"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

Azizah undur Anwar tanding, pilihan raya Permatang Pauh hujung Ogos?

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999, dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan dalam 60 hari lagi.

Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, 55, mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di sini pukul 3.15 petang tadi.

Selang beberapa minit, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar wartawan di Putrajaya memberitahu, siasatan polis berhubung dakwaan meliwat melibatkan Anwar, 60, juga telah lengkap dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa beliau "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi masih menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

Sehingga petang ini SPR belum menerima makluman secara rasmi daripada Parlimen.

Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh yang sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu wujud tidak penting.

"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," tambah beliau.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kawasan itu sejak 1999 iaitu selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah dengan ditemani suaminya di Ibu Pejabat PKR di sini.

Dr. Wan Azizah merupakan Presiden PKR manakala Anwar pula penasihatnya.

Dengan keputusan itu, yang telah dijangkakan ramai, Dr. Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sejak April lalu secara automatik melepaskan jawatan tersebut.

Pada April lalu, Dr. Wan Azizah mencatatkan sejarah wanita pertama dilantik memegang jawatan tersebut dan ketua pembangkang pertama memegang jawatan bagi tempoh yang singkat.

Permatang Pauh di Pulau Pinang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu, Dr. Wan Azizah menang besar dengan majoriti 13,388 undi.

Dr. Wan Azizah mendapat 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi.

Dr. Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihan raya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Baru-baru ini, Anwar telah menyatakan hasrat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen termasuk di Kulim-Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai serta Gombak

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), Lembah Pantai pula anak mereka, Nurul Izzah dan Gombak pula diwakili oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosongkan kerusinya untuk Anwar, Dr. Wan Azizah berkata, sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

“Saya meraskan inilah masa yang terbaik bagi Anwar bertanding kerana di kawasan tersebut kami mendapat majoriti yang selesa,” kata Dr. Wan Azizah pada sidang media yang dibanjiri wartawan.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Dr. Wan Azizah.

"Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah, keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh dengan tindakannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Menurut Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut iaitu Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Tambah Anwar, PAS tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata:

“Kami akan berbincang mengenainya dan akan mengumukannya minggu depan.” Parlimen akan bersidang dalam dua minggu lagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, Anwar berkata:

“Petisyen yang dikemukakan di kawasan Parlimen akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.”

Ditanya adakah beliau bersedia menghadapi cabaran daripada bekas Setiausaha Politiknya, Ezam Mohd Nor jika Ezam dipilih oleh Umno, Anwar menjawab:

"Itu anda kena tanya Umno, saya tak tahu."

Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982.

  • Siasatan liwat Anwar selesai - Syed Hamid
  • Pilihan raya kecil hujung Ogos atau awal September?
  • Ezam cabar Anwar di Permatang Pauh?
  • Komen Speaker Dewan Rakyat
  • Permatang Pauh dikosongkan: Reaksi pelbagai pihak
  • Tindakan Anwar gimik politik, sudah diduga BN
  • Kenyataan media Wan Azizah Wan Ismail

  • -mSTAR Online

    No comments: