KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Mayat seorang bishop rakyat Malaysia yang mati lemas dalam kejadian bot karam di Tasik Atitlan, Guatemala semalam akan dibawa pulang ke Malaysia Khamis ini untuk disemadikan.
Pentadbir Lutheran Church K. Nirmala berkata mayat Julius D. Paul, 63, seorang bishop di gereja itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.
"Kami belum pasti bila mayat itu akan tiba. Kami sedang menunggu berita daripada pihak gereja yang menguruskan mayat mangsa di sana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata Julius ke negara itu untuk menghadiri 'Lutheran World Federation Meeting' selama dua minggu sejak 12 Nov lepas.
"Semalam mesyuarat itu habis awal, jadi dia dan beberapa orang lagi dibawa untuk melawat tasik itu. Pihak kami mendapat berita mengenai kejadian itu tengah hari semalam," katanya.
Julius meninggalkan seorang balu Alice Santa Paul, 59, dua anak lelaki Surenthiran, 32, dan Naveenthiren, 33, serta seorang anak perempuan Lalitha, 29.
Anggota keluarga Julius gagal dihubungi.
Dalam kejadian Sabtu lepas, bot yang membawa 15 orang termasuk pelancong terbalik sebelum karam di Tasik Atitlan yang terletak kira-kira 170km dari Guatemala City, ibu negara Guatemala.
Dua belas orang terselamat manakala tiga lagi lemas termasuk seorang bishop dari Malaysia.

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, November 24, 2008
Shah Rukh Khan sah ke Melaka 6 Dis
Artis popular Bollywood Shah Rukh Khan telah memberi persetujuan untuk datang ke Melaka pada 6 Disember depan bagi menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Kehormat'.
Ini disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh dalam satu kenyataan hari ini.
Istiadat penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 10 malam hari berkenaan.
Di majlis itu, Shah Rukh akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok - satu-satunya artis bollywood yang diberi penghormatan memaki busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton di seluruh dunia.
Seramai 1,000 orang akan dijemput ke majlis teresbut dan ia terhad kepada jemputan sahaja.
Menurut Omar, Shah Rukh akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 7.30 pagi 6 Disember.
"Sejak awal lagi beliau telah memberi persetujuan untuk datang ke Melaka dengan memberi beberapa tarikh yang sesuai untuk dirinya.
"Bagaimanapun, tarikh yang diberikan, tidak bersesuaian dengan kerajaan negeri kerana ada antaranya jatuh pada hari kerja biasa," kata Omar.
Temui Peminat
Menurutnya, Shah Rukh akan berada di Melaka selama sehari dan akan melakukan lawatan ke beberapa tempat terkenal di kawasan Melaka bandaraya warisan dunia.
Satu sidang akhbar bersama Shah Rukh dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula akan diadakan selepas istiadat penganugerahan iaitu pada jam 12 tengahari di Dewan Seri Negeri.
Sepanjang sehari di Melaka, Shah Rukh akan melawat Menara Taming Sari, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside, mengunjungi Eye On Malaysia, pentas Jonker Walk dan kemudiannya menaiki buggy hingga ke Padang Nyiru.
Shah Rukh juga akan melawat sekitar Kampung Morten dan kemudiannya akan bertemu peminat di Dataran MBMB (Majlis Bandaran Melaka Bersejarah) pada jam 4.45 petang.
MBMB juga akan mengadakan konsert 'Jom ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia' di Dataran MBMB pada 6 Disember sempena meraikan penganugerahan watikah pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia di Kuala Lumpur pada 22 November lalu.
Beberapa penyanyi jemputan akan mengadakan persembahan mulai jam 4.30 petang hingga 6.30 petang, antaranya Mila, Salwa Abdul Rahman, Datuk Malek Riduan, Vienda, Zul Eda, Othman Hamzah dan artis-artis lain.
Shah Rukh akan singgah bertemu peminat pada konsert itu kira-kira 30 minit sebelum berlepas ke KLIA untuk pulang ke Mumbai pada jam 8 malam.
-malaysiakini

Dr Hassan 'panas', gugur 2 pemimpin
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.
Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.
Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.
Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.
Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.
Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.
"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.
Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.
Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.
"Isu-isu Melayu ini kita tidak mahu layan dah," kata sumber.
Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.
Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu.
Tindakan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.
Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.
Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.
Sementara itu, Roslan yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti di negeri itu.
Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu.
Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.
Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan “perkara biasa” dan diamalkan di pelbagai negeri.
"Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan," katanya kepada Malaysiakini.
Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri di bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.
Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.
Beliau sebaliknya pernah memegang jawatan itu sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu dalam pilihanraya umum Mac lalu.
"Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) yang dipertua PAS di Perlis," katanya.
Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.
Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.
Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira keperluan komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.
Beliau mendakwa Khalid berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.
Selain sebagai yang dipertua Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat.

Raja Petra bantah pemindahan kes fitnah ke Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendengar hujah peguam Raja Petra Kamarudin bahawa pemindahan kes fitnah penulis laman web Malaysia Today itu daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen adalah "haram, tidak sah dan bertentangan" kepada peruntukan-peruntukan Kod Prosedur Jenayah.
Peguamnya, Manjeet Singh Dhillon berkata, Seksyen 117 kanun tersebut tidak membenarkan pemindahan kes oleh majistret ke Mahkamah Sesyen yang mana kes berkenaan telah didengar di Mahkamah Majistret.
"Perintah yang dikeluarkan majistret yang akan mendedahkan tertuduh kepada ketidaksaksamaan dan berpotensi dikenakan hukuman lebih tinggi adalah tidak berpelembagaan, dalam pada melanggar persamaan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Raja Petra dituduh memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu kenyataan bertulis yang disahkan oleh beliau pada 18 Jun lalu.
Beliau turut menghadapi tuduhan yang sama terhadap Kolonel Norhayati Hassan dan suaminya, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong.
Raja Petra didakwa atas tiga tuduhan tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Julai tahun ini.
Pada 15 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara telah memohon kepada Mahkamah Majistret untuk memindahkan kes-kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen atas alasan ia "melibatkan kepentingan awam" dan kes itu kemudiannya dipindahkan.
Manjeet telah menyerahkan kepada hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Sekeri Mamat sama ada memindahkan semula kes tersebut ke Mahkamah Majistret atau memerintahkan perbicaraan diteruskan dan menghantar rekod ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan jika pemindahan kes tersebut sahih.

"Ustaz" Samy to meet PM over yoga ban ( who did he think he is??? )
MIC president S Samy Vellu today said he would meet Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to discuss the National Fatwa Council's ruling on the practice of yoga by Muslims.
According to Bernama, Samy Vellu said the council had every right to make a decision on Muslims and Islamic matters.
However, he added that the council's classification of yoga as haram (prohibited) may have caused confusion among the non-Muslims, particularly the Hindus.
Therefore, Samy Vellu said he would like to meet the prime minister to discuss the matter.
The council had issued the ban over the weekend.
"It is inappropriate. It can destroy the faith of a Muslim," council chairman Abdul Shukor Husin had told reporters.
He also pointed out that clerics in Egypt had issued a similar edict in 2004 that called the practice of yoga "an aberration".
Many Muslim's Practise It
The ban had evoked mixed reactions, with some agreeing and others opposing it.
Sisters in Islam (SIS) and several yoga practitioners had expressed disappointment with the ban and maintained that yoga was just a form of exercise.
SIS programme manager Norhayati Kaprawi said many Muslims in Malaysia practise it as a form of exercise to stay healthy.
"I don't think it has caused any Muslim to convert to Hinduism, neither has it weakened their faith. It's just an exercise like qigong or tai chi which has its roots in Buddhism," she added.
According to her, the council has acted as if yoga is a widespread threat to Islam.
"I hope they can focus their attention on bigger and more pressing issues, such as money politics and corruption. Isn't that more serious?" she asked.
She noted that SIS had been holding weekly yoga classes for their staff for the past year, adding that it had no problems in continuing with this.

AMARAN – NAJIB TIDAK AKAN JADI PM? - malaysiakini
Cilok dari blog - Rakyat Malaysia
Petang Jumaat kelmarin (21 November 2008), sambil minum di Kopitiam, The Mall bersama-sama tiga lagi rakan – Halim, Datuk Wahab, Abang Din – kami bersembang panjang mengenai apa akan jadi kepada UMNO pada Mac 2009.
Saya mengemukakan beberapa andaian yang berkisar sekitar tajuk “Apakah Najib Akan Jadi PM’. Sengaja saya jolok seperti ketika mengemukakan soalan ‘cepu emas’ waktu menjadi wartawan dulu, untuk menguji rakan-rakan.
Rakan-rakan saya begitu yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan selepas Mac 2009. Saya terus mengemukakan beberapa andaian dengan perkata ‘Bagaimana’ dan “Jika’.
Kebetulan Zaharin Mohd Yassin datang dan beliau juga mengatakan tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ‘Pak Lah dah tidak ada taring’.
“Dia dah tiada apa dah...ibarat perempuan yang di ‘Gantung Tidak Bertali’.”
“Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak)?” tanya saya. “Najib bagai orang yang ‘Nikah Gantung’, kawin tapi tak boleh.........” (faham-faham saja lah). Datuk Wahab tersenyum lebar.
Saya cuba pergi lebih jauh apabila mengatakan jangan anggap Pak Lah ‘tidur’. Dia bukan ‘bodoh’.
Lupakah perbualan kami di The Mall itu kerana pada ketika orang UMNO sibuk siapa pemain politik wang dan siapa akan dikenakan tindakan dan Wanita UMNO pula dengan keriuhan pertandingan untuk Ketua Wanita, kurang sekali yang memberikan tumpuan apa akan jadi berlaku esok, 24 November 2008.
Esok Isnin, 24 November akan bermulalah perbicaraan ‘criminal defamation’ Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Mahkamah Jalan Duta.
Saya mengajak anda semua – khususnya orang UMNO berfikir sejenak. Yang tengah bahagi-bahagi duit tu simpan dulu ke dalam poket dan yang terima pun simpan dalam poket.
Ini amaran daripada saya – jangan asyik memikirkan siapa akan jadi Timbalan Presiden UMNO
atau Naib Presiden UMNO.
RPK menulis melalui kolumnya No Holds Barred bertajuk ‘BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED’, Jumaat 21 November 2008, Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan seseorang Presiden UMNO semestinya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sambungnya, apa yang disebut dalam Perlembagaan Malaysia ialah Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan (Rakyat) (salah seorang daripada 222 Ahli Parlimen yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majority Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri).
Dan kata RPK, Pak Lah sudah mempunyai 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengannya dan 20 Ahli Parlimen dari UMNO. Yang diperlukan hanya 10 sahaja daripada MCA, MIC dan Gerakan yang kesemuanya berjumlah 20 orang.
Ini bermakna menurut RPK, walaupun tanpa Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, Pak Lah boleh kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Anda tentu tertanya-tanya cerita mengarut apa ni?
Ulang RPK, Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri.
Inilah realitinya apa yang diperkatakan oleh undang-undang. Jangan cepat merayakan kedatangan rejim Najib kerana kata RPK, “ia mungkin tidak akan berlaku sama sekali”.
Dalam politik, menurut RPK, seminggu sudah cukup lama, apa lagi empat bulan. Banyak perkara akan berlaku dalam tempoh empat bulan akan datang kalaupun pihak yang membuat rayuan berkenaan pembebasannya daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menghantar RPK semula ke tahanan Kemunting.
Perbicaraan esok berkisar Akuan Bersumpah RPK sendiri yang beliau tandatangani pada April 2008.
RPK mendakwa beliau sudah menyenarai panjang saksi-saksi yang akan mengesah, antaranya termasuk apa yang beliau katakana dalam Akuan Bersumpahnya, serta beberapa perkara lain yang menarik yang tidak disebut atau didedahkan melalui Akaun Bersumpah berkenaan.
Kata RPK: “Saya sebenarnya memang menunggu perbicaraan ini kerana akan memberikan peluang untuk saya mengemukakan berdozen saksi dan ruang serta peluang untuk mendedahkan apa juga perkara yang tidak boleh dilakukan pada keadaan biasa (di luar mahkamah).
Mari kita lihat nanti, selepas perbicaraan saya ini, sama ada rakyat mahu (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada Mac 2009. Sangkaan saya ialah (selepas perbicaraan ini) ialah rakyat akan menganggap Pak Lah sebagai ‘hantu atau syaitan yang baik sedikit daripada yang satu lagi’ (‘lesser of the two evils’) dan rakyat akan merayu kepadanya supaya terus memegang kuasa sehingga berakhirnya penggal beliau iaitu tengah malam 7 March 2013.
Itulah ramalan RPK yang bagi saya ‘tidaklah serius’ tetapi apa yang diperkatakan olehnya ‘serius’.
Kenapa?
RPK dalam tulisannya ada menyebut:
1. Balasubramaniam a/l Perumal menandatangani Akaun Bersumpah (SD) nya yang pertama pada Selasa, 1 Julai 2008. Pada 2 Julai 2008, RPK duduk selama enam jam dengannya dari jam 6.00 petang hingga tengah malam. Bala bukan sahaja mengulangi apa yang dicakapkan dalam Akaun Bersumpahnya tetapi lebih daripada itu, Kata Bala apa yang diberitahu kepada RPK akan didedahkan dalam Bahagian ke 2 dan ke 3 SDya yang akan dibuat beberapa hari selepas itu. Kata RPK bersamanya ketika itu ada enam orang termasuk tiga peguam;
2. Pada Khamis 3 Julai 2008, Balasubramaniam mengadakan sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Tropicana. Selepas sidang media, RPK dan Bala menghadiri jamuan makan tengah hari dengan kira-kira 20 orang, termasuk rakan dari media, dan Bala yang penuh semangat memberitahu supaya menunggu SD2 dan SD3 yang akan lebih ‘meletup’ berbanding Akuan Bersumpah pertamanya;
3. Memangpun SD2 dan SD3 tidak pernah berlaku kerana pada Jumaat, 4 Julai 2008, Balasubramaniam menandatangani satu lagi Akaun Bersumpah untuk menarik balik Akaun Bersumpah awal yang dibuat pada 1 Julai berkenaan.
Menurut RPK, peguamnya memberitahu beliau, apa yang disebutkan oleh Balasubramaniam pada 2 Julai 2008 sekadar hearsay dan tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.Ini bermakna, RPK tidaklah perlu untuk beliau mendedahkan apa yang diceritakan oleh Balasubramaniam kepada beliau dan rakan-rakan pada hari tersebut.
RPK kesal kerana jika tidak, apa yang diceritakan oleh penyiasat persendirian itu akan menjadi skrip filem Bollywood yang menggemparkan.
Kita tinggu dan lihat apakah RPK akan dibicarakan esok atau ditangguhkan kes ini kerana sebab-sebab yang mahkamah sendiri putuskan.
Jika dibicarakan, akan bermulalah pendedahan oleh RPK terhadap Akaun Bersumpahnya dan pastinya akan menarik jika berasaskan apa yang dikatakan oleh RPK melalui kolumnya ini.
Ini kerana RPK bagaikan yakin rakyat akan terpengaruh dengan ‘pendedahannya’ sehingga boleh menyebabkan rakyat akan menuntut supaya Pak Lah dikekalkan sehingga 2013.
Juga sanggupkah Pak Lah memilih jalan untuk mendapatkan sokongan ‘pembangkang + UMNO + parti komponen BN’ bagi terus berkuasa dengan menghancurkan parti yang didokongnya sekian lama?
Bagaimana janjinya mahu menyerahkan kuasa kepada Najib dan menjamin UMNO terus menjadi teras kepada BN pada Mac depan?
Kita tunggu dan ikuti apa pendedahan RPK dalam tiga empat bulan ini sambil berkempen untuk pemilihan UMNO Mac depan tetapi dengan syarat - duit dalam poket jangan lagi dikeluarkan untuk dibahagi-bahagikan kerana tanpa politik wang sahaja UMNO akan terus kekal teguh!
Petang Jumaat kelmarin (21 November 2008), sambil minum di Kopitiam, The Mall bersama-sama tiga lagi rakan – Halim, Datuk Wahab, Abang Din – kami bersembang panjang mengenai apa akan jadi kepada UMNO pada Mac 2009.
