"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

Anwar kecam tindakan polis halang ceramah bantah ISA di MPAJ

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan polis menggangu dan menahan beberapa aktivis dalam ceramah perdana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.

Menurut Anwar, ceramah yang dianjurkan PAS itu diganggu polis sebelum ia sempat dimulakan, dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

"Kita buat ceramah membantah akta yang zalim diganggu polis, tetapi jika Umno baut himpunan, polis tidak pernah ganggu, inikah demokrasi?," katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Bendahari KeADILan, William Leong; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar seterusnya mempersoal kecenderungan polis yang mutakhir ini kerap menggunakan kekerasan bagi menyuraikan himpunan aman anjuran Pakatan Rakyat.

Sedangkan pelbagai himpunan yang dianjurkan Umno yang membawa isu perkauman yang dikhuatiri mengundang masalah ketenteraman awam tidak diambil peduli. katanya.

Beliau turut mengecam beberapa pertubuhan dan individu yang menyokong pelaksanaan ISA sebagai akta yang kononnya didakwa mempertahan orang Melayu.

Walhal, akta tersebutlah yang sebenarnya banyak memenjarakan orang Melayu. yang akhirnya memangsakan anak-anak dan keluarga Melayu, kata Anwar.

Dalam kejadian di Padang MPAJ malam tadi, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

1 comment:

Anonymous said...

Sekarang Barisan Nasional berkuasa, maka mereka buat apa yang mereka suka. Memang nampak zalim, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Tapi bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti, masa tu kita pun tak tahu bagaimana mereka memaksa polis supaya melakukan sesuatu terhadap orang yang mengadakan perhimpunan haram... Ada jaminan...? Atau membuat pekara yang sama..?