"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

Raja Petra bantah pemindahan kes fitnah ke Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendengar hujah peguam Raja Petra Kamarudin bahawa pemindahan kes fitnah penulis laman web Malaysia Today itu daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen adalah "haram, tidak sah dan bertentangan" kepada peruntukan-peruntukan Kod Prosedur Jenayah.

Peguamnya, Manjeet Singh Dhillon berkata, Seksyen 117 kanun tersebut tidak membenarkan pemindahan kes oleh majistret ke Mahkamah Sesyen yang mana kes berkenaan telah didengar di Mahkamah Majistret.

"Perintah yang dikeluarkan majistret yang akan mendedahkan tertuduh kepada ketidaksaksamaan dan berpotensi dikenakan hukuman lebih tinggi adalah tidak berpelembagaan, dalam pada melanggar persamaan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Raja Petra dituduh memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu kenyataan bertulis yang disahkan oleh beliau pada 18 Jun lalu.

Beliau turut menghadapi tuduhan yang sama terhadap Kolonel Norhayati Hassan dan suaminya, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong.

Raja Petra didakwa atas tiga tuduhan tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Julai tahun ini.

Pada 15 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara telah memohon kepada Mahkamah Majistret untuk memindahkan kes-kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen atas alasan ia "melibatkan kepentingan awam" dan kes itu kemudiannya dipindahkan.

Manjeet telah menyerahkan kepada hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Sekeri Mamat sama ada memindahkan semula kes tersebut ke Mahkamah Majistret atau memerintahkan perbicaraan diteruskan dan menghantar rekod ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan jika pemindahan kes tersebut sahih.

3 comments:

megat said...

semoga keadilan dapat ditunjukkan kepada kita semua

Anonymous said...

Betul tu Megat. Tak larat nak komen banyak dah. Biarlah Allah SWT yang tunjukkan pada kita siapa sebenarnya yang bersalah. Kita nak tuduh sebarangan pun tak boleh juga..

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak