"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 01, 2009

Haji Wahid Endut Sah Wakili PAS Dalam P-036 - malaysiakini

Update 11:23pm Sebentar tadi, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang mengumumkan bahawa calon yang akan mewakili PAS dalam Pilihanraya Kecil P-036 pada 7hb, Januari, 2009 ialah ADUN Wakaf Mempelam, Haji Wahid Endut.

Bagi yang belum kenal siapa Haji Wahid Endut, boleh tengok rakaman video dibawah.


Berita lanjut bakal menyusul...

Dr.Syed Azman Pilihan PAS Di PRK P-036..? - malaysiakini

After weeks of deliberation, Pas has decided on Dr Syed Azman Nawawi as its candidate for the crucial Kuala Terengganu by-election scheduled for Jan 17, said party sources.

The selection of the Batu Burok assemblyman is the clearest sign yet that the two rival factions in Pas, the conservatives and the Erdogans, have declared a ceasefire following the death of Kuala Terengganu MP Datuk Razali Ismail from the Barisan Nasional.

"Datuk Mustafa Ali has told the president that he does not want to be fielded to avoid being accused of exploiting his close relationship with Hadi (Datuk Seri Hadi Awang), but the president is not telling anyone who the candidate will be. At the last minute he may insist on Mustafa, but it is very unlikely," said a Pas insider.

State party chief Mustafa, who caused a stir in the opposition Pakatan Rakyat coalition for saying Datuk Seri Anwar Ibrahim's plan to take over the federal government through defections would not materialise, is said to be leading a faction in Pas which favours fostering a closer relationship with Umno and is aligned to party president Hadi.

Hadi, who will announce the party's choice to run against BN's Datuk Wan Ahmad Farid at a public rally in Kuala Terengganu tonight, had met party spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat yesterday in Kota Baru to brief the Kelantan Menteri Besar on the selection of candidate.

-TMI

Jabatan Penerangan Buka Pusat Media Untuk Pilihan Raya

Jabatan Penerangan dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu membuka sebuah pusat media bagi kemudahan para petugas media sepanjang tempoh pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdullah Morad berkata, pusat media itu mula beroperasi hari ini sehingga 18 Jan nanti, dibuka dari 8 pagi sehingga 2 pagi dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan ruang kerja, komputer, wi-fi, mesin faks, bilik sidang akhbar dan bilik mesyuarat.

"Selain itu juga setiap pagi, kita akan memberi taklimat untuk para media berkenaan isu-isu lapangan yang telah dikumpul untuk memudahkan para media menulis berita-berita dengan maklumat yang tepat dan benar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian pusat media di Jalan Pejabat di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penerangan negeri Halimaton Hamza dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Abdullah berkata, para petugas media juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program yang dihadiri oleh pemimpin pusat serta negeri di pusat media berkenaan ataupun menerusi lama web http://media.inform.gov.my/e-press.

Menurutnya sempena pilihan raya kecil kali ini juga, Jabatan Penerangan telah memproses sebanyak 204 permohonan untuk membuat kad akreditasi media.

Sementara itu, Ahmad mengingatkan anggota media supaya membuat laporan yang adil dan mengelak daripada menulis isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu nanti.

Laksana 9 perubahan, surat terbuka Mahathir buat Obama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya, sempena Tahun Baru 2009, menyenaraikan sembilan perkara yang wajar ditimbang oleh Presiden Barack Obama, yang mengetuai Amerika Syarikat (AS) mulai 20 Januari ini.

Surat terbuka itu yang memfokus pada pelbagai isu antarabangsa termasuk perkembangan terbaru di Asia Barat dengan rejim Yahudi mempertingkatkan serangan ke atas Palestin sejak awal minggu ini, Dr. Mahathir berkata:

"Saya mempunyai banyak lagi resolusi bagi perubahan yang saya fikir anda harus timbang dan melakukannya."

"Bagaimanapun saya fikir anda juga mempunyai cukup (resolusi) bagi tahun 2009 Era Kristian ini.

"Jika anda boleh melaksankan walaupun hanya beberapa resolusi yang saya syorkan, anda akan diingati oleh dunia sebagai pemimpin terulung.

"Kemudian, Amerika Syarikat sekali lagi akan kembali sebagai negara disukai. Kedutaan-kedutaan anda boleh merobohkan tembok-tembok besar dan kawat gegelung yang mengelilingnya," kata Dr. Mahathir, antara pemimpin lantang mengecam dasar dan kepimpinan AS selama ini, dalam laman blognya yang menggunakan alamat baru iaitu www.chedet.cc mulai hari ini.

Saranan Dr. Mahathir kepada Obama, Presiden ke-44 AS, yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit, dipilih awal November lalu ialah:
  • Berhenti daripada membunuh orang.
  • Hentikan sokongan sembarangan kepada Israel dengan wang dan senjata. Pesawat dan bom yang membunuh orang ramai di Gaza adalah dari AS.
  • Henti daripada mengenakan sekatan ke atas negara-negara yang tidak boleh berbuat demikian ke atas AS.
  • Hentikan saintis dan penyelidik AS daripada mencipta senjata-senjata kejam untuk membunuh orang ramai secara lebih efisien.
  • Hentikan pengeluar-pengeluar senjata daripada menghasilkan senjata sedemikian. Halang mereka daripada menjualnya kepada dunia. Ia pendapatan diperoleh AS.
  • Hentikan daripada cubaan mendemokrasikan kesemua negara di dunia. Demokrasi kemungkinan bersesuaian untuk AS tetapi tidak semestinya padan untuk negara-negara lain. Jangan bunuh orang kerana mereka tidak mengamalkan demokrasi.
  • Hentikan kasino-kasino yang anda anggap sebagai institusi-institusi kewangan. Kawal selia bank-bank anda.
  • Iktiraf Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain.
  • Hormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Adalah satu kebiasaan orang ramai membuat resolusi pada Tahun Baru. Anda mungkin sudah tentu mempunyai resolusi-resolusi baru," kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Perang Jenayah Kuala Lumpur.

Pun begitu, kata Dr. Mahathir, "biar saya dengan rendah diri memberikan saranan bahawa anda" juga menyelesaikan perkara-perkara tersebut untuk meneruskan Perubahan.

Kempen pemilihan Obama berkisar pada slogan "Perubahan".

Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan

Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.
Image
Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.

"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.

ImageSementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.

Prebet fail saman RM250,000 terhadap tiga pegawai atasan

Seorang anggota tentera hari ini memfailkan saman RM250,000 terhadap tiga pegawai atasannya bagi memfitnah dan menderanya sehingga cacat di Pos Tanjung Sepang, Sungai Rengit, Kota Tinggi, kirakira dua bulan lepas.

Prebet Khanafi Umar memfailkan saman itu melalui peguamnya Lt Kol (B) Syed Ismail Syed Omar dari Tetuan Kamal Hisham & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.

Dalam saman itu, Khanafi, 27, menamakan Pegawai Gerakannya Mejar Norazmi Idris sebagai defendan pertama, Pegawai Risiknya Kapten Saiful Adli Ishak sebagai defendan kedua dan Pegawai Pemerintahnya Lt Kol Adnaan Mahmod sebagai defendan ketiga.

Dalam saman itu, dia memohon ganti rugi am dan teladan berjumlah RM250,000, faedah pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh saman sehingga penyelesaian penuh kes itu.

Dalam pernyataan samannya, Khanafi dari Batalian ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan berasal dari Sarawak, mendakwa defendan pertama dan kedua telah memanggilnya ke pejabat markas gerakan Pos Tanjung Sepang, Sungai Rengit kira-kira 10 malam, 3 Nov 2008. Kedua-dua mereka kemudian mengurungnya dalam bilik pejabat berkenaan setelah memfitnah dan menuduhnya merogol seorang wanita pendatang asing tanpa izin dan mencuri barang milik wanita itu ketika menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin di perairan berkenaan.

Ketika dikurung, Khanafi mendakwa kedua-dua defendan mengeluarkan kata kesat yang mengaibkannya dan turut dibogelkan serta diacukan sebilah pisau bayonet supaya membuat pengakuan merogol dan mencuri barang wanita tersebut.

Penafian Khanafi menyebabkan defendan pertama dan kedua memukul dan menyeksanya sehingga jam 5 pagi dan akibatnya dia mengalami luka dan lebam pada badan dan patah tangan kiri. Dia menerima rawatan perubatan di Hospital Kota Tinggi dan Rumah Sakit Angkatan Tentera Kem Majidee, di sini.

Plaintif mendakwa defendan ketiga secara fitnah mengulangi tuduhan bahawa plaintif bersama-sama tiga anggota lagi melakukan kesalahan merogol dan mencuri tanpa melakukan siasatan dalam perjumpaan bersama pegawai bawahan di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang pada 5 Nov tahun lepas.

Defendan ketiga juga didakwa memintanya menarik balik aduan polis yang dibuatnya dengan mengeluarkan ancaman yang Khanafi akan dikenakan tuduhan dan dihukum oleh Mahkamah Tentera sekiranya enggan berbuat demikian atau diberhentikan kerja dengan cara hina.

Khanafi melalui peguamnya menghantar notis tuntutan kepada semua defendan pada 22 Dis lalu dan menuntut mereka bertanggungjawab atas perbuatan serta membayar ganti rugi dan meminta maaf tetapi mereka enggan, ingkar dan abai berbuat demikian.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman itu, Khanafi yang hadir dengan keadaan tangan berbalut berkata tindakannya memfailkan saman itu bertujuan memberi pengajaran kepada pegawai atasan yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa.

242 Saman Kesalahan Tidak Pakai Tali Pinggang Belakang

Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang, dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam tadi.

Johor mencatat jumlah saman tertinggi dengan 95 saman dikeluarkan ke atas pengguna kenderaan persendirian dan komersil yang ingkar arahan penggunaan tali pinggang belakang yang berkuatkuasa hari ini, kata Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan.

Beliau berkata mulai Rabu, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.

Seramai 500 pegawai JPJ terbabit dalam operasi mulai 10 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata di Pulau Pinang hanya enam saman dikeluarkan bagi kesalahan itu dan ini "secara tidak langsung menunjukkan kempen pemakaian tali pinggang belakang ini berjaya."

"Statistik juga menunjukkan setiap tahun hampir 300 kematian dicatatkan kerana pengguna kenderaan yang bersikap sambil lewa dengan tidak memakai tali pinggang di belakang," kata Salim.

Beliau berkata dalam operasi itu, JPJ turut mengeluarkan 550 saman kerana kesalahan tiada lesen memandu dan tempoh sah lesen telah tamat.

"Selain itu, 182 saman dikeluarkan untuk kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan 59 kenderaan telah disita kerana tidak mempunyai cukai jalan. Sementara 72 saman dikeluarkan atas kesalahan lampu High-Intensity Discharge (HID)," katanya.

Beliau berkata lampu HID telah dilarang penggunaannya sejak awal Disember lepas kerana cahaya putih dari lampu jenis ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"HID atau dikenali lampu Xenon amat berbahaya kerana kadar silau yang tinggi dari lampu itu berbahaya kepada pemandu lain.

Sepanjang tempoh Januari hingga akhir Disember tahun lepas, katanya JPJ telah memeriksa lebih 1.8 juta kenderaan dengan tujuh peratus pemilik kenderaan itu, atau 130,547 orang telah ditahan atas kesalahan tiada lesen atau lesen tamat tempoh.

"Sementara satu peratus atau 19,075 orang kerana kesalahan tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh," katanya.

