"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

Mutakjadidah

Petang semalam, Kak Lijah, jiran sebelah rumah minta tolong bawakkan dia ke Felda Bersia, nak cari madu lebah Tualang. Nak buat ubat anak dia kena sakit mengah. Pergi klinik, doktor kata asthma, makan ubat dan kena pump dah banyak kali tapi masih tak baik. Aku bagi tau suruh cari daun nam-nam dan madu lebah, last-last aku balik kena cari semuanya. Tak pa lah, tu satu hal.

Dalam perjalanan balik dari Felda Bersia, dia mintak singgah kat rumah abang dia, Pak Lang Tajol kat Grik. Sampai kat rumah Pak Lang Tajol, tengok penuh dengan orang. Depan rumah ada khemah 4 biji. Sampai depan pintu, depa semua riuh rendah.

"Ambil ayor, renjih kat muka dia" kata sorang tu.

"Pegang tangan dia!" kata sorang lagi.

Aku tengok, Pak Lang Tajol tengah menggelupor. "Cepat cari sudu tembaga!" aku bagi tau. Punya la bodoh depa ni. Orang tengah kena gila babi, panggil bomba pancut air satu tangki pun dia takkan sedar.

Kelam kabut depa cari sudu tembaga, last-last dapat lah satu. Aku cekup muka dia, sumbat sudu tembaga kat mulut Pak Lang Tajol. Diam sekejap. "Ada bedak sejuk ubi bemban tak?" aku tanya.

"Mana nak ceghoko, yob!" jawab mak cik sebelah." Bedak orang beranak ada la."

"Bedak sejuk?" aku tanya lagi.

"Bedak sejuk pun tak mandang" jawab mak cik tu.

"Kalau tak ada, bawak tepung tajin dengan ayor" aku bagi tau kat makcik tu. Dia pergi kedapor, ambil tepung ubi dengan air. Aku bancuh tepung ubi dengan air, sapu kat muka Pak Lang Tajol.

Dalam agak-agak sepuluh minit, Pak Lang Tajol mula sedar. Sudu tembaga pun terjatuh dari bibirnya. Nasib baik ada madu lebah yang aku bawak, bancuh dengan air, bagi kat Pak Lang Tajol minum. Orang ramai yang lain pun beredar. Ada yang duduk melengung bawah khemah, ada yang tersandar kat kerusi malas. Semuanya macam orang tak semiak.

"Apa halnya, Yob? semuanya macam ayam kena hawar?" Aku tanya kat Pak Lang Tajol.

"Tak patut betui deme buat kat aku." lemaaaah saja bunyinya. "keghobo dah bertambat, beras dah bertampi, balai dah bertegak, tiba-tiba deme tolak mentah-mentah je. Tak ada hati perut langsung." Pak Lang Tajol tersebik-sebik.

Aku ternganga macam ayam kena tungau.Tak tau hujung pangkal. Yang Pak Lang Tajol cerita kat aku buat apa, aku bukan tau apa-apa.

Kak Lijah pun bagi tau. "Hari tu deme ni pergi minang anak Penghulu Nizar kat Ipoh. Dari awal lagi dah, Nizar ni tak berkenan kat kami. Tapi adik beradik dia banyak yang suka. Lagi pun, bapak Nizar dari Trengganu pun dah setuju, tapi Nizar ni pulak yang biut benor."

"Betui la. Yang nak kahwin anak Nizar. Pak Awang tak boleh la cakap banyak. Mana boleh dia yang menguruskan cucu, mesti la Nizar. Sebagai bapa, dia ada lebih hak." aku balas balik.

"Mat.. Penghulu Nizar pun tak ada hak. Yang ada hak anak dia!" sampuk Kak Lijah.

Tercengang aku sekejap. " Kak Lijah ikut mazhab Hadhari ke Mazhab Elvis Presley?"

"Anak Nizar tu bukannya betina.. anak jantan..ikut suka dia la." jawab Kak Lijah.

"Laaa...ini dah kes telaga cari baldi. " Ishh..ish..ish. Macam ni punya manusia pun ada dalam dunia ni?" aku tanya dalam hati.

"Hari tu dengar kata dah bertunang? Nak menikah Hari Merdeka ni?" Aku tanya.

"Betui la. Hari tu kami merisik kat bapak dia kat Trengganu tu. Dah setuju dah. Tup-tup, datang pak penakan dia dari Kelantan nu, minta hantaran macam-macam. Tambah lagi lima pinggan." Sayu je dengor cakap Pak Lang.

"Pak penakan dia minta apa?" aku tanya.

"Bukan-bukan dia mintak. Yang empat pinggan tu, boleh jugak dibuat, tapi yang satu tu, tak sanggup teman, weh."

"Kah..kah..kah macam nak minang Puteri Gunung Ledang je?" aku gelak. Kak Lijah getu peha aku. "Apa dia permintaan kelima tu?"

"Dia suruh aku bawak anak aku check kat Pusrawi. Yang tu aku aku cuak sikit." kata Pak lang Tajol.

"Pasai apa?" aku tanya.

"Dah kena tebuk tupai!" jawab Pak Lang Tajol.

"Astagfirullahilazim. Mungkin Penghulu Nizar dah tau dari awal kot? Malu la dia kalau orang tau anak dia jadi Pak Sanggup!" aku bagi tau kat Pak Lang Tajol.

"Macam ni la Pak Lang, macam mana kalau suruh Mat Ezam pi merisik pulak. Kalau Pak Penakan Penghulu Nizar tu minta lima pinggan, suruh Mat Ezam bawak enam kotak. Bior terkebil mata Pak Penakan Nizar tu. Kot-kot Nizar pun terliur juga tengok enam kotak tu." aku bagi cadangan kat Pak Lang Tajol.

"Ptuih!!" Pak Lang Tajol menyumpah." Budak tu cakap je besor. Kencin pun dalam seluor"

Aku tengok Pak Lang Tajol dah mula menggeletor balik. Kalau aku cakap lagi banyak, sah gila babi dia datang balik.

"Macam ni la Pak Lang." aku bagi tau kat Pak Lang Tajol." Pak Lang cari bunga tujuh jenih, limau purut tujuh biji. Yang tu buat mandi. Serai wangi segenggam, jerangau segenggam, sambau segenggam. Yang ni gantung kat ambang pintu"

"Nak buat apa?" Pak Lang Tajol tanya.

"Buang sial!"

Exclusive by - mat saman kati

No comments: