"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

PAS akan umumkan calonnya malam ini

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu malam ini di Stadium Negeri, Batu Burok dekat sini.

Sehingga kini (jam 10.30 pagi), Siasah difahamkan tidak ada pimpinan lain PAS yang dapat mengesahkan siapakah calon PAS itu dan disimpan kemas oleh Abdul Hadi.

Semalan, Abdul Hadi telah menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang dipercayai ada kaitan dengan calon PAS ini.

Sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut akan menjadi calon PAS. Mereka adalah Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Datuk Wan Mutalib Embong (timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu).

Namun, para pimpinan PAS tidak menolak kemungkinan kalau-kalau nama lain diumumkan oleh Abdul Hadi malam ini.

-SIASAH

1 comment:

Anonymous said...

Siapa pun calun nya kita doakan kejayaan dipihak PAS.. tapi apa kata kita minta penegerusi SPR baru gunakan dakwat kekal untuk PRK KT.. sebab ada kemungkinan pengundi hantu akan bekeliaran..