"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

Jabatan Penerangan Buka Pusat Media Untuk Pilihan Raya

Jabatan Penerangan dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu membuka sebuah pusat media bagi kemudahan para petugas media sepanjang tempoh pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdullah Morad berkata, pusat media itu mula beroperasi hari ini sehingga 18 Jan nanti, dibuka dari 8 pagi sehingga 2 pagi dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan ruang kerja, komputer, wi-fi, mesin faks, bilik sidang akhbar dan bilik mesyuarat.

"Selain itu juga setiap pagi, kita akan memberi taklimat untuk para media berkenaan isu-isu lapangan yang telah dikumpul untuk memudahkan para media menulis berita-berita dengan maklumat yang tepat dan benar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian pusat media di Jalan Pejabat di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penerangan negeri Halimaton Hamza dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Abdullah berkata, para petugas media juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program yang dihadiri oleh pemimpin pusat serta negeri di pusat media berkenaan ataupun menerusi lama web http://media.inform.gov.my/e-press.

Menurutnya sempena pilihan raya kecil kali ini juga, Jabatan Penerangan telah memproses sebanyak 204 permohonan untuk membuat kad akreditasi media.

Sementara itu, Ahmad mengingatkan anggota media supaya membuat laporan yang adil dan mengelak daripada menulis isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu nanti.

No comments: