"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 01, 2008

Khairy: Takut kalah di tempat lain


Wan Azizah Wan Ismail pada sidang akhbar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana ia adalah kawasan selamat selain takut kalah di tempat lain.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rasa tidak yakin Anwar itu disebabkan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini.

''Akhirnya Anwar memilih kawasan selamat untuk bertanding di kerusi Parlimen walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya.

''Selepas itu Anwar buat kenyataan kemungkinan besar bertanding di Bandar Tun Razak dan kemudiannya di Kulim,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Kalau betul Anwar diterima di seluruh negara, kenapa tidak menunaikan janji kepada rakyat Kulim untuk bertanding di sana?

"Ini mesti kerana Anwar tidak yakin dengan penerimaan rakyat terhadapnya terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini," katanya.

Anwar hari ini mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Wan Azizah berkuat kuasa serta-merta.

Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas setahun Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Jelas Khairy, Anwar patut membuktikan dakwaannya bahawa beliau diterima di seluruh negara dengan bertanding di Kulim.

''Anwar kini tidak yakin dengan penerimaan rakyat terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir- akhir ini,'' katanya - UMO

Ezam berjanji untuk bertempur dengan Anwar

KUALA LUMPUR 31 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berjanji untuk bertempur dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan tidak kira sama ada beliau dicalonkan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh atau sebaliknya.

Jelas beliau, keputusan untuk beliau bertanding atau tidak terpulang kepada pucuk pimpinan parti, UMNO negeri dan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

''Siapa pun yang akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) adalah tidak penting.

''Yang penting ialah saya akan berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan Anwar demi menegakkan kebenaran dan keadilan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bersedia untuk bertanding melawan Anwar dalam mana-mana pilihan raya kecil yang akan diadakan.

''Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan terdesak,'' kata Mohamad Ezam.

Tambah beliau, Anwar yang kini menghadapi proses undang-undang berhubung dakwaan liwat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sepatutnya membuktikan dakwaan itu adalah tidak benar.

Dengan cara mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil, jelasnya, Anwar seolah-olah memaksa rakyat untuk terlibat dalam proses beliau membuktikan kebenaran.

''Anwar kini memilih saluran demokrasi untuk mengalihkan pandangan rakyat berhubung kes jenayah yang dihadapinya,'' katanya. kes jenayah yang dihadapinya,'' katanya - UMO

Reaksi Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri apabila bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, tindakan Wan Azizah adalah perkara yang akan dilakukan oleh mana-mana isteri sekalipun.

"Tidak ada apa yang lebih baik daripada seorang isteri yang menyayangi," katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Dr. Mahathir yakin isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali juga akan berbuat perkara yang sama jika berada dalam keadaan yang sama.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong berkuat kuasa hari ini.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas Anwar dipecat daripada parti serta kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen - UMO

No comments: