"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

Abdullah sahkan harga minyak akan turun

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Selepas lebih sebulan rakyat merasai kenaikan harga minyak - tertinggi setakat ini - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) hari ini mengesahkan harga minyak akan diturunkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun bila dan kadarnya akan diumumkan kelak masih menjadi 'misteri'.

"Kalau boleh lah ni (sekarang ini) saya nak turunkan harga minyak.

"Sabarlah nanti kerajaan akan umumkan. Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum buat pengumuman," kata beliau dipetik Bernama.

Rancangan kerajaan hendak menurunkan harga minyak sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan beberapa menteri telah pun bercakap mengenai perkara itu, kata beliau Abdullah kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya mengenai formula penurunan harga minyak itu, Abdullah berkata: "Sabarlah."

Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa 4 Jun.

Ketika itu, harga minyak mentah dunia sekitar AS$140 (RM457.80) setong tetapi kini telah turun sekitar AS$122 setong.

-mSTAR Online

1 comment:

Anonymous said...

Masa nak naikkan harga minyak tak nyempat-nyempat. Bila nak turunkan kena tunggu dan sabar, nak bincang dalam kabinet. Singapura dah banyak kali turunkan harga. Rakyat dah muak dengan PM flip-flop ni.