"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

Shah Alam Extreme Park Dibuka Sepenuhnya Tahun - malaysiakini

Sebuah pusat sukan yang berorientasikan aktiviti lasak yang dikenali sebagai 'Shah Alam Extreme Park' dijangka dibuka sepenuhnya awal tahun ini sebagai medium alternatif bagi golongan muda mengisi masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, pusat sukan itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan acara sukan lasak, dibina khusus untuk golongan remaja sebagai alternatif untuk beriadah.

Shahrin berkata kemudahan sukan ekstrem itu dibina di kawasan seluas 5.2 hektar di Seksyen 13 di sini dan merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam, yang turut merangkumi Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Malawati, Litar Go-Kart Shah Alam dan Kompleks Boling Padang.

Pusat sukan ekstrem itu dilengkapi enam gelanggang futsal, satu medan aktiviti paintball, satu gelanggang papan luncur, 'wall climbing', 'boulder park', gelanggang basikal, padang ragbi dan sudut rehat keluarga serta tiga buah restoran makanan segera yang telah mula beroperasi, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata: " Walaupun sebelum ini ia dijangka siap lebih awal, tetapi disebabkan beberapa perkara termasuk memastikan kesesuaian kelengkapan dan binaan bagi sukan esktrem yang akan dibina, ia dijangka dibuka sepenuhnya tidak lama lagi."

Shahrin berkata pihaknya hanya menanti kerja-kerja menyiapkan gelanggang futsal, sementara yang lainnya sudah sedia untuk digunakan.

"Malah ada yang kita telah buka kepada awam seperti wall climbing dan gelanggang papan luncur," katanya.

Shahrin berkata kos pembinaan kompleks sukan lasak itu ialah lebih RM5 juta, dan MBSA memperuntuk tambahan RM100,000 menerusi Bajet 2009 untuk menaiktaraf kemudahan riadah yang disediakan.

Beliau berkata mereka yang berminat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memakai pakaian yang sesuai dan mengikut nasihat daripada mereka yang pakar sebelum melakukan aktiviti sukan lasak yang disediakan.

Selain itu, kedai kelengkapan peralatan sukan lasak juga disediakan di pusat sukan itu bagi mereka yang berminat serta sebuah kiosk yang menyediakan peralatan sukan esktrem itu, turut dibuka dengan kadar sewa yang minimum.

Shahrin berkata selain bertujuan menjadikan 'Shah Alam Extreme Park' sebagai pilihan golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka, pusat sukan ekstrem itu juga sesuai dijadikan pusat riadah keluarga dan dilengkapi dengan tempat letak kereta yang luas.

Katanya, restoran makanan segera di kawasan pusat sukan itu juga menyediakan perkhidmatan pandu lalu bagi memudahkan warga Shah Alam membeli makanan yang dijual selain sebuah kafe yang turut disediakan di dalam kompleks sukan ekstrem berkenaan.

Shahrin berkata, lokasi pusat sukan itu juga strategik kerana berdekatan dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan kawasan perumahan malah ia juga boleh dianggap sebagai alternatif kepada warga Shah Alam untuk beriadah selain beberapa taman awam seperti Taman Tasik Shah Alam.

"Mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan riadah di kompleks sukan berkenaan perlu mendaftar di pejabat perkhidmatan yang disediakan di kompleks berkenaan bagi tujuan keselamatan," katanya.

Waktu operasi bagi pusat sukan itu ialah dari pukul 10 pagi hingga 11 malam pada hari biasa dan dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam pada setiap cuti umum, katanya.

2 comments:

Bangsa Cina Malaysia said...

there is not a place in this country that is clean tidy and orderly.
rubbish is everywhere from the drain, pavement the market , housing estate whether its the front or back lane, the food court , the industrial area.

apart from all these nonsense the electrical pole , traffic light pole, telephone pole , signboard pole are all in slanting position.

why is it all those majlis perbandaran from the bottom to the top
are not sacked when it is proven they cannot perform all these years.

employ only those who really care about cleanliness and love the environment and reward them dearly.

we voted for change and changes are what we want to see.

Bangsa Cina Malaysia said...

there is not a place in this country that is clean tidy and orderly.

rubbish is everywhere from the drain, pavement the market , housing estate whether its the front or back lane, the food court , the industrial area.

apart from all these nonsense the electrical pole , traffic light pole, telephone pole , signboard pole are all in slanting position.

why is it all those majlis perbandaran from the bottom to the top
are not sacked when it is proven they cannot perform all these years.

employ only those who really care about cleanliness and love the environment and reward them dearly.

we voted for change and changes are what we want to see.