"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

Anwar Pertingkat Pertaruhan Dalam Perjuangan Ke Tahap Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempertingkat pertaruhannya ke tahap perjuangan yang lebih tinggi demi mempastikan survival politiknya.

Bekas timbalan perdana menteri itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh setelah isteri beliau yang juga Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan mengosongkan serta merta kerusi tersebut yang merupakan kubu kuat pembangkang di Pulau Pinang.

Penganalisis politik yang dihubungi Bernama menyifatkan langkah ketua pembangkang itu kembali ke kerusi lamanya itu sebagai "tepat pada waktu dan tempatnya".

"Anwar memulakan karier politiknya di Permatang Pauh. Beliau juga tumbang ketika masih menjadi MP Permatang Pauh pada 1998.

"Kelihatan beliau mahu melakukan 'come back' dengan bertanding kerusi Permatang Pauh," kata penganalisis politik yang berpejabat di Pulau Pinang Datuk Seah Chee Kim.

Seah berkata Azizah telah memegang kerusi itu "bagi pihak Anwar" sejak 1998 demi menentukan survival politiknya dan keputusan Azizah mengosongkan kerusi itu 'langsung tidak mengejutkan'.

Bagaimanapun, wujud 'pertaruhan' tentang masa depan politik Azizah.

Artikel 48 (6) Perlembagaan Persektuuan menyebut mana-mana MP yang meletak jawatan akan hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun dari tarikh peletakan jawatan.

Ini bererti jika Anwar ditangkap dan disabitkan kesalahan umpamanya dalam kes liwat sekarang, kedua-dua suami isteri tidak akan layak untuk bertanding sekurang-kurangnya pada pilihan raya umum akan datang.

"Jika Anwar memutuskan untuk bertanding di mana-mana kerusi lain selain Permatang Pauh, rakyat akan menuduh beliau cuba membina sebuah dinasti politik bersama isteri dan anaknya, Nurul Izzah yang sudah pun menjadi seorang MP (Lembah Pantai).

"Tidak ada pilihan bagi beliau.

Beliau terpaksa bertanding di Permatang Pauh. Lagipun, Wan Azizah telah mengumumkan beliau hanyalah pemimpin pembangkang sementara selepas pilihan raya umum Mac lepas," kata beliau.

Seah berkata, dengan situasi politik sekarang, rakyat khuatir Anwar akan dapat melakukan kemunculan semula yang efektif dalam politik memandangkan tuduhan liwat yang beliau hadapi daripada seorang bekas pembantunya.

"Apa yang dapat saya lihat, cakap-cakap mengenai liwat akan berkurang jika beliau memenangi pilihan raya.

Lagipun sejak 1992, rakyat di Permatang Pauh telah menyokong beliau dan isterinya," kata Seah, dan menambah Anwar berkemungkinan besar menggunakan harga minyak yang tinggi dan inflasi, malahan tuduhan liwat terhadapnya dalam kempen pilihan raya kecil nanti.

"Ini akan juga mengurangkan cakap-cakap mengenai rundingan Umno-PAS yang berpotensi menggugat Pakatan Rakyat, gabungan kerjasama pembangkang," tambah Seah.

Seorang lagi penganalisis politik Dr Oh Ei Sun berpendapat percaturan terbaru Anwar akan mencetuskan senario politik baru di negara ini, terutama bila ahli politik yang matang itu masuk ke Parlimen, jika beliau menang di Permatang Pauh.

Beliau membuat perbandingan dengan presiden Taiwan sekarang Ma Ying Jeou, ketika beliau masih pemimpin pembangkang di Parlimen Taiwan.

"Semasa Ma pengerusi Koumintang Party (KMT), beliau membuat keputusan berani dengan mengumumkan beliau akan bertanding untuk jawatan presiden ketika kerajaan Taiwan, yang dikuasai oleh Green Party, mendakwa beliau rasuah.

"Pada hari beliau didakwa, beliau mengumumkan akan bertanding jawatan presiden.

Hal yang sama di sini, bila khabar-khabar bertiup bahawa Anwar akan didakwa (kerana liwat), beliau mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Permatang Pauh," kata Dr Oh.

Beliau berkata sekalipun berlaku langkah berani oleh Anwar, masa depan politiknya masih bergantung pada pengundi Permatang Pauh selagi " jika rakyat tidak percaya beliau terlibat dalam liwat, maka beliau akan menang; jika tidak beliau akan menempuh laluan sukar".

"Ini bukan sesuatu yang baru. Satu trik lama yang digunakan," kata Dr Oh.

Penganalisis politik, Datuk Prof Shamsul Amri menyifatkan langkah terbaru Anwar sebagai "tindakan kecewa".

Mula-mula, beliau berkata Anwar mengambil kesempatan dari popularitinya sekarang selepas siri kempen politik seluruh negara dalam usaha melencongkan perhatian pihak berkuasa dari siasatan liwat.

"Mengapa tiba-tiba sekarang. Anwar mengambil kesempatan.

Jika beliau ditangkap, maka ia boleh kata bahawa Barisan Nasional cuba menyekat beliau dari bertanding dan memasuki Parlimen," ujar beliau.

Prof Shamsul berkata ini boleh jadi satu helah politik Anwar, selepas pemimpin pembangkang itu sedar beliau tidak boleh menarik sebilangan 24 MP BN untuk melompat kepada Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan baru.

"Jadi dengan bertanding di kerusi yang selamat, yang kemungkinan beliau akan menang, beliau boleh kata soal melompat parti bukan prioriti oleh kerana beliau sudahpun menjadi ketua pembangkang dan mengambil alih kerajaan boleh dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

"Jika langkah mengambil alih tidak berlaku, sekurang-kurangnya beliau akan mempunyai usul kukuh iaitu untuk secara rasmi memimpin barisan pembangkang di Parlimen," kata Prof Shamsul.

Akhirnya, kata Prof Shamsul, Anwar memilih kerusi Permatang Pauh yang selamat ketika menyedari jentera pilihan raya BN akan bergerak sepenuh tenaga di mana-mana kawasan lain.

Sebelum ini, Anwar secara terbuka memberitahu rakyat yang beliau sedang menimbang untuk bertanding di beberapa kawasan termasuk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur dan Kulim Bandar Baharu di Kedah.

Beliau berkata Anwar tidak mahu mengambil risiko bertanding di kerusi yang tidak menjamin kemenangannya.

"Hakikatnya ialah barisan pembangkang akan menghadapi kekurangan dalam mana-mana pilihan raya kecil kecuali di kerusi mereka pasti akan kemenangannya.

Bagi BN untuk menumbangkan beliau (Anwar) di Permatang Pauh, amat sukar," kata Prof Shamsul.

1 comment:

Anonymous said...

siapalah Datuk Prof Shamsul Amri ni. kalau kecewa buat apa nak teruskan berjuang untuk tegakkan matlamat yg baik2. bukan semua orang nak nak jadi pemimpin untuk perjuangkan rules and order. selain itu kenapalah prof ni nak sambungkan dosa orang memfitnah sedangkan mahkamah tak bersidang lagi. Prof tak pernahpun kena sepak terajang. tak pernah pun involve dalam dunia politik "there are no impossibles'. Cakap lagi pula tentang org yang melompat mereka tak contactpun prof untuk lompat atau tidak...tak cerdik benar prof ni.. oleh zenith. tk