"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

32 NGO Melayu buat laporan polis - malaysiakini

Kira-kira 500 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman ( baca "menyertai perhimpunan haram" ) di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini hari ini, sebelum membuat enam laporan polis berhubung isu perkauman, kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam.

Antara enam isu yang dilaporkan ialah Melayu sebagai pendatang, pengkid, Hindu Rights Action Force (Hindraf), isu hina Islam dan dua isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan itu dibuat sejurus berakhirnya forum Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di Wisma Sejarah, Ampang di sini pada pukul 1.50 petang.

Mereka yang mewakili 32 NGO Melayu itu berhimpun di Balai Polis Jalan Tun Razak pada pukul 3 petang sebelum membuat laporan kira-kira 15 minit kemudian.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahmuddin Mat Harun berkata, NGO terbabit mahu pihak berkuasa lebih tegas menangani isu pertikaian hak Melayu yang sering diperkatakan kebelakangan ini.

"Kami mendesak pihak yang cuba mengapi-apikan dan mempertikaikan kedudukan istimewa bangsa Melayu serta kedaulatan agama Islam agar berhenti berbuat demikian.

"Kami juga menyelar pihak yang cuba menggugat keamanan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini dengan kenyataan yang mencabar bangsa Melayu serta umat Islam," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut.

Semasa piket secara aman itu ( baca "perhimpunan haram" ) , penyokong Pewaris dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) membawa pelbagai sepanduk antaranya bertulis, Bersatulah demi perpaduan ummah, Kekalkan ISA demi keamanan dan Melayu tidak akan biarkan agama Islam dan keutamaannya dipersendakan.

TP - perhimpunan ni dapat permit ke? PDRM bagi permit ke?

FRU tak turun ke?

Kan aku dah habaq awal-awal kat [sini]... skarang hangpa percaya dak?