Sementara itu, di KEDAH, Pengarah JPJ negeri Jaafar Mohamed berkata operasi pertama yang diadakan di kawasan Sungai Petani mulai 12 tengah malam tadi mengeluarkan saman kepada 12 penumpang belakang kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Dalam operasi dua jam itu, "kesemua yang dikenakan saman itu adalah orang dewasa dan ini menunjukkan sikap rakyat yang tidak mahu mematuhi undang-undang walaupun ianya adalah untuk keselamatan nyawa mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata JPJ Kedah akan menerusikan operasi itu ke seluruh negeri mulai Rabu.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah JPJ negeri Kamal Saad berkata sebanyak 11 saman dikeluarkan dan kebanyakan pemandu dan penumpang memberikan alasan tidak mengetahui peraturan baru itu walaupun pemakaian tali pinggang belakang sudah diuar-uarkan beberapa bulan lepas.

Operasi yang dikendalikan oleh seramai 78 pegawai JPJ yang bermula dari pukul 10 malam itu diadakan di tiga kawasan iaitu Senawang, Mambau dan Ampangan, katanya.

Di PERLIS, Pengarah JPJ negeri Abd Rahman Hussain berkata 12 orang disaman kerana tidak memakai tali pinggang belakang dalam operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kastam Diraja Malaysia.

Beberapa kenderaan turut disita ekoran tempoh tamat cukai jalan manakala AADK telah mengesan tujuh kes, Jabatan Imigresen (dua kes), bahagian narkotik (dua kes) dan JAS (satu kes), katanya.

Di KUANTAN, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Datuk Zakaria Man berkata berdasarkan operasi yang dilakukan pihaknya selepas 12 tengah malam tadi, kebanyakan pengguna jalan raya dilihat mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang belakang.

Beliau berkata daripada lebih 2,500 kenderaan diperiksa dalam operasi itu selepas sambutan Tahun Baru di sekitar Kuantan dan Temerloh, hanya dua kes sahaja dicatatkan melibatkan kes tidak memakai tali pinggang belakang.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini , katanya dalam operasi itu sebanyak 163 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik seperti lesen kenderaan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Di MELAKA, Pengarah JPJ negeri Ismail Mohd Zawawi berkata sebanyak 11 saman dikeluarkan terhadap pemandu dan penumpang kerana kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang dalam operasi Ambang Tahun Baru malam tadi.

"Mereka yang disaman itu dikenakan kompaun sebanyak RM300," katanya dan menurutnya mereka memberikan alasan tidak sedar mengenai perkara itu.

Katanya dalam operasi itu, sebanyak 61 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik.

DEMONSTRASI MENGECAM KEGANASAN REJIM ZIONIS - malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan Malaysia bersama Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan 'Demonstrasi Mengecam Keganasan Rejim Zionis'. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Jan 2009 (Jumaat)

Lokasi: Perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Masa: Selepas solat Jumaat

Semua pihak KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput ke program tersebut.

Sekian, terima kasih

Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
014-8422155

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: shamsuliskandar.wordpress.com

Perlu Bantuan: Remaja Hilang - malaysiakini

FATIN NORREHAN BINTI AHMAD , 15 Tahun

KEPADA SESIAPA YANG TERLIHAT REMAJA DIATAS SILA HUBUNGI PN SITI HAWA BT MOHD NOOR [H/P : 017 - 6844 503]

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu, 17/12/2008.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan sekelian.

Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd

PAS akan umumkan calonnya malam ini

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu malam ini di Stadium Negeri, Batu Burok dekat sini.

Sehingga kini (jam 10.30 pagi), Siasah difahamkan tidak ada pimpinan lain PAS yang dapat mengesahkan siapakah calon PAS itu dan disimpan kemas oleh Abdul Hadi.

Semalan, Abdul Hadi telah menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang dipercayai ada kaitan dengan calon PAS ini.

Sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut akan menjadi calon PAS. Mereka adalah Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Datuk Wan Mutalib Embong (timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu).

Namun, para pimpinan PAS tidak menolak kemungkinan kalau-kalau nama lain diumumkan oleh Abdul Hadi malam ini.

-SIASAH