Saya mengemukakan beberapa andaian yang berkisar sekitar tajuk “Apakah Najib Akan Jadi PM’. Sengaja saya jolok seperti ketika mengemukakan soalan ‘cepu emas’ waktu menjadi wartawan dulu, untuk menguji rakan-rakan.
Rakan-rakan saya begitu yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan selepas Mac 2009. Saya terus mengemukakan beberapa andaian dengan perkata ‘Bagaimana’ dan “Jika’.Kebetulan Zaharin Mohd Yassin datang dan beliau juga mengatakan tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ‘Pak Lah dah tidak ada taring’.
“Dia dah tiada apa dah...ibarat perempuan yang di ‘Gantung Tidak Bertali’.”
“Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak)?” tanya saya. “Najib bagai orang yang ‘Nikah Gantung’, kawin tapi tak boleh.........” (faham-faham saja lah). Datuk Wahab tersenyum lebar.
Saya cuba pergi lebih jauh apabila mengatakan jangan anggap Pak Lah ‘tidur’. Dia bukan ‘bodoh’.
Lupakah perbualan kami di The Mall itu kerana pada ketika orang UMNO sibuk siapa pemain politik wang dan siapa akan dikenakan tindakan dan Wanita UMNO pula dengan keriuhan pertandingan untuk Ketua Wanita, kurang sekali yang memberikan tumpuan apa akan jadi berlaku esok, 24 November 2008.
Esok Isnin, 24 November akan bermulalah perbicaraan ‘criminal defamation’ Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Mahkamah Jalan Duta.
Saya mengajak anda semua – khususnya orang UMNO berfikir sejenak. Yang tengah bahagi-bahagi duit tu simpan dulu ke dalam poket dan yang terima pun simpan dalam poket.
Ini amaran daripada saya – jangan asyik memikirkan siapa akan jadi Timbalan Presiden UMNO
atau Naib Presiden UMNO.RPK menulis melalui kolumnya No Holds Barred bertajuk ‘BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED’, Jumaat 21 November 2008, Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan seseorang Presiden UMNO semestinya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sambungnya, apa yang disebut dalam Perlembagaan Malaysia ialah Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan (Rakyat) (salah seorang daripada 222 Ahli Parlimen yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majority Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri).
Dan kata RPK, Pak Lah sudah mempunyai 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengannya dan 20 Ahli Parlimen dari UMNO. Yang diperlukan hanya 10 sahaja daripada MCA, MIC dan Gerakan yang kesemuanya berjumlah 20 orang.
Ini bermakna menurut RPK, walaupun tanpa Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, Pak Lah boleh kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Anda tentu tertanya-tanya cerita mengarut apa ni?
Ulang RPK, Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri.
Inilah realitinya apa yang diperkatakan oleh undang-undang. Jangan cepat merayakan kedatangan rejim Najib kerana kata RPK, “ia mungkin tidak akan berlaku sama sekali”.
Dalam politik, menurut RPK, seminggu sudah cukup lama, apa lagi empat bulan. Banyak perkara akan berlaku dalam tempoh empat bulan akan datang kalaupun pihak yang membuat rayuan berkenaan pembebasannya daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menghantar RPK semula ke tahanan Kemunting.
Perbicaraan esok berkisar Akuan Bersumpah RPK sendiri yang beliau tandatangani pada April 2008.RPK mendakwa beliau sudah menyenarai panjang saksi-saksi yang akan mengesah, antaranya termasuk apa yang beliau katakana dalam Akuan Bersumpahnya, serta beberapa perkara lain yang menarik yang tidak disebut atau didedahkan melalui Akaun Bersumpah berkenaan.
Kata RPK: “Saya sebenarnya memang menunggu perbicaraan ini kerana akan memberikan peluang untuk saya mengemukakan berdozen saksi dan ruang serta peluang untuk mendedahkan apa juga perkara yang tidak boleh dilakukan pada keadaan biasa (di luar mahkamah).
Mari kita lihat nanti, selepas perbicaraan saya ini, sama ada rakyat mahu (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada Mac 2009. Sangkaan saya ialah (selepas perbicaraan ini) ialah rakyat akan menganggap Pak Lah sebagai ‘hantu atau syaitan yang baik sedikit daripada yang satu lagi’ (‘lesser of the two evils’) dan rakyat akan merayu kepadanya supaya terus memegang kuasa sehingga berakhirnya penggal beliau iaitu tengah malam 7 March 2013.
Itulah ramalan RPK yang bagi saya ‘tidaklah serius’ tetapi apa yang diperkatakan olehnya ‘serius’.
Kenapa?
RPK dalam tulisannya ada menyebut:
1. Balasubramaniam a/l Perumal menandatangani Akaun Bersumpah (SD) nya yang pertama pada Selasa, 1 Julai 2008. Pada 2 Julai 2008, RPK duduk selama enam jam dengannya dari jam 6.00 petang hingga tengah malam. Bala bukan sahaja mengulangi apa yang dicakapkan dalam Akaun Bersumpahnya tetapi lebih daripada itu, Kata Bala apa yang diberitahu kepada RPK akan didedahkan dalam Bahagian ke 2 dan ke 3 SDya yang akan dibuat beberapa hari selepas itu. Kata RPK bersamanya ketika itu ada enam orang termasuk tiga peguam;
2. Pada Khamis 3 Julai 2008, Balasubramaniam mengadakan sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Tropicana. Selepas sidang media, RPK dan Bala menghadiri jamuan makan tengah hari dengan kira-kira 20 orang, termasuk rakan dari media, dan Bala yang penuh semangat memberitahu supaya menunggu SD2 dan SD3 yang akan lebih ‘meletup’ berbanding Akuan Bersumpah pertamanya;
3. Memangpun SD2 dan SD3 tidak pernah berlaku kerana pada Jumaat, 4 Julai 2008, Balasubramaniam menandatangani satu lagi Akaun Bersumpah untuk menarik balik Akaun Bersumpah awal yang dibuat pada 1 Julai berkenaan.
Menurut RPK, peguamnya memberitahu beliau, apa yang disebutkan oleh Balasubramaniam pada 2 Julai 2008 sekadar hearsay dan tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.Ini bermakna, RPK tidaklah perlu untuk beliau mendedahkan apa yang diceritakan oleh Balasubramaniam kepada beliau dan rakan-rakan pada hari tersebut.
RPK kesal kerana jika tidak, apa yang diceritakan oleh penyiasat persendirian itu akan menjadi skrip filem Bollywood yang menggemparkan.
Kita tinggu dan lihat apakah RPK akan dibicarakan esok atau ditangguhkan kes ini kerana sebab-sebab yang mahkamah sendiri putuskan.
Jika dibicarakan, akan bermulalah pendedahan oleh RPK terhadap Akaun Bersumpahnya dan pastinya akan menarik jika berasaskan apa yang dikatakan oleh RPK melalui kolumnya ini.
Ini kerana RPK bagaikan yakin rakyat akan terpengaruh dengan ‘pendedahannya’ sehingga boleh menyebabkan rakyat akan menuntut supaya Pak Lah dikekalkan sehingga 2013.
Juga sanggupkah Pak Lah memilih jalan untuk mendapatkan sokongan ‘pembangkang + UMNO + parti komponen BN’ bagi terus berkuasa dengan menghancurkan parti yang didokongnya sekian lama?
Bagaimana janjinya mahu menyerahkan kuasa kepada Najib dan menjamin UMNO terus menjadi teras kepada BN pada Mac depan?
Kita tunggu dan ikuti apa pendedahan RPK dalam tiga empat bulan ini sambil berkempen untuk pemilihan UMNO Mac depan tetapi dengan syarat - duit dalam poket jangan lagi dikeluarkan untuk dibahagi-bahagikan kerana tanpa politik wang sahaja UMNO akan terus kekal teguh!
Anwar kecam tindakan polis halang ceramah bantah ISA di MPAJ
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan polis menggangu dan menahan beberapa aktivis dalam ceramah perdana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.Menurut Anwar, ceramah yang dianjurkan PAS itu diganggu polis sebelum ia sempat dimulakan, dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.
"Kita buat ceramah membantah akta yang zalim diganggu polis, tetapi jika Umno baut himpunan, polis tidak pernah ganggu, inikah demokrasi?," katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Turut hadir ialah, Bendahari KeADILan, William Leong; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Anwar seterusnya mempersoal kecenderungan polis yang mutakhir ini kerap menggunakan kekerasan bagi menyuraikan himpunan aman anjuran Pakatan Rakyat.
Sedangkan pelbagai himpunan yang dianjurkan Umno yang membawa isu perkauman yang dikhuatiri mengundang masalah ketenteraman awam tidak diambil peduli. katanya.
Beliau turut mengecam beberapa pertubuhan dan individu yang menyokong pelaksanaan ISA sebagai akta yang kononnya didakwa mempertahan orang Melayu.
Walhal, akta tersebutlah yang sebenarnya banyak memenjarakan orang Melayu. yang akhirnya memangsakan anak-anak dan keluarga Melayu, kata Anwar.
Dalam kejadian di Padang MPAJ malam tadi, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.
Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.
Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.
Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.
Menurut laporan kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.
Anwar's motion on economy rejected
breaking news A motion by Opposition Leader Anwar Ibrahim to discuss the problem of negative foreign investment inflow into Malaysia was rejected by the deputy speaker Ronald Kiandee this morning.
"I am rejecting the motion to discuss, although it is specific and of public interest, it is not necessarily an immediate concern.
"Already during two different instances - the Trade Minister Muhyiddin Yassin on Oct 30 and the parliamentary committee on Nov 20 - have already dealt with this issue," said Kiandee.
Anwar wanted the House to confront the issue in light of the unstable global economy.
He also wanted the House to discuss the latest United Nations Conference on Trade and Development Worlds Investment Report 2008.
"The situation persists then we face the prospect of a shrinking of the economy, a deteriorating Gross Domestic Product and higher unemployment," he said in support of his motion.
The report outlined that Malaysia had a negative FDI flow - effectively more investment is leaving the country than is entering the local economy.
This, he reiterated, was a crisis of confidence in the local economy as businesses were moving their capital elsewhere.
"The report shows that we have brought in RM29 billion in FDI in 2007, however we have also bled RM38 billion in 2007, therefore we have a negative amount," he said.
The Permatang Pauh MP also stressed that compared to all the Asean countries, Malaysia was the only one with a low FDI.

Singapore proposes joint ventures in Iskandar
Malaysia and Singapore should consider undertaking joint iconic projects in Iskandar Malaysia, Deputy Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak said here on Sunday.He said Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong made the suggestion during their bilateral meeting on Saturday on the sidelines of the Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) summit.
“It would be some economic projects that are viable,” he told Malaysian journalists after the end of the summit.
“We leave it to officials from both sides to discuss and identify the particular projects that are appropriate,” he said.
Later, Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said iconic projects would be those that have a high impact on the economies of both countries.
E-mail Pembaca: SIS Persoal Keputusan Majlis Fatwa
e-mail dari - shahir74@yahoo.com
Dalam kes ni, aku rasa suratkhabar melayu ni macam orang jahil bila dia tanya pendapat SIS.
Dalam hal agama, tanya la orang yang pakar dalam agama.
Ini tidak, suratkhabar tu pi minta pendapat kat SIS dan artis.
Bodoh betul. Tapi, bila teringat tanda2 akhir zaman, yang mana salah satunya ialah 'bila orang yang bukan ahli bercakap tentang agama', maka aku pun pasrah.
Cuma jadinya macam kalau kita kena kanser, pastu doktor nasihat suruh bedah, tapi kita gatai2 pi tanya 2nd opinion kat tukang jahit dan jaga sekolah, konfem diorang tak tau apa2 dan bagi pendapat yg lain.
Hahaha!
Biar kita jahil tapi cuba nak cari ilmu dan keredhaan, jangan jadi jahil dan ajak orang lain pun jahil macam kita jugak.
Macam perangai syaitan iblis.
Sifat iblis macam tu la.
Pasal dia kena masuk neraka, so dia pun nak ajak orang lain masuk sama.

Subscribe to:
Posts (Atom)