mana nak uruskan kemenangan. Lebih baik kalah sebab hangpa tak layak jadi pemimpin.

Aku lebih minat dengan peraduan mencari benda tersembunyi anjuran Bakaq. Dan semalam aku mengadakan mesyuarat tergempar dengan Pak Nawi, untuk mencari benda tersembunyi. Sehari suntuk aku duduk dengan Pak Nawi, mentelaah kitab Tajul Muluk, nak tau apakah yang tersembunyi. Rupanya, lebih susah daripada nak cari Bala. Bukan pasai apa, Pak Nawi minta macam-macam. Last last, dia suruh aku buat homework, cari sendiri. Dia cuma bagi petua.

Agenda utama mesyuarat tergempar aku dengan Pak Nawi ialah untuk mengetahui, apa akan terjadi pada PR? Pak Nawi jawab, "tak boleh tahan lama!". Agenda kedua, macam mana dengan BN?. Pak Nawi jawab, "masih boleh bertahan!" Agenda ketiga, sapa bakal menggantikan Pak Lah?, Pak Nawi jawab, "Najib!". Puuui! Tak gila ka?

Posting kali ini, aku cuma cakap pasai agenda pertama. Tapi aku tak mau kongsi pendapat Pak Nawi saja! Aku nak hangpa tolong kira sama.

Pak Nawi pakai kitab Tajul Muluk. Ni kitab lama orang Melayu tapi telah difatwakan oleh Persatuan Ulama Malaysia, sebagai, "baca boleh tapi jangan percaya." Kali terakhir Pak Nawi buat study tentang kitab Tajul Muluk ialah sebelum pembinaan Istana Seri Menanti, kat Negeri Sembilan. Istana tu tak pakai Feng Shui, tapi pakai kitab Tajul Muluk.

Ini kunci utama dia.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

Pertama sekali, semua huruf huruf mesti ditukar menjadi nombor.Kemudian campur nombor-nombor itu sehingga ia menjadi satu nombor. Contoh: ANWAR : 15519 = 1+5+5+1+9 = 21. 2+1=3.

Nombor peribadi Anwar ialah 3.

Kemudian, kita tengok nombor-nombor parti-parti politik yang ada.

UMNO: 3456 = 18 = 9
PAS: 711 = 9
PKR: 729 = 18 = 9
DAP: 417 = 12 = 3
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3

"Kamu tengok Mat. Pertembungan antara parti ini bukan disebabkan oleh prinsip atau kepimpinan, tapi pasai takdir. Tu pasai, orang dulu-dulu, sebelum bagi nama pada anak-anak, dia pergi jumpa Tok Halaq, orang India pun dia pi jumpa sami, tengok sama ada nama tu sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai, dia bagi nama lain." jelas Pak Nawi.

"Umno, Pas dan PKR sampai mati pun tak boleh bersatu, sebab masing-masing nak tunjuk kuat. Dan depa ada kekuatan masing-masing, depa akan lawan sampai yang lain mati. Hang tengok, Umno, Pas dan PKR, masing-masing bernombor 9. Kalau dicampur ketiga-tiganya, jadi 27. 2+7=9. Tak boleh!

Tapi cuba kamu tengok BN, depa masih boleh tahan sebab Umno yang kontrol. Yang lain cuma ikut. Kalau Pas masuk BN, salah satu mesti out, kalau tidak, BN lingkup.

Tengok pulak BA, tahun 99, masa tu ada Pas, Keadilan (PKN) dan DAP. BA menang banyak masa tu. PKN masa tu, nombor dia ialah 725. 7+2+5=14. 1+4=5. PAS 9, PKN 5, DAP 3. Jadi, BA dah boleh kuat, walaupun masih belum boleh nak lawan BN.

Tahun 2003, PKN tukar jadi PKR. Nombor dia pun dah tukar jadi 9, sama macam Pas. Mana boleh dua-dua sama kuat. Kalau laki bini, gerenti bercerai! Tengok la, apa jadi tahun 2004?

Tapi tahun 2008, DAP masuk balik jadi geng tiga serangkai. DAP masuk sebab dia tahu, dia mesti untung kali ini. Pas 9, PKR 9, DAP 3. campurkan semua jadi 21. 2+1=3. Ini nombor DAP!
Itu pasai sekarang ni, DAP tak ada masalah, yang jadi masalah ialah Pas dan PKR!.

Kalau Pas nak keluar PR, tak jadi masalah. Memang baik. Itu lah yang sebaiknya" Kata Pak Nawi.

"Kalau Pas join dengan UMNO?" aku tanya.

"Serupa jugak. Lingkup! Tak percaya, kamu tengok masa Pas bergabung dengan Semangat 46. Berapa nombor Semangat 46?" Pak Nawi tanya kat aku.

