"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

Skandal tanah: Guan Eng mahu Tsu Koon bertanggungjawab

PULAU PINANG: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mempunyai tanggungjawab moral dan etika untuk berjumpa dan bekerjasama dengan kerajaan baru negeri dalam mencari sebab sebenar isu penyelewengan tanah yang berlaku semasa pentadbirannya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini berkata, kerjasama Koh penting bagi membolehkan kerajaan baru negeri menaksir situasi kewangan sebenar sebelum merancang program bagi kepentingan penduduk negeri itu.

"Kita ingin melihat sejauh mana kerugian dapat dikurangkan, menentukan punca dan orang yang bertanggungjawab serta mengatasi kelemahan bagi mencegah berulangnya skandal tanah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

"Bagaimanakah Koh boleh berpura-pura bahawa semuanya baik dan biar kerajaan baru negeri menghadapi akibat daripada skandal ini tanpa pengetahuan kami." soal beliau.

Menurutnya, kerajaan baru negeri terpaksa memulakan urusan dari sifar selepas semua fail dikosongkan oleh pentadbiran lama sebelum mereka menghuni pejabat-pejabar kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Apabila kerajaan baru ditubuhkan, kami menjangka menghadapi defisit belanjawan RM34 juta. Walaupun, kami menjangka sedikit skandal oleh pentadbiran BN (Barisan Nasional), kami terkejut dan tidak bersedia untuk berdepan dengan dua komplot tanah yang mungkin menyebabkan kerugian sehingga RM124 juta," katanya.

Lim berkata beliau kecewa dengan keengganan Koh untuk menemuinya walaupun sering membuat permintaan bagi bekas ketua menteri itu memperjelaskan isu-isu serius dan cabaran dalam kewangan negeri.

Oleh kerana perakaunan kerajaan tidak dimaklumkan sejauh mana jumlah kerugian yang dialami, kerajaan baru negeri juga tidak dimaklumkan mengenai akibat penyelewengan tanah itu.

"Sebaliknya, kita tidak mempunyai pilihan kecuali mengambil masa dan usaha untuk mencari dan mendedahkan penyelewengan ini atas inisiatif sendiri serta maklumat yang disediakan oleh pihak luar bagi menentukan jumlah sebenar kerugian yang dialami kerajaan negeri.

"Wujud ketidaktentuan dalam kewangan, kita tidak boleh menyediakan program kerana tidak tahu banyak mana wang yang kita ada selepas mendengar kerugian akibat skandal bekas kerajaan negeri," katanya.

Lim berkata, kerugian RM124 juta akibat penyelewengan dua isu tanah mungkin merupakan skandal terbesar dalam sejarah Pulau Pinang kerana ia membabitkan satu pertiga rizab negeri berjumlah RM373.6 juta.

"Walaupun tidak mempunyai kepentingan peribadi atau menerima manfaat dari penyelewengan itu namum Koh perlu bertanggungjawab kerana kegagalannya untuk bertindak umpama kejahatan wujud kerana orang baik tidak melakukan apa-apa," katanya.

Lim berkata, buat masa ini kerajaan negeri menunggu keputusan mahkamah mengenai rayuan terhadap jumlah yang perlu dibayar kepada pemilik tanah dalam komplot pertama manakala komplot kedua sedang disiasat oleh kerjaan negeri.

"Kami akan mengambil tindakan sewajarnya dalam komplot kedua nanti," katanya tanpa memberi penjelasan atau butiran lanjut.

-mSTAR Online

No comments: