"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

DEMONSTRASI MENGECAM KEGANASAN REJIM ZIONIS - malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan Malaysia bersama Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan 'Demonstrasi Mengecam Keganasan Rejim Zionis'. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Jan 2009 (Jumaat)

Lokasi: Perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Masa: Selepas solat Jumaat

Semua pihak KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput ke program tersebut.

Sekian, terima kasih

Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
014-8422155

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: shamsuliskandar.wordpress.com

Perlu Bantuan: Remaja Hilang - malaysiakini

FATIN NORREHAN BINTI AHMAD , 15 Tahun

KEPADA SESIAPA YANG TERLIHAT REMAJA DIATAS SILA HUBUNGI PN SITI HAWA BT MOHD NOOR [H/P : 017 - 6844 503]

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu, 17/12/2008.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan sekelian.

Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd

PAS akan umumkan calonnya malam ini

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu malam ini di Stadium Negeri, Batu Burok dekat sini.

Sehingga kini (jam 10.30 pagi), Siasah difahamkan tidak ada pimpinan lain PAS yang dapat mengesahkan siapakah calon PAS itu dan disimpan kemas oleh Abdul Hadi.

Semalan, Abdul Hadi telah menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang dipercayai ada kaitan dengan calon PAS ini.

Sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut akan menjadi calon PAS. Mereka adalah Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Datuk Wan Mutalib Embong (timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu).

Namun, para pimpinan PAS tidak menolak kemungkinan kalau-kalau nama lain diumumkan oleh Abdul Hadi malam ini.

-SIASAH

Shah Alam Extreme Park Dibuka Sepenuhnya Tahun - malaysiakini

Sebuah pusat sukan yang berorientasikan aktiviti lasak yang dikenali sebagai 'Shah Alam Extreme Park' dijangka dibuka sepenuhnya awal tahun ini sebagai medium alternatif bagi golongan muda mengisi masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, pusat sukan itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan acara sukan lasak, dibina khusus untuk golongan remaja sebagai alternatif untuk beriadah.

Shahrin berkata kemudahan sukan ekstrem itu dibina di kawasan seluas 5.2 hektar di Seksyen 13 di sini dan merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam, yang turut merangkumi Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Malawati, Litar Go-Kart Shah Alam dan Kompleks Boling Padang.

Pusat sukan ekstrem itu dilengkapi enam gelanggang futsal, satu medan aktiviti paintball, satu gelanggang papan luncur, 'wall climbing', 'boulder park', gelanggang basikal, padang ragbi dan sudut rehat keluarga serta tiga buah restoran makanan segera yang telah mula beroperasi, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata: " Walaupun sebelum ini ia dijangka siap lebih awal, tetapi disebabkan beberapa perkara termasuk memastikan kesesuaian kelengkapan dan binaan bagi sukan esktrem yang akan dibina, ia dijangka dibuka sepenuhnya tidak lama lagi."

Shahrin berkata pihaknya hanya menanti kerja-kerja menyiapkan gelanggang futsal, sementara yang lainnya sudah sedia untuk digunakan.

"Malah ada yang kita telah buka kepada awam seperti wall climbing dan gelanggang papan luncur," katanya.

Shahrin berkata kos pembinaan kompleks sukan lasak itu ialah lebih RM5 juta, dan MBSA memperuntuk tambahan RM100,000 menerusi Bajet 2009 untuk menaiktaraf kemudahan riadah yang disediakan.

Beliau berkata mereka yang berminat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memakai pakaian yang sesuai dan mengikut nasihat daripada mereka yang pakar sebelum melakukan aktiviti sukan lasak yang disediakan.

Selain itu, kedai kelengkapan peralatan sukan lasak juga disediakan di pusat sukan itu bagi mereka yang berminat serta sebuah kiosk yang menyediakan peralatan sukan esktrem itu, turut dibuka dengan kadar sewa yang minimum.

Shahrin berkata selain bertujuan menjadikan 'Shah Alam Extreme Park' sebagai pilihan golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka, pusat sukan ekstrem itu juga sesuai dijadikan pusat riadah keluarga dan dilengkapi dengan tempat letak kereta yang luas.

Katanya, restoran makanan segera di kawasan pusat sukan itu juga menyediakan perkhidmatan pandu lalu bagi memudahkan warga Shah Alam membeli makanan yang dijual selain sebuah kafe yang turut disediakan di dalam kompleks sukan ekstrem berkenaan.

Shahrin berkata, lokasi pusat sukan itu juga strategik kerana berdekatan dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan kawasan perumahan malah ia juga boleh dianggap sebagai alternatif kepada warga Shah Alam untuk beriadah selain beberapa taman awam seperti Taman Tasik Shah Alam.

"Mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan riadah di kompleks sukan berkenaan perlu mendaftar di pejabat perkhidmatan yang disediakan di kompleks berkenaan bagi tujuan keselamatan," katanya.

Waktu operasi bagi pusat sukan itu ialah dari pukul 10 pagi hingga 11 malam pada hari biasa dan dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam pada setiap cuti umum, katanya.

Yuran PIBG Ditangguh - Respon Pihak Sekolah & Ibubapa.

Semalam Des bertemu dengan seorang teman. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Saja pertemuan ini diatur taktala beliau tamat mesyuarat guru pertama untuk sesi persekolahan 2009 yang bakal bermula pada 5 Januari 2009 kelak.

Des cuma ingin bertanyakan mengenai isu yuran PIBG yang telah diarahkan supaya ditangguh pengutipannya sehingga Jun oleh Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin. Dan dia menjawab, Ya..memang ada isu tersebut dibincangkan di dalam mesyuaratnya sebentar tadi.

Kemudian dia pun menerangkan bagaimana implikasi penangguhan yuran tambahan PIBG tersebut ke atas sekolah serta murid-murid di sekolah. Pelbagai masalah akan timbul jika wang tersebut tidak dikutip.

"Apa cerita mesyuarat?" Des memulakan perbualan.

"Macam besa la, kena tugas nu, kena tugas ni, cikgu bertukaq, cikgu masuk," katanya dalam loghat Penang yang pekat.

Des tidak menunggu lama dan terus bertanyakan hal yuran tersebut, "Nih, apa ceghita pasai yuran tambahan PIBG tuh, memang kena tangguh sungguh ka?"

"Laaa...hang ni la, Menteri kata dah haghi tuh, kena tangguh..." balas teman Des.

"Dak aiih, aku saja ak confirm dengan hang pasai hang cikgu, so apa ceghita?" tanya Des kembali.

"Nie semua politik punya hal la nih, kalau tidak tak kelam kabut lagu nih, hang tau ka, kalau yuran tambahan tu tak boleh kutip, mampuih sekolah!" tegasnya lagi.

"Aik, awat jadi lagu tuh?" terpinga-pinga sebentar Des.

Kemudian dia menjawab, "Mana sekolah nak cari duit untuk buat program motivasi budak? Mana duit nak mai nak buat Hari Sukan Sekolah? Mana nak bayaq duit penceramah kot kalau sekolah panggil mai, program-program kecemerlangan...banyak lagi la kalau aku nak habaq kat hang!"

Sambungnya lagi, "Duit yuran tambahan tuh, bukan sekolah guna nak bayaq bil api dengan ayaq! Duit tu nak pakai buat program budak-budak, nak bagi budak-budak pandai..."

"Dah tu, awat yang Menteri mintak tangguh?" Tanya Des lagi.

"Semua ni pasai politik la, Pembangkang, depa manipulasikan pengumuman Hishammudin pasai pendidikan percuma kat UNESCO hari tuh. Hishamuddin kata pendidikan percuma untuk semua, lepaih tu, pembangkang mula la ungkit, awat yang kata pendidikan percuma tapi kena bayaq duit yuran tambahan jugak? Menteri tak mau kecoh-kecoh, teruih umum bayaran tu ditangguhkan sampai Jun." terang beliau panjang lebar.

Kemudian dia menyambung, "Tapi depa tak tau apa yang sebenaqnya berlaku dalam pentadbiran di sekolah-sekolah. Sekolah perlukan duit tersebut untuk buat program-program untuk pelajar. Dan kebanyakan program-progra tu pulak kena buat awai tahun...bulan Jun bukan awai tahun dah...dah tengah tahun!"

"Abih tu, program-program semua nanti macam mana?" tanya Des lagi.

"Guru Besaq aku kata, tengok la, kalau nak buat jugak, ala kadar jer kot, dak pun toksah buat langsung, senang kerja cikgu katanya, kalau nak buat pun tak dak duit!" balasnya.

"Contoh?" Tanya Des lagi.

"Sukan Tahunan Sekolah, Program Motivasi Pelajar, Program Motivasi UPSR..." jawabnya.

"Huh! Sekolah tak buat Sukan Tahunan? Hang biaq betui?" terkejut Des bertanya padanya lagi.

"Dah tu, duit tadak, nak buat lagu mana? Hadiah nak bagi apa? Bagi roti dengan ayaq sirap boleh la kot...." balasnya.

Des terpaku mendengar cerita di sekolah. Rupa-rupanya begitu penting yuran tambahan yang perlu dibayar oleh setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Tapi memang ada benarnya kata-kata teman Des, pembangkang yang paling banyak memanipulasikan situasi dengan mengeruhkan lagi keadaan. Mengikut teman Des, tidak ramai ibu bapa yang bersungut, cuma dihangatkan oleh media massa dan politiking pembangkang sahaja. Kebanyakan ibu bapa membayar yuran tersebut tanpa banyak songeh dan pertanyaan.

Ibu bapa kini sudah pun bijak menguruskan kewangan anak-anak mereka. Kebanyakan darinya telah pun mengadakan simpananan khas bagi menghadapi persekolahan awal tahun untuk anak-anak mereka. Bagi keluarga yang kurang mampu, mereka masih layak menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar yang akan diberikan oleh kerajaan. Isu-isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak hanya sekadar mengeruhkan keadaan dan menyusahkan pihak-pihak lain terutamannya sekolah.

Jangan politikkan pendidikan anak-anak anda..

Wallahuallam

Dari blog ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN...

Jawapan dari Ila Azila.

Salam,
Kami sebagai ibubapa sebenarnya tak kisah berhabis duit demi pelajaran anak2. kami tetap akan membantu sekolah demi kemajuan bersama.

Tetapi yang nak di luahkan disini apabila ada sekolah yg minta bayaran perpusatakaan dan kebajikan, sedangkan perpustakaan (RM 50/seorang) tidak ujud (dah dibuat kelas) kebajikan lak, apa bentuk kebajikan (RM30seorang) (anak saya demam dan pitam disekolah, kami juga dipanggil untuk bawa anak ke hospital) pihak sekolah seolah-olah lepas tangan.

Yuran komputer RM15seorang (sedangkan masuk bilik komputer pun beberapa kali je setahun) sedangkan kami dapati guru-guru menggunakan internet utk kegunaaan peribadi disekolah.

Adakah anak murid kena tanggung semua kepentingan peribadi guru2. (Kementerian diminta pantau perkara ini, kami pernah bangkit kan disekolah semasa mesyuarat PIBG tetapi tiada tindakan lanjut) kami cuma perlukan keadilan.

Gaji guru2 pun bukannya kecil macam zaman kami dulu. Dan saya perhatikan segelintir guru2 sekarang, mengajar ikut emosi.

Walau apa pun, kami tetap menghantar anak2 kami ke sekolah kerajaan sebab nak sokong kerajaan.

Cuba perhatikan dn kaji pembayaran untuk masuk ke TABIKA KEMAS dan PERPADUAN.

Lebih kurang dengan menghantar anak ke sekolah swasta yg tak perlu disangkal lagi yurannya.

Maaf kalau saya tersilap, tetapi pihak yg bertanggungjawab perlu memantau keadaan di sekolah agar tidak dicemari oleh segelintir yang tidak bertanggungjawab.

Sekian, wasallam.....

Saman, lucut kerusi parlimen: Kenyataan Rashid 'mengarut'

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul karim menyifatkan kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk menyaman dan melucutkan kerusi parlimen anggota pembangkang sebagai kenyataan 'mengarut'.

Katanya, Rashid bercakap seperti orang jahil undang-undang dan perlembagaan Persekutuan.

Jelas Abdullah, perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyenaraikan sebab-sebab seorang anggota perlimen boleh dilucutkan kerusinya, antaranya disebabkan oleh gila atau disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2,000 jika tidak mendapatkan keampunan dan sebagainya.

"Ia berbeza dengan kenyataan Rashid kononya ada ahli parlimen pembangkang akan digugurkan kerusinya jika disabit dengan kesalahan memfitnahnya," ujar Abdullah yang juga seorang peguam.

Menurut Abdullah sekalipun Rashid menang saman sivil dengan jumlah jutaan ringgit sekalipun ia tidak akan menjejaskan kerusi anggota parlimen berkenaan kerana kesalahan yang memboleh kerusi sesaorang anggota parlimen itu digugurkan adalah bersabit kes jenayah, ia tidak termasuk dalam kes saman sivil atau saman malu yang sebutkan bekas pengerusi SPR itu.

"Kenyataan Rashid itu mendedahkan kejahilanya, bagaimanapun kita hormatlah hak beliau untuk membuat saman sivil itu, itu haknya, ujar Abdullah ketika ditemui di pejabatnya.

Himpunan Aman Palestin di Masjid Negara esok - malaysiakini

Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara esok ( 2 januari 2009) selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Perhimpunan ini bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu, demikian kenyataan yang dihantar ke Harakahdaily.

Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut akan mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari yang sama.

"Kita akan mengadakan himpunan mengutuk kezaliman regim zionis selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kita berharap orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestin dapat turut serta dalam himpunan itu untuk menyatakan bantahan atas kekejaman Israel itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin.

Memorandum bantahan telah diserahkan oleh Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada wakil kedutaan Amerika pukul 12.00 tengahari 30 Disember lalu dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.

Perhimpunan aman palestin di masjid Negara pada Jumaat ini adalah siri seterusnya bantahan umat Islam kepada kebiadapan Israel selama ini.

Pemuda PAS juga turut mengajak semua seluruh umat Islam yang cintakan Islam bersama bersatu membantah kejahatan Israel ini. Ini termasuk juga masyarakat bukan Islam yang cintakan keamanan turut diseru menyertai himpunan ini bersama-sama.

59 dead in Bangkok nightclub fire

At least 59 people were killed when a fire ripped through a popular nightclub in the Thai capital Bangkok early Thursday as people were celebrating New Year, a local police commander said.

The blaze broke out at the Santika club in the city's Ekkamai district, a thronging entertainment area frequented by locals and tourists. It was not immediately clear if any foreigners were among the dead.

Local police commander Colonel Suphin Sapphuang told AFP 59 people had been confirmed dead so far - 53 at the scene and six succumbed later in hospital.

At least 184 people were injured, emergency services at the scene told AFP, and had been rushed to 14 hospitals around the capital suffering burns and smoke inhalation.

"It appears that the fire started from the area of the stage where a band was playing. There were some pyrotechnics and it appears that they started the blaze," said Police Lieutenant Colonel Prawit Kantwol.

"Most of the victims died from suffocation but some were also killed in a stampede when people were trying to get out," he added.

Popular With Bangkok's Elite

The two-storey club, which is popular with Bangkok's elite, has a capacity of 1,000 people but it was not clear how many were in there at the time of the blaze.

A police officer at the scene who asked not to be identified said that there were still about 30 bodies inside the club which had not yet been recovered, although the fire was now under control.

thailand bangkok night club fire on new year's dayAlmost all the dead were on the ground floor, where the stage was located.

An AFP correspondent said the nightclub had been completely gutted by the fire, which broke out between midnight and 1:00am, shortly after revellers had celebrated the passing of the New Year.

The front of the building was blackened and had collapsed, the correspondent said.

Several dozen relatives, friends and bystanders were left standing outside what was left of the venue, trying to get information about loved ones from the emergency services.

Fire brigade officials and forensic police could be seen entering the club in an effort to establish what had caused the fire, as the remains of charred furniture and equipment littered the ground outside.

Rais hadir mesyuarat tergempar OIC

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim akan menghadiri Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi, Sabtu ini bagi membincangkan serangan Israel ke atas Gaza.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini memberitahu, mesyuarat tersebut bertujuan membolehkan OIC menghasilkan satu keputusan bersama untuk memaksa Israel menghentikan tindakan kekerasan ke atas penduduk Gaza.

"Ia juga bertujuan meminta masyarakat antarabangsa mendesak Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan menamatkan tindakan keganasan dan jenayah di Gaza,'' kata kenyataan itu.

Penduduk Gaza kini terus menderita apabila jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan yang masuk hari keempat berturut-turut semalam.

Agensi berita Reuters melaporkan pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 orang cedera.

Pasport kita mudah dipalsu sindiket antarabangsa – malaysiakini

"Jika di Amerika Syarikat, seseorang yang memohon pasport tidak akan memperolehnya dalam tempoh dua minggu. Jadi, apa bijaknya kalau proses pengeluarannya cepat sedangkan risikonya amat tinggi,” kata Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam tahun ini sahaja, Jabatan Imigresen kerap membuat serbuan dan menumpaskan sindiket pengeluaran pasport antarabangsa palsu.

Peningkatan kes itu juga menyebabkan jabatan berkenaan pada 26 Ogos lalu bercadang memperkenalkan teknologi Cip Pengenalan Frekuensi Radio (RFI) bagi membanteras kegiatan memalsukan pasport Malaysia oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mahmood Adam berkata, teknologi itu adalah usaha terbaru mengesan pemilik pasport asal selain mengurangkan kes pemalsuan dokumen penting seperti pasport tersebut.

Belum ada statistik rasmi berhubung jumlah pasport antarabangsa Malaysia yang dilaporkan hilang tahun ini tetapi pada 2007, jumlah kehilangan dokumen itu yang dicatatkan sehingga Julai mencecah 8,000 keping.PUTRAJAYA 31 Dis. – Pasport Malaysia yang kini boleh diperoleh dalam masa tidak sampai dua jam mempunyai risiko keselamatan kerana ia dikatakan mudah terdedah kepada kegiatan pemalsuan oleh sindiket antarabangsa.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar kini sedang meneliti semula proses tersebut supaya keberkesanan sistem penyampaian kerajaan itu tidak disalahgunakan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengakui kegiatan pemalsuan pasport Malaysia yang didalangi sindiket antarabangsa semakin serius berikutan permintaan yang tinggi oleh rakyat asing terhadap pasport negara ini.

Beliau berkata, maklumat yang diperoleh Wisma Putra baru-baru ini menunjukkan warganegara Nigeria, India, Bangladesh, Indonesia dan China adalah yang paling banyak menggunakan pasport tiruan.

‘‘Nisbah pasport tiruan (di pasaran gelap) telah mencurigai Kementerian Luar.

‘‘Oleh itu, kita kena teliti adakah proses pengeluaran pasport dalam tempoh tidak sampai sehari ini suatu tindakan yang betul. Ini kerana kalau proses itu dibuat tanpa pemeriksaan rapi ke atas butir-butir pemohon, maka ini tentu sekali melibatkan kepentingan keselamatan negara.