15415712 46. 1+5+4+1+5+7+1+2+4+6=36. 3+6=9!!!!!! Patut la S46 dengan Pas tak boleh ngam!
"Habis, apa ketetapan agenda kita yang pertama ni, Pak Nawi?" aku tanya Pak Nawi.

"Tukar nama." jawab Pak Nawi. "PAS kena tukar jadi PIS. Baru betul, Parti Islam Semalaysia. 7+9+1=17. 1+7=8.

Ataupun, UMNO kena tukar jadi PEKEMBAR. 75254219.7+5+2+5+4+2+1+9= 35. 3+5=8.

PIS boleh kerjasama dengan UMNO tapi dia akan kena buli sebab nombor UMNO ialah 9.
Kalau PAS nak lead, dia kena minta Umno tukar nama kepada PEKEMBAR. PAS 9, PEKEMBAR 8.

PIS juga boleh bekerjasama dengan PKR, tapi PKR kena lead.Sebab PKR 9, PIS 8.

Tapi kalau PAS dan PKR masing-masing tak mau tukar nama, siap kain kapan la.

OK Mat, lepas asar nanti kita masuk Agenda kedua." Pak Nawi menangguhkan mesyuarat.

--mat saman kati

Thursday, July 10, 2008

Tokoh alam sekitar.

diciplak dari : mat saman kati

TP -seloka santai tapi pedas menikam ulu ati kalau dibaca dek puak-puak penghunus keris kering bersarungkan kondom!

Hari ni, kedai janda Bakaq tutup. Jadi aku pergi kat gerai janda Pian nak makan nasi lemak. Lantak lah orang nak kata, jantan gatal, asyik ngulang janda, tapi bagi aku lebih baik depa jual kuih dan nasi lemak daripada cari makan dengan buat sumpah.

Lantak lah Tok Imam dan Tok Lebai nak perli aku, pagi petang melangut kat kedai janda. Bagi aku, itu lebih baik dari dengar ceramah tentang masalah sosial. Lepas tu berdoa minta pahala. Lebih baik aku melangut kat kedai janda, dapat juga depa seringgit dua.

Lepas makan nasi lemak, aku terus kerumah Pak Nawi, nak hantar tupperware bekas ikan keli masak tempoyak. Adat orang kampung, orang memberi kita merasa. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

Aku bawa buah manggis. Intai punya intai, dapatlah dalam dua puluh biji. Cukup untuk Pak Nawi dan Mak Piah. Nak bagi durian takut hangat. Nak bagi rambutan takut sakit tekak.

Aku pergi dengan member dari Kuala Lumpur. Teringin benar dia nak jumpa Pak Nawi.

Sampai rumah Pak Nawi, Mak Piah tengah nyapu laman. Seronok sangat dia dapat buah manggis. "Dah banyak masak manggis, Mat"

"Tak ada. Baru kigho-kigho je. Durian banyak le. Tengah gegak. Durian Mak Piah banyak?" aku tanya.

"Baru membuang buruk. Yang mangkor banyak, jeruk hantu pun banyak"

Member dari KL berbisik. "Bang Mat cakap melayu ke cakap jawa?"

"Cakap Peghak"

Pak Nawi baru keluar dari bilik mandi. Dia tak pakai tuala, tapi pakai kain basah guni tepung.

"Aii! Kepala tak basah pun." aku mula menyakat.

"Ish!! Aku bukan buat apa pun.. road tax dah mati. Tak boleh jalan jauh."

Ha..ha..ha. Dalam bahasa Pak Nawi.

Aku tengok, kawan aku tercengang, tengok Pak Nawi berjalan tanpa tongkat, tak perlu meraba-raba, sedangkan matanya masih lagi dibalut kain hospital. Pak Nawi terus datang kat kawan aku dan menghulur tangan."Sapa ni Mat? Sedara ke?"

"Tak. member je. Dari Kelumpo. Tengahari semalam sampai, merasa jugak la ikan keli masak tempoyak."

"Petang semalam kamu kemana, Mat. Aku pukui telepon banyak kali, tak de sapa pun jawab." sampuk Mak Piah.

"Pegi keTaiping, bawak member jalan-jalan. Masuk zoo, dah gelap pergi Taman Tasik"

"Pergi Taman tasik dah gelap cari apa? " tanya Mak Piah.

"Saja nyakat Mak Nyah."

"Gatai!! Aku pukul dengan penyapu baru kamu tau!"

"Sebenornya, pergi zoo nak belajor pasai binatang. Pak Nawi jugak yang cakap." Saja aku nak buka cerita, kot-kot Pak Nawi boleh sambung. Yang tu la member dari Kelumpo nak dengor.

"Aku suruh kamu belajar DARI binatang. Bukan PASAI binatang! Kalau nak belajar pasai binatang, tok sah pergi zoo, pergi Parlimen! Kalau nak belajar dari binatang, bukan dari zoo, tapi kena masuk hutan!" Kena lagi aku dari Pak Nawi.

