"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

MB Selangor minta Umno letak Ezam jadi calon

SA: Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta UMNO supaya meletakkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor menentang penasihat parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata UMNO patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding di kawasan itu berikutan kesediaannya bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana-mana kawasan Parlimen.

"Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, katanya selepas majlis ramah mesra bersama media di sini hari ini.

Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Anwar, 60, hari ini mengumumkan beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen kawasan itu berkuat kuasa hari ini.

Dr Wan Azizah, 55, yang juga Ketua Pembangkang di PArlimen adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili Anwar.

Di PULAU PINANG, PKR negeri itu akan mengadakan satu majlis khas Sabtu ini untuk mengisytiharkan Anwar sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata Anwar dijangka membuat pengisytiharan itu selepas berceramah di hadapan penyokongnya di tapak Ekspo Seberang Jaya, malam itu.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga dijangka menghadiri program itu, "katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zahrain berkata, PKR hanya menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil itu sebelum menggerakkan kempen dan strategi yang telah diatur.

Katanya, peluang untuk Anwar memenangi kerusi itu juga cerah kerana kawasan itu memang merupakan kawasan beliau sejak 25 tahun lepas.

"Kalau Wan Azizah boleh menang pada pilihan raya lepas dengan majoriti lebih 13,000 undi, mengapa pula Anwar tidak boleh, sedangkan itu memang kawasan beliau.

Kita hanya nak lihat anggota Umno mana yang sanggup bertanding dengan Anwar. Itu yang kita dok tunggu," katanya.

-KLpos

No comments: