"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 16, 2010

"Sambutan" Hari Malaysia Yang Ke-2

Hari ni 16hb. September, 2010... Negara Malaysia hari ini menyambut ulang tahun penubuhan Negara Malaysia yang ke 47 tetapi rakyat Malaysia menyambutnya bagi kali yang ke-2. kali pertama ialah pada tahun lepas dan tanpa kita sedar sebelumnya, 45 tahun rakyat Negara Malaysia telah ditipu oleh KERAjaan pemerintah dan disajikan dengan hari kemerdekaan 31hb. Ogos setiap tahun.

Rakyat dari Sabah dan Sarawak selama 45 tahun menjadi bodoh tidak tahu sejarah Negeri masing-masing. sangka mereka, Sabah dan Sarawak sedia berada dalam Malaya sebaik saja Malaya Merdeka pada 31hb. Ogos, 1957. jadi... semua orang menyanyikan lagu arwah Sudirman beramai-ramai ambil berpegang tangan dalam keadaan bodoh sebodoh bodohnya.

Pakcik-pakcik dari Sabah dan Sarawak yang dulunya duduk dihulu-hulu kampung dikawasan pedalam Sabah dan Sarawak akan tergaru-garu kepala yang tak pening sebab keliru dengan apa kejadah sambutan yang sedang berlaku didepan mata mereka.

Sebabnya selama ini mereka mungkin tak pernah tahu apa itu hari Malaysia atau hari penubuhan Negara Malaysia... yang mereka tahu cuma hari Merdeka. kibar, kibar bendera, lepas tu jerit kuat-kuat - Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..! persis Tunku Abduk Rahman...

Kawan aku yang duduk dekat Sibu, Sarawak baru je lepas talipon aku kelmarin bertanyakan apa itu Hari Malaysia... umur kawan tu sekarang 28 tahun, dah berumahtangga dan ada 3 orang cahayamata. katanya seumur hidup dia, baru minggu ni dia dengar "hari Malaysia". masa duduk dekat sekolah dulu dan masa duduk dalam Universiti dulu dia tak pernah tau apa itu "Hari Malaysia".

Katanya mata pelajaran Sejarah ada jugak cerita sikit pasal hari penubuhan Negara Malaysia, tapi tak detail macam yang dia baru dengar sekarang. subjek tu cuma sebut - Malaya tukar jadi Malaysia pada 16hb. September bla bla bla tapi tak detail. aku pun tak reti nak terang sebab apa sebab aku tak mengaji Universiti.

Lain-lain bab sejarah Hari Malaysia aku malas nak sembang sebab akan sakitkan hati banyak pihak terutamanya geng-geng UMNO/BN yang tak kan mengaku kerja mereka menafikan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Negara Malaysia selama ni.
Nasib baik jugak pada tarikh yang sama 2 tahun dulu di Pakatan Rakyat menyambut Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya secara bear-besaran, kalau tidak... sampai hari ni la rakyat Malaysia tak tau apa itu hari Malaysia.

16hb. September 2 tahun dulu jugak DSAI "menipu" rakyat Malaysia dengan agenda "tukar KERAjaan"nya tapi tak makbul atas sebab-sebab tertentu. sampai hari ni, geng-geng puak UMNO masih tak puas hati dengan DSAI sebab agenda tukar KERAjaannya gagal. sampai hari ni jugak aku dok heran, sebab apa geng-geng puaka UMNO sakit hati sangat bila KERAjaan tak jadi bertukar masa 16hb. September. korang ni sokong KERAjaan ke Anti KERAjaan..?

Kalau sokong, mesti la korang seronok, yang nak marah sangat tu sebab apa..? sewel..?

Habis bab 16hb. September tak jadi tukar KERAjaan. hari ni kita masih berada di bawah pemerintahan KERAjaan yang sama... KERAjaan yang sewel dengan barisan pemerintah yang super sewel...

Ni nak cerita bab lain dalam hal yang sama...

Nak cerita pasal Negara jiran kita Singapura dan jugak Brunei. kompom ramai yang sakit hati lebih-lebih lagi kalau cerita pasal Singapura. orang UMNO cukup benci dekat Singapura sebab yang perintah Singapura ialah Cina dan bukannya Super MeLAYU. gila...

Cool down kejap... pergi dekat Brunei dulu. Ini fakta dan bukannya FUCKTA.

Brunei pada hari ni dan saat ini berada berpuluh-puluh tahun dihadapan Malaysia. pembangunan dari sudut infrastruktur dan kerohanian adalah seimbang. orang kaya dengan orang miskin duduk dan berdiri sama level.

10 tahun lepas aku pernah pergi ke Brunei. hari ke-2 aku di Brunei, aku ikut 1 rombongan orang kenamaan Brunei dalam program pembahagian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah. sebelum pergi jumpa penerima bantuan aku dok terbayang pakcik tua yang miskin daif duduk dalam rumah ala-ala reban ayam, pakai kain sarung, makan tak tentu hala dan uzur.

Tapi bayangan aku silap. sampai-sampai dekat rumah penerima bantuan, rumahnya rumah batu kelengkapan semua cukup dan ada 3 bijik kereta. itu taraf kehidupan golongan berpendapatan rendah di Brunei Darussalam. kalau korang tak percaya, korang boleh pergi jenguk sendiri.

Apa yang berlaku di Brunei hari ini tak mungkin berlaku hari ini sekiranya Brunei ikut sama menyertai Malaysia 47 tahun dulu. nasib penduduk Negara Brunei sangat-sangat baik kerana dari awal lagi menolak pinangan pemerintah Negara Malaysia untuk bersama-sama berada dalam Negara Malaysia.

Akhirnya setelah 47 tahun, Negara Brunei menjadi Negara berdaulat yang kecil tetapi kaya raya dengan hasil buminya yang melimpah ruah hasil dari pemerintahan adil yang berlandaskan kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Negara Malaysia..? masih ditakuk lama... kalau cakap dengan orang UMNO, susah nak paham... pasti akan terpacul ayat - "Brunei memang la... Negara dia kecik, hasil bumi dia banyak..!"... setakat tu je lah pemikiran super MeLAYU. tak leh pegi jauh dah...

Singapura.

Seboleh-bolehnya KERAjaan UMNO cuba untuk memburuk-burukkan Singapura pada tahap yang terbaik sekali (kalau boleh, sebut "Singapura" je orang Malaysia terus muntah 7 minggu..!)...

Aku cuba-cuba dok carik sebab apa geng-geng Super MeLAYU sepanjang masa dok bantai Singapura je... segala yang busuk itu datangnya dari Singapura. Melayu Singapura terpinggir.

Hujah yang paling akku tak boleh terima ialah - "Melayu Singapura terpinggir". beb... pada aku la... Melayu dekat Singapura tu cuma Minoriti dan Majoriti dekat Singapura ialah Cina. apa kau gila sangat nak bising-bising hal ni..? adat la beb... kalau dah minoriti, kena la duduk dekat belakang majoriti.

Kalau nak pakai hujah Melayu Singapura terpinggir ni dalam Parlimen, yang dapat undi sikit dalam PRU pun boleh bentuk Kerajaan Pusat la kalau macam tu..! aperla punya sengal UMNO ni..!

Dalam Sains pun ada ajar benda alah macam ni beb, kalau sel darah putih lagi banyak dari sel darah merah, mestilah sel darah putih jadi leader, penyakit AIDS sambar la... ini kira-kira paling mudah yag orang UMNO tak pas sampai sekarang.

Pada aku la... Singapura dan jugak Brunei mengambil langkah bijak tidak bersama dalam Negara Malaysia sebab kalau ke 2-2 Negara ni berada dalam Negara Malaysia, Brunei dan jugak Singapura tak kan berada pada tahap yang mereka berada sekarang.

Malaysia selepas 47 tahun..? Malaysia selepas 53 tahun..?

Dengan Negara kecik "bekas" Persekutuan Malaya pun takut... makin lama Malaysia Merdeka, makin hilang kuasa... sebab apa..?

Pemerintah yang gagal segagal gagalnya..!

*tajuk diatas diambil sempena "Sambutan Hari Malaysia Yang Ke-2". Ulang tahun Hari Malaysia kali ini ialah yang ke 47.

Wednesday, September 15, 2010

Jemputan Ke Rumah Terbuka PAS Kelantan


Pembunuhan Susilawati: Ulasan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri.

2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari.

3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama.

4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini.

5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW.

6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti.

Salam takziah dari saya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
6 Syawwal 1431H / 15 September 2010
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Monday, September 13, 2010

Pemasyuran Tengku Faris Sebagai Sultan Kelantan

Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.

Menurut posting terbarunya malam tadi, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

"2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010.

"3. Perkara 23A ini berbunyi:
"Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."
"4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

"5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
"Syarat-syarat mengenai -

(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu.
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri.
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya.
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu.
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."
Menurut posting itu, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Tengku Faris telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Posting itu juga memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu.

Berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh peguam Rashid Zulkifli di mahkamah bagio pihak ayahanda baginda, kenyataan ini meminta merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, pada 29 Januari 2010 lalu.

Sumber - HarakahDaily.Net

Thursday, September 09, 2010

600.000 Perantau Anak Kelantan Pulang "Mencuci"...

Beb... 1 hal yang aku sangat-sangat seronok dan suka bila sampai 1 Syawal selain dari hari lebaran atau hari kemenangan umat Islam melawan nafsu ialah waktu ini juga anak-anak perantau warga Kelantan dan lain-lain negeri yang celik informasi kembali memenuhi ceruk-ceruk kampung halaman masing-masing.

Apa yang seronoknya ialah bila sampai masa cuti panjang, semua "informasi bergerak" ni akan bekerja dengan cara yang sangat efektif sekali dan inilah mimpi ngeri KERAjaan UMNO/BN setiap tahun semenjak bermulanya era Reformasi 1998.

Tiap-tiap hari media perdana menjalankan agenda memperbodohkan rakyat malaysia dengan menyalurkan pelbagai berita-berita bohong dan palsu termasuk yang diputar belit sebaik mungkin untuk "survival" KERAjaan UMNO/BN dan setiap tahun pada bulan Syawal, Allah memberikan seluas-luasnya peluang kepada kebenaran untuk bersinar di bumi milik-Nya.

Anak-anak muda para perantau tak kan pulang dengan dada yang kosong. banyak informasi yang selama ni tak pernah sampai ke kampung-kampung akan mula berpindah macam air sungai dari mulut ke mulut. bermula dari rumah, kedai-kedai kopi, warung-warung dan banyak lagi tempat tumpuan.

Orang-orang kampung, felda-felda dan kawasan-kawasan pedalaman akhirnya akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia politik Malaysia yang sekian lama dikotori oleh tangan-tangan jahat pemerintah berlambang dacing.

Anak-anak muda yang bekerja di Pulau Pinang lebih tahu apa yang berlaku dan corak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang... yang merantau di Selangor lebih faham permainan politik jahat pembangkang di Selangor dan yang merantau di lain-lain negeri pun mengalami pengalaman yang sama.

Pakcik-pakcik dikampung-kampung akan di"basuh" pemikiran mereka dengan berbagai informasi yang lebih tepat. aku rasa watak yang paling menonjol sepanjang musim Aidilfitri ialah watak Lawyer MACC...


Semalam aku sempat lepak dekat rumah member aku dekat sebuah kampung dipinggir bandar Kota Bharu... sempat tengok pakcik-pakcik seramai lebih kurang 15 orang... pakat-pakat dok kerumun sebijik laptop dekat serambi rumah member aku...

Korang tau apa yang diorang dok layan..? Youtube beb... Youtube... rakaman Enkues TBH...walaupun rakaman tu singkat, tapi sangat menarik... aku suka respon pakcik-pakcik tu lepas tengok Lawyer MACC buat demo cara-cara bunuh diri dengan cara mencekik diri sendiri...

Sambil kerut-kerut kening pakcik tu cakap - menate loyar gilo..!

Dengan selambanya member aku jawab balik - loyar tu tok gilo Pok Jak, menate KERAjae hok gilo sebab ambik loyar gilo..! hahaha...

Pakcik-pakcik yang selama ni dok tengok TV gomen tanya balik - bakpo video ni tok masuk TV..? member aku jawab - sajo sebab nok wi Pok Jak bodo sokmo..!

Pok Jak jawab balik - KERAjae babi...

Erm... nampak gayanya susah betul UMNO/BN nak survive PRU-13 nanti...

Wednesday, September 08, 2010

Dinar & Dirham, Dengki & Dendam, Berkat Ramadhan...

12hb. Ogos, 2010 bersamaan dengan 2hb. Ramadhan, 1431 Kelantan dengan rasminya telah melancarkan Matawang Syariah Dinar & Dirham Kelantan.

Tak sampai 24 jam selepas Matawang Syariah Dinar & Dirham Kelantan dirasmikan, pelbagai pihak terutamanya dari KERAjaan Pusat telah mengecam tindakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Ada jugak suara-suara sumbang yang membayangkan bahawa para peniaga dan juga rakyat Kelantan yang menggunapakai Matawang Dinar & Dirham akan mengalami pelbagai kesulitan dan kerugian dengan alasan-alasan yang bodoh.

Ketika Matawang Dinar dilancarkan awal Ramadhan lalu, nilainya ialah RM589 bagi 1 Dinar & RM13 bagi 1 Dirham. hari ini tak sampai sebulan selepas kedua-dua Matawang Syariah tersebut dilancarkan, harga kedua-dua Matawang tersebut telah berubah.

Harga Dinar telah melonjak naik sebanyak RM599 bagi 1 Dinar manakala harga bagi Dirham pula meningkat sebanyak RM1 menjadikannya RM14 bagi 1 Dirham.

Malas nak ulas banyak-banyak sebab aku tau korang semua cerdik pandai kecuali puaka-puaka UMNO/BN. yang aku tau, pembeli-pembeli Dinar & Dirham dah menikmati keuntungan yang agak besar dalam masa tak sampai sebulan...

Eh... kalau awal bulan haritu korang simpan duit dalam bank RM589, berapa keuntungan yang korang dapat sekarang..?

1 sen..? hahaha...!!! Tok Pa bodoh, Awang Adek Bingai, PM Najib Bongok, UMNO selama-lamanya Bangang...

Kepimpinan berlandaskan Islam tetap no 1...!!! Allahu Akbar...!!!

Penyakit Hati Punca Enggan Bayar Royalti Minyak Kelantan

Penyakit hati – iri hati, dengki, khianat, dendam, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – menjadi punca manusia rosak akhlak dan tingkah laku buruk hingga menjadi buta dari melihat kebenaran dan keadilan. Sebaliknya sifat mazmumah (keji) ini akan mendorong manusia melakukan kejahatan, kezaliman, penindasan, kemaksiatan hingga sanggup merampas hak orang lain.

Kengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berpunca dari para pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang mempunyai penyakit hati ini. Dendam kesumat dan iri hati terhadap rakyat Kelantan yang mengundi pembangkang sejak 20 tahun lalu.

Walaupun negara telah melalui empat lima pilihan raya umum namun percubaan kerajaan Umno-BN untuk merampas semula negeri Cik Siti Wan Kembang itu gagal. Maka ditaburkan berbagai fitnah dan dilakukan pelbagai kejahatan dan kemuncaknya menafikan rakyat Kelantan dari menerima wang royalti minyak.

Ekoran dari kezaliman Umno-BN ini maka negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas – di mana pemegang sahamnya adalah kerajaan persekutuan – di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Kerajaan negeri bertindak demikian terhadap Petronas akibat melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil dari minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

"Kita akan tuntut wang royalti ini sehingga dapat," kata Tok Guru, menambah, "sekiranya gagal kita akan tuntut di akhirat. Lebih baik dia bagi semasa di dunia ini."

Kelantan tuntut RM800 juta setahun

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dianggarkan bernilai RM800 juta setahun sejak 2005 dan jika dicampur jumlah itu sehingga tahun ini maka jumlahnya ialah sebanyak RM4.8 bilion.

Tidak diketahui kenapa Tok Guru memilih bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini untuk memfailkan saman dan sejurus selepas itu, beliau dan rombongannya bergegas ke masjid yang berdekatan, Masjid Jalan Duta, untuk menunaikan solat hajat.

Barangkali mesej yang hendak disampaikan oleh Tok Guru ialah "di hari baik dan bulan baik ini, hentikanlah dari melakukan kezaliman. Berilah hak kami!" Tetapi tindakan beliau ini dapat dikiaskan dengan unsur-unsur kehidupan di akhirat apabila beliau bercakap kepada para wartawan.

Kata Tok Guru, "jika mereka masih menafikan hak rakyat Kelantan maka di akhirat nanti, mereka akan menerima padahnya. Pahala ibadat mereka akan diberi kepada orang-orang yang dizalimi. Jika pahala mereka habis maka dosa orang-orang yang dizalimi akan dilambakkan ke atas kepala orang-orang yang melakukan kezaliman."

Dendam kesumat Umno-BN

Apa yang alami oleh rakyat Kelantan ialah akibat dendam kesumat ekoran dari pemikiran politik sempit bagi menyeksa rakyat negeri itu kerana terus menerus menolak Umno-BN. Mereka tidak ada cara lain lagi melainkan dengan menafikan rakyat Kelantan dari mendapat pembangunan dan bantuan kewangan.

Sifat yang buruk dan keji ini, jika kita teliti adalah tidak menghairankan kerana sebuah lagi negeri, Terengganu, juga dinafikan hak royalti minyak, walaupun diperintah oleh mereka sendiri. Menteri Besarnya Ahmad Said terpaksa membawa kes ini ke mahkamah dan berita terbaru menurut beliau, kerajaan persekutuan akan mula membayar royalti minyak (bukan wang ehsan) sebanyak RM1.6 bilion setahun mulai 2011, seperti laporan Bernama pada 28 Ogos lalu.

Perkembangan ini adalah hasil dari janji bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan wang royalti kepada kerajaan negeri Terengganu pada Jun 2008. Rundingan di antara Petronas dan kerajaan persekutuan bermula pada September tahun yang sama.

Pendirian Ahmad Said adalah jelas. Beliau berkata, "kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian atau menggugurkan tuntutan mereka melalui mahkamah sehingga mereka berpuas hati bahawa semua hak dan kepentingan rakyat Terengganu berhubung royalti minyak disebut dengan jelas dalam perjanjian. Kerajaan persekutuan mesti mengembalikan hak ini kepada rakyat Terengganu berdasarkan perjanjian asal."

Apakah alasan mereka kali ini untuk memberi royalti minyak kepada Terengganu sedangkan kepada Kelantan tidak? Kalau dahulu, alasan yang diberi ialah kerajaan-kerajaan negeri tidak berhak mendapat royalti minyak sekiranya minyak dan gas ditemui lebih dari 3 batu nautikal dari pesisir pantai.

Mereka sanggup mereka cipta berbagai alasan hingga memuatkan alasan-alasan itu di dada-dada akhbar media arus perdana semata-mata untuk membohongi rakyat dengan menafikan hak rakyat Kelantan sedangkan perjanjian telah dimeterai di antara kerajaan-kerajaan negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) sejak PDA di wujudkan lagi.

Survival politik

Sebenarnya, krisis royalti minyak ini dapat diselesaikan tanpa diseret ke mahkamah sekiranya para pemimpin pusat mahu mengadakan rundingan dan mempunyai niat yang ikhlas untuk sama-sama mengecap kekayaan negara, demi kesejahteraan rakyat, dan bukan tertumpu untuk mengaut keuntungan peribadi dan mementingkan survival politik mereka sahaja.

Bekas menteri kewangan berdarah raja, Tengku Razaleigh Hamzah, yang diamanahkan oleh perdana menteri ketiga, Tun Abdul Razak Hussein, untuk menggubal dan menandatangani perjanjian di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas berkata, "kalau saya masih Pengerusi Petronas, saya akan bayar wang royalti…….tidak perlu kecuh-kecuh."

Jadi, keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti minyak ini sebenarnya tidak bersandarkan kepada alasan yang kukuh melainkan kerana mempunyai sifat-sifat buruk dan keji yang disebutkan tadi hingga mendorong mereka melakukan penindasan dan kekejaman.

Orang yang biasa hidup senang dan mewah sepanjang hayatnya biasanya tidak akan merasa keperitan hidup orang-orang susah dan miskin. Sebab itu Allah SWT mewajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari supaya dapat mendidik akhlak yang terpuji.

Ibadah puasa juga bertujuan untuk menghakis sifat-sifat keji tadi – iri hati, dengki, dendam, khianat, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – agar sesuatu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan mudah.

Jika tidak, ibadah kita (sebulan berpuasa) menjadi sia-sia!


Sumber - Free Malaysia Today

Tuesday, September 07, 2010

Puaka... Yang Ni UMNO Tak Bising Pulak..?

Apasal puaka-puaka UMNO tak bising pasal ni..? takut dekat puaka dekat atas ke..? bila bukan Islam masuk mesjid tak tutup aurat (bukan Islam ada aurat ke..?) UMNO kecoh 1Malaysia, bila orang Islam sendiri hina Islam, baca kitab suci Al-Qur'an tanpa tutup aurat korang tak nak bising pulak..?

Makin lama makin jelas kesetanan UMNO ni... beragama Islam, tapi menghina agama sendiri... ni lagi teruk dari setan...

Campurtangan KDN - Musa Hassan

Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan tindakan mengeluarkan sesuatu arahan tanpa pengetahuannya dan tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah individu mempunyai kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. tetapi pada hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Menjawab satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.


TPU - Aik..? bila kontrak ditamatkan dengan cara yang tak bermaruah, di"anjing'kan begitu je baru nak cerita benda macam ni..? dulu masa pegang jawatan penting kenapa tak pernah ambik tindakan..?

Sudah-sudahlah "X" KPN... dah terlambat rasanya untuk buat kenyataan nak bersihkan nama... banyak sangat dah kerosakan yang ngko dah buat masa ngko pegang jawatan... dulu ngko jadi balaci dok pikul tilam naik turun mahkamah... habuannya ialah jawatan tertinggi yang ngko pegang sebelum ngko pencen...

Lu pun sama... tukang bagi arahan tu dah memang setan, ngko yang tukang terima dan ikut arahan setan tu pulak macam mana..? dari awal dulu pun ngko dah subahat kan..?

Blah la lu... gaji yang ngko terima selama ni belum tentu dihalalkan dek rakyat...

Monday, September 06, 2010

Kerajaan Pusat Perlu Hormati Proses Undang-Undang - Husam Musa

Saya merujuk kepada kenyataan YB Datuk Dr. Awang Adek dalam Sinar Harian hari ini, 5 September 2010.

Pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang. Ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan. Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang. Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain.

Amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut;

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun.

Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang. Kerajaan Negeri berhak mengodit dan mengetahui jumlahnya sebenar.

Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan? Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini.

Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya?

Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?

Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik?

Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri. Itu cara orang ikhlas.

Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah.

Wang yang diagihkan, seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai. Gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat.

Sekian , terima kasih
Husam Musa

Biar rakyat menilai (sinar harian 5 sept 2010)

KOTA BHARU- Kerajaan Pusat tetap meneruskan pemberian wang ihsan kepada rakyat di Kelantan selagi mahkamah belum membuat sebarang keputusan, kata Menteri Kewangan II, Senator Dr Awang Adek Hussein.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan berhak membawa kes bagi menangguhkan pembayaran wang ihsan itu ke mahkamah .

“Itu hak di:a, sementara itu kita teruskan jalankan pembahagian wang ihsan sehingga ada keputusan mahkamah dibuat, sebarang keputusan kita akan hormatinya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat di Parlimen Pengkalan Chepa, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kerajaan Negeri mahu memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan oleh Kerajaan Pusat sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, tindakan tersebut perlu kerana kes tersebut mempunyai kaitan dengan saman yang dibuat terhadap Petronas, sebelum ini.

Awang Adek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan berkata, rakyat boleh menilai Kerajaan Negeri yang sanggup mengambil tindakan undang-undang walaupun wang berkenaan tidak digunakan untuk kepentingan kerajaan sebaliknya diserahkan kepada rakyat.

“Selama ini rakyat gembira, kalau Kerajaan Negeri cuba mengambil balik atau menghalang pemberian ini, rakyat boleh menilai atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan politik, terserah kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata, Pas juga menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka mengakui bahawa hukuman itu tidak dapat dilaksanakan, malah ditentang oleh rakan sendiri.

“Bila berhadapan dengan rakyat, Pas menjanjikan hudud, tetapi bila bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR), mereka akui tidak dapat melaksanakan hukuman itu, mereka hanya bersandiwara dan (Exco Kerajaan Negeri) Datuk Mohd Amar telah menjelaskan perkara itu dengan realitinya,” katanya.