"Mana ceghoko hutan lagi kat Kuala ni! Habih kena tebang. Balak pun habih, binatang pun lari. Belah Padang Rengas, Jamal Nasir tukang keghokah, belah Manong, Ramly Zahary tukang sapu. Apa yang tinggai."

"Tu pasai aku kata manusia hari ni dah jadi binatang. Tak ada akai. Tengok hutan, nampak balak. Yang lain, haram tak nampak." Pak Nawi nampak hot sikit.

"Tapi... kan hutan tu pemberian Tuhan? Apa salahnya kita tebang sikit? Kalau tak tebang, macam mana nak cari duit? Nak makan apa?"

"Kamu tanya kat rimau tu....dia ada duit tak? Tanya kat seladang tu, dia ada kerja tak? Binatang tak perlu duit, tak perlu kerja, tapi depa cukup makan. Terbalik pulak...manusia yang kerja siang malam, tapi tak cukup makan! Tak cukup kat pekan, pergi kacau hutan!" Pak Nawi dah mula naik sheh.

"Ala... Pak Nawi belum jadi Menteri Besar boleh la cakap. Nanti Pak Nawi dah jadi MB, tau la. Yang mana lebih penting...perut manusia ke perut binatang?" saja aku nak perapi Pak Nawi.

"Jom, naik atas. Aku salin kain dulu, lepas tu aku sambung." Pak Nawi ajak kami naik kerumah, mungkin kain basah dia pun dah nak kering.

Member kat sebelah berbisik. "Bang Mat, boleh cakap melayu tak? tak paham apa yang bang Mat sembang."

"Laaa.. kau orang semua hunus keris, pertahankan hak melayu, ketuanan melayu, .....bahasa melayu pun tak paham?" Ha...haa.haa..kena sebiji. "Tak apa...nanti aku suruh Pak Nawi cakap orang putih."

"Oophh! geng keris ke, Mat?" jerit Pak Nawi dari dalam bilik.."Aaauwww!"

"Apa yang gatai sangat tu?" tanya Mak Piah dari depan tangga.

"Tak ade ape lah!!. Kita orang main-main saje, Mak Piaaaah"

"Dah tua-tua pun gatai." Mak Piah terus kedapur.

Pak Nawi keluar dari bilik, ambil ashtray dan rokok nipah, terus bersila diatas tikar getah.

"Kamu tau pasai apa aku marah sangat bila orang tebang hutan? Sebab orang mungkin nampak seratus juta ringgit, tapi aku nampak berbillion-billion ringgit ada dalam hutan tu. Yang ni ada dalam Quran, dalam hadis, tapi orang tak nampak. Tapi kalau punggong orang, cepat sungguh depa nampak.

Dalam tahun 1735, ada sorang Swedish, nama dia Carolus Linnaeus. Dia yang mula-mula mengkaji tumbuh-tumbuhan. Mula-mula, buku dia ada tujuh muka saja. Tapi menjelang 1770, ada 2,500 muka surat. Orang lain tambah...tambah sampai la semuanya ada 265,000 jenis tumbuhan. Tapi selepas Perang Dunia Kedua, dunia dah mula buat pertanian moden. Semua hutan kena sondoi, ganti dengan kapas, jagung, gandum dan padi.

Sekarang ni, dari jumlah yang Carolus mula-mula buat tu, 160,000 dah pupus. Itu baru tumbuh-tumbuhan! Berapa juta lagi jenis-jenis binatang, serangga yang pupus?

Ni..depa nak buat NCER la... ECER la... kamu tau depa nak tanam apa? Tanam padi hybrid. Tak percaya, kamu tengok la... diam-diam nanti depa bawa masuk pula padi GM. Betui la...padi ni kalau ikut Quran tak haram. Tapi kesan dia pada alam sekitar nanti...hancur!!"

Member dari Kelumpo diam...tak bercakap sepatah pun. Baru dia percaya.

"Pernah makan buah rokam?" tanya Pak Nawi pada member aku.

"Tak pernah dengar pun."

"Pernah makan buah kasai?"

"Macam mana rupanya?"

"Pernah makan buah redan?"

"Boleh makan ke?"

"Pernah makan buah geduak?"

"Pernah... tengok kat pasar malam."

"Pernah makan buah jentik-jentik?"

"Pernah dengar tapi tak pernah tengok."

"Tu la....tak lama lagi orang melayu makan epal. Pisang pun tak kenal." Pak Nawi geleng kepala.
Cakap perjuangkan bahasa melayu, cakap melayu pun tak tau.
Cakap perjuangkan bangsa melayu, budaya melayu pun tak tau.
Cakap berdegor-degor, berak bawah gelegor.