"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

Laksana 9 perubahan, surat terbuka Mahathir buat Obama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya, sempena Tahun Baru 2009, menyenaraikan sembilan perkara yang wajar ditimbang oleh Presiden Barack Obama, yang mengetuai Amerika Syarikat (AS) mulai 20 Januari ini.

Surat terbuka itu yang memfokus pada pelbagai isu antarabangsa termasuk perkembangan terbaru di Asia Barat dengan rejim Yahudi mempertingkatkan serangan ke atas Palestin sejak awal minggu ini, Dr. Mahathir berkata:

"Saya mempunyai banyak lagi resolusi bagi perubahan yang saya fikir anda harus timbang dan melakukannya."

"Bagaimanapun saya fikir anda juga mempunyai cukup (resolusi) bagi tahun 2009 Era Kristian ini.

"Jika anda boleh melaksankan walaupun hanya beberapa resolusi yang saya syorkan, anda akan diingati oleh dunia sebagai pemimpin terulung.

"Kemudian, Amerika Syarikat sekali lagi akan kembali sebagai negara disukai. Kedutaan-kedutaan anda boleh merobohkan tembok-tembok besar dan kawat gegelung yang mengelilingnya," kata Dr. Mahathir, antara pemimpin lantang mengecam dasar dan kepimpinan AS selama ini, dalam laman blognya yang menggunakan alamat baru iaitu www.chedet.cc mulai hari ini.

Saranan Dr. Mahathir kepada Obama, Presiden ke-44 AS, yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit, dipilih awal November lalu ialah:
  • Berhenti daripada membunuh orang.
  • Hentikan sokongan sembarangan kepada Israel dengan wang dan senjata. Pesawat dan bom yang membunuh orang ramai di Gaza adalah dari AS.
  • Henti daripada mengenakan sekatan ke atas negara-negara yang tidak boleh berbuat demikian ke atas AS.
  • Hentikan saintis dan penyelidik AS daripada mencipta senjata-senjata kejam untuk membunuh orang ramai secara lebih efisien.
  • Hentikan pengeluar-pengeluar senjata daripada menghasilkan senjata sedemikian. Halang mereka daripada menjualnya kepada dunia. Ia pendapatan diperoleh AS.
  • Hentikan daripada cubaan mendemokrasikan kesemua negara di dunia. Demokrasi kemungkinan bersesuaian untuk AS tetapi tidak semestinya padan untuk negara-negara lain. Jangan bunuh orang kerana mereka tidak mengamalkan demokrasi.
  • Hentikan kasino-kasino yang anda anggap sebagai institusi-institusi kewangan. Kawal selia bank-bank anda.
  • Iktiraf Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain.
  • Hormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Adalah satu kebiasaan orang ramai membuat resolusi pada Tahun Baru. Anda mungkin sudah tentu mempunyai resolusi-resolusi baru," kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Perang Jenayah Kuala Lumpur.

Pun begitu, kata Dr. Mahathir, "biar saya dengan rendah diri memberikan saranan bahawa anda" juga menyelesaikan perkara-perkara tersebut untuk meneruskan Perubahan.

Kempen pemilihan Obama berkisar pada slogan "Perubahan".

1 comment:

Anonymous said...

Wah! Hebat sungguh Mahathir... Presiden Amerika pun beliau boleh bagi nasihat. Bukan tak bagus nasihat beliau tu. Bagus tu bagus tapi macam ada tak kena sikit. Sebelum beliau ni siapa? Perdana Menteri ke? Atau mantan Perdana Menteri? Atau saja-saja nak tunjuk hebat... Bukannya pemimpin dunia tak kenal Mahathir ni!...