"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

Cadangan Mufti Australia Ditolak

Pengerusi Islamic High Council Darul Taqwa, Australia, Dr Alwan Al-Hasani menolak cadangan agar dihentikan amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita ketika solat di masjid.

Beliau berkata cadangan tersebut tidak bertepatan dengan mazhab Shafie dan mana-mana mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Pendapat ini salah dan kita tidak bersetuju kerana ia tidak bertepatan dengan mazhab Shafie serta ulama-ulama besar," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che Mat, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Mufti Australia, Sheikh Fehmi Maji el-Iman yang mahu menghentikan amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita ketika solat di masjid bagi memenuhi tuntutan kaum wanita.

Sheikh Fehmi berpendapat, amalan mengasingkan jemaah lelaki dan wanita yang diperkenalkan sejak lama dulu, dibuat atas dasar budaya dan bukannya tuntutan agama serta memberi alasan ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W, jemaah lelaki dan wanita tidak diasingkan ketika solat.

Mengulas lanjut, Dr Alwan yang mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah pondok di Kelantan dan Terengganu berkata pendapat Sheikh Fehmi itu juga tidak menggambarkan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia boleh mengelirukan umat Islam.

Beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W telah menerangkan kepada umat Islam berhubung tertib kedudukan lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dalam solat.

"Jadi apa yang disebut oleh Nabi Muhammad inilah nas. Kita tidak boleh melangkauinya dan apa yang disebut oleh Rasullulah hendaklah diamalkan dan diterima.

"Zaman Rasullulah, ketika solat baginda menjadi imam dan di belakang baginda orang lelaki dan belakang lelaki itu barulah perempuan. Ini memelihara kaum perempuan kerana mereka tidak dipandang oleh lelaki," katanya.

2 comments:

Unknown said...

Cadangan mufti...???Betoi ka ni haa???Habislah cam ni..Bertepuklah SIS atau aminah wadud...

Anonymous said...

Jika pandangan atau cadangan mana-mana mufti atau ulamak berkenaan kedudukan lelaki dan perempuan dalam solat jemaah, tidak bercanggah dengan apa yang Allah tentukan dan dilakukan pada zaman Rasulullah SAW, kita terima dan dibincangkan secara dalaman dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada puak anti Islam untuk mengambil kesempatan terhadap perkara-perkara sebegini yang mana mereka akan mengatakan ia sebagaimana kekurangan dalam Islam. Kita tidak boleh biarkan ini berlaku...