"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

Yuran PIBG Ditangguh - Respon Pihak Sekolah & Ibubapa.

Semalam Des bertemu dengan seorang teman. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Saja pertemuan ini diatur taktala beliau tamat mesyuarat guru pertama untuk sesi persekolahan 2009 yang bakal bermula pada 5 Januari 2009 kelak.

Des cuma ingin bertanyakan mengenai isu yuran PIBG yang telah diarahkan supaya ditangguh pengutipannya sehingga Jun oleh Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin. Dan dia menjawab, Ya..memang ada isu tersebut dibincangkan di dalam mesyuaratnya sebentar tadi.

Kemudian dia pun menerangkan bagaimana implikasi penangguhan yuran tambahan PIBG tersebut ke atas sekolah serta murid-murid di sekolah. Pelbagai masalah akan timbul jika wang tersebut tidak dikutip.

"Apa cerita mesyuarat?" Des memulakan perbualan.

"Macam besa la, kena tugas nu, kena tugas ni, cikgu bertukaq, cikgu masuk," katanya dalam loghat Penang yang pekat.

Des tidak menunggu lama dan terus bertanyakan hal yuran tersebut, "Nih, apa ceghita pasai yuran tambahan PIBG tuh, memang kena tangguh sungguh ka?"

"Laaa...hang ni la, Menteri kata dah haghi tuh, kena tangguh..." balas teman Des.

"Dak aiih, aku saja ak confirm dengan hang pasai hang cikgu, so apa ceghita?" tanya Des kembali.

"Nie semua politik punya hal la nih, kalau tidak tak kelam kabut lagu nih, hang tau ka, kalau yuran tambahan tu tak boleh kutip, mampuih sekolah!" tegasnya lagi.

"Aik, awat jadi lagu tuh?" terpinga-pinga sebentar Des.

Kemudian dia menjawab, "Mana sekolah nak cari duit untuk buat program motivasi budak? Mana duit nak mai nak buat Hari Sukan Sekolah? Mana nak bayaq duit penceramah kot kalau sekolah panggil mai, program-program kecemerlangan...banyak lagi la kalau aku nak habaq kat hang!"

Sambungnya lagi, "Duit yuran tambahan tuh, bukan sekolah guna nak bayaq bil api dengan ayaq! Duit tu nak pakai buat program budak-budak, nak bagi budak-budak pandai..."

"Dah tu, awat yang Menteri mintak tangguh?" Tanya Des lagi.

"Semua ni pasai politik la, Pembangkang, depa manipulasikan pengumuman Hishammudin pasai pendidikan percuma kat UNESCO hari tuh. Hishamuddin kata pendidikan percuma untuk semua, lepaih tu, pembangkang mula la ungkit, awat yang kata pendidikan percuma tapi kena bayaq duit yuran tambahan jugak? Menteri tak mau kecoh-kecoh, teruih umum bayaran tu ditangguhkan sampai Jun." terang beliau panjang lebar.

Kemudian dia menyambung, "Tapi depa tak tau apa yang sebenaqnya berlaku dalam pentadbiran di sekolah-sekolah. Sekolah perlukan duit tersebut untuk buat program-program untuk pelajar. Dan kebanyakan program-progra tu pulak kena buat awai tahun...bulan Jun bukan awai tahun dah...dah tengah tahun!"

"Abih tu, program-program semua nanti macam mana?" tanya Des lagi.

"Guru Besaq aku kata, tengok la, kalau nak buat jugak, ala kadar jer kot, dak pun toksah buat langsung, senang kerja cikgu katanya, kalau nak buat pun tak dak duit!" balasnya.

"Contoh?" Tanya Des lagi.

"Sukan Tahunan Sekolah, Program Motivasi Pelajar, Program Motivasi UPSR..." jawabnya.

"Huh! Sekolah tak buat Sukan Tahunan? Hang biaq betui?" terkejut Des bertanya padanya lagi.

"Dah tu, duit tadak, nak buat lagu mana? Hadiah nak bagi apa? Bagi roti dengan ayaq sirap boleh la kot...." balasnya.

Des terpaku mendengar cerita di sekolah. Rupa-rupanya begitu penting yuran tambahan yang perlu dibayar oleh setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Tapi memang ada benarnya kata-kata teman Des, pembangkang yang paling banyak memanipulasikan situasi dengan mengeruhkan lagi keadaan. Mengikut teman Des, tidak ramai ibu bapa yang bersungut, cuma dihangatkan oleh media massa dan politiking pembangkang sahaja. Kebanyakan ibu bapa membayar yuran tersebut tanpa banyak songeh dan pertanyaan.

Ibu bapa kini sudah pun bijak menguruskan kewangan anak-anak mereka. Kebanyakan darinya telah pun mengadakan simpananan khas bagi menghadapi persekolahan awal tahun untuk anak-anak mereka. Bagi keluarga yang kurang mampu, mereka masih layak menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar yang akan diberikan oleh kerajaan. Isu-isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak hanya sekadar mengeruhkan keadaan dan menyusahkan pihak-pihak lain terutamannya sekolah.

Jangan politikkan pendidikan anak-anak anda..

Wallahuallam

Dari blog ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN...

Jawapan dari Ila Azila.

Salam,
Kami sebagai ibubapa sebenarnya tak kisah berhabis duit demi pelajaran anak2. kami tetap akan membantu sekolah demi kemajuan bersama.

Tetapi yang nak di luahkan disini apabila ada sekolah yg minta bayaran perpusatakaan dan kebajikan, sedangkan perpustakaan (RM 50/seorang) tidak ujud (dah dibuat kelas) kebajikan lak, apa bentuk kebajikan (RM30seorang) (anak saya demam dan pitam disekolah, kami juga dipanggil untuk bawa anak ke hospital) pihak sekolah seolah-olah lepas tangan.

Yuran komputer RM15seorang (sedangkan masuk bilik komputer pun beberapa kali je setahun) sedangkan kami dapati guru-guru menggunakan internet utk kegunaaan peribadi disekolah.

Adakah anak murid kena tanggung semua kepentingan peribadi guru2. (Kementerian diminta pantau perkara ini, kami pernah bangkit kan disekolah semasa mesyuarat PIBG tetapi tiada tindakan lanjut) kami cuma perlukan keadilan.

Gaji guru2 pun bukannya kecil macam zaman kami dulu. Dan saya perhatikan segelintir guru2 sekarang, mengajar ikut emosi.

Walau apa pun, kami tetap menghantar anak2 kami ke sekolah kerajaan sebab nak sokong kerajaan.

Cuba perhatikan dn kaji pembayaran untuk masuk ke TABIKA KEMAS dan PERPADUAN.

Lebih kurang dengan menghantar anak ke sekolah swasta yg tak perlu disangkal lagi yurannya.

Maaf kalau saya tersilap, tetapi pihak yg bertanggungjawab perlu memantau keadaan di sekolah agar tidak dicemari oleh segelintir yang tidak bertanggungjawab.

Sekian, wasallam.....

1 comment:

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju sekolah menggunakan duit PIBG utk buat sukan tahunan, motivase dsbnya. Sepatutnya semua peruntukkan aktiviti tersebut mesti datangnya dari pihak kementerian. Duit PIBG sepatutnya digunakan untuk kebajikan pelajar seperti sakit dsbnya.