"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

Lagi bangunan kerajaan bocor - malaysiakini

Hampir seluruh tempat letak kereta di aras B1 dan B2 bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Presint 3 di sini digenangi air hingga paras buku lali dipercayai akibat bumbung bocor.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman yang terkejut dengan situasi berkenaan berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada kebocoran pada bumbung bangunan yang kini dalam proses penyelenggaraan.

Difahamkan, ini kali pertama bumbung bangunan pejabat berkenaan mengalami kebocoran sejak ia digunakan lima tahun lalu.

''Saya mahu pihak terbabit segera menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan sebelum beberapa lagi bangunan kementerian lain mengalami masalah yang sama,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan mendapati air mula bertakung di aras B1 sebelum menitis ke aras B2, mengakibatkan air bertakung di kedua- dua kawasan tempat meletak kenderaan yang terletak di Podium A.

Air kelihatan masih keluar dari beberapa kawasan bumbung apabila air yang bertakung di aras B1 menitis ke aras B2.

Ini kali kedua kejadian bumbung bocor di Putrajaya berlaku bulan ini selepas sebahagian besar Auditorium Cempaka Sari, Kompleks PPj digenangi air akibat bumbung bocor pada 11 Disember lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika forum Ketidaktentuan Kewangan Global dan Masa Depan Malaysia, yang dihadiri kira-kira 600 tetamu termasuk Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sedang berlangsung.

No comments: