"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 17, 2009

UiTM Bersama Zambry atau Zambry Guna UiTM??? - malaysiakini

Menteri Besar Perak@Mahkamah,Dato Seri Dr.Zambry Kader serta rombongan kroninya berusaha merapatkan diri dengan masyarakat di Perak dengan kunjungan di daerah Kerian. Memilih kawasan Bagan Serai yang diketahui umum sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.Zambry akan menabur gula-gula untuk warga Kerian khususnya penduduk Bagan Serai agar mereka patut percaya bahawa beliaulah 'MB Kudeta' dan boneka Najib!Ahlan Wssahlan Ya Sheikh...
Hangpa nampak ke orangnye??

Bubar DUN Perak: Road Show - malaysiakini

Tarikh : 17hb Jun 2009

Hari : Rabu

Jam : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Orang Ramai RPT Tawas Tambahan, Kg. Tawas, Ipoh, Perak

Penceramah : YB Hj. Ahmad Zainuddin, YB Kulasegaran, YB Chang Li Kang, Hj. Yusof bin Ismail, Sdr. Amran bin Harun, Al Fadhil USTAZ Norazli Musa

Penganjur : PAS Kawasan Ipoh Barat

Hubungi : +6012 513 7095 SU PAS Kawasan Ipoh Barat

Monday, June 15, 2009

Parlimen: DS Nizar dan Hampir 10 MP Dihalau Keluar Dewan - malaysiakini

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Sumber - CINA ISLAM (林川興)

Parlimen: DS Nizar Dihalau Keluar Dewan..! - malaysiakini

Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.'

Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu. - Utusan

TPU - Speaker tak puas hati sebab DS Nizar dikatakan "Punca"..? oi bongok..! yang jadik "puncanya" bukan DS Nizar oi..! yang jadik "Puncanya" ialah Najib..!

Halau la Najib buduh..!

Presiden PAS Tidak Wala’ Pada Mursyidul Am?

Sepanjang hujung minggu ini saya terus menerus memimikrkan isu ini dengan mendalam. Begi saya, ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan.

Ahli-ahli PAS dimomokkan supaya sentiasa memberi wala’ kepada kepimpinan. Malahan, orang seperti saya ini telah dilabel sebagai seorang yang tidak memberi wala’ kepada kepimpinan.

Saya adalah produk tarbiyyah PAS. BEzanya, saya mula ditarbiyyah sebelum geng2 Terengganu mengmbil alih silibus tarbiyyah. Zaman saya, kami ditarbiyyah untuk memberi wala’ pada Allah dan Rasul.

Di zaman sekarang, pemuda-pemuda PAS ditarbiyyah untuk memberi wala’ kepada kepimpinan tanpa menyoal samada wala’ mereka itu sah atau tidak. Dengan kata lain, pemuda-pemuda PAS dilatih menjadi robot dan mengikut segala titah perintah kepimpinan tanpa soal.

Para ustaz2 muda lulusan Azhar digunakan sepenuhnya untuk tujuan membasuh otak ini. MEreka dihantar ke cawangan2 PAS untuk membasuh otak ahli supaya memberi ketaatan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan.

Apabila ada yang menyoal, mereka ini akan terus dilabel tidak memberi wala’ kepada kepimpinan. Sahabat saya, Ahmad Mokhtaza yang dulu pernah satu usrah dengan saya pun menuduh saya tidak memberi wala’ pada Presiden.

Malangnya, kata-kata wala’ ini tidak terpakai pula kepada Presiden parti yang baru2 ini jelas menolak mentah-mentah arahan Mursyidul Am PAS Pusat. Antara misal penolakan arahan Mursyidul Am adalah:

1. Memberhentikan perundingan dengan UMNO
2. Menghentikan idea kerajaan perpaduan
3. Membuang Mustafa Ali dari Harakah
4. Melantik Mat Sabu dan Husam Musa dalam Dewan Harian PAS Pusat dan banyak lagi.

Presiden lebih memberi wala’ pada Mustafa Ali dan Harun Taib serta geng Terengganu beliau. Geng yang sama yang telah bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Terengganu telah diberi kekuasaan penuh dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Dengan kata lain, Mursyidul Am telah dilayan sebagai tunggul oleh Presiden dan geng Terengganu. Padahal, Mursyidul Am adalah sebab utama PAS naik ke tahap yang begitu tinggi sekarang ini dan bukannya geng Terengganu.

Dalam hal perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pula, ada seorang pengkomen telah memberi komen:

“AnonymousAnonymous said...

zaman arwah ustz fadzil - teranngg2 setuju kalo BA menang ANNWAR PM -termaktub semasa kempen.. even if PAS menang kerusi banyak pun Anwar PM..
kenapa arwah TG FADZIL noor bole terima anwaar - ahli pas terima..
TAPI sekakrang zaman hadi banyak sangat keraguan itu ini..Mursyidul AM nampak gaya takda masalah Anwar jd PM

ahli jemaah ikut TAAT kata mursyidul AM -dia pemimpin tertinggi.. bukan yg lain2 tu..

June 13, 2009 10:18 PM”

Selagi PResiden tak bagi wala’ pada Mursyidul Am, mengapa saya sebagai ahli biasa mesti bagi wala’ pada Presiden?

Sila jawab soalan penting ini

Tulang Besi

# ahli : 253812

Sunday, June 14, 2009

MB Rakyat angkat sumpah-Malaysiakini

Dato Seri Mohammad Nizar jamaluddin akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak apabila mesyuarat Parlimen bermula jam 9.00 pagi esok (15 jun 09).

Semoga Dato Seri dapat mengukuhkan lagi kerusi MP Pakatan Rakyat di Parlimen serta menjalankan tanggungjawab kepada rakyat yang membawa gelombang 'Suara Rakyat' di sidang Parlimen.

SALAM TAHNIAH...!!!

Saturday, June 13, 2009

SAH..! Dato' Zaid Ibrahim Sertai PKR - malaysiakini

Dato' Zaid Ibrahim hari ini telah mengesahkan penyertaannya ke dalam Parti KeADILan Rakyat seterusnya telah dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Pusat.

Mekasih.

Ucapan 2 Minit Di Geneva - malaysiakini

My name is Norlaila Othman. I am a Malaysian. I speak on behalf of my husband, Mat Sah Bin Mohd Satray, who has been detained by the Malaysian government under the Internal Security Act (ISA) for more than 7 years. Under the ISA, the government can detain persons without even the most basic of due process rights.

The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.

Under the ISA the Malaysian judiciary has been systematically excluded from playing any meaningful role in ensuring that those detained are treated in accordance with international human rights norms. There is no effective judicial review. Habeas corpus is only available on narrow and technical grounds. Judges cannot review grounds of detention, and are not shown the purported evidence against detainees.

The ISA allows for review of detentions by an executive-appointed Advisory Board. The Advisory Board has no power to free detainees. It can only make non-binding recommendations to the government. Appearances before the Advisory Board are a farce because the authorities never disclose evidence or documents to the detainee.

My husband was first accused of being the member of one terrorist organization, then later another. However during the 7 plus years he has already spent in detention, no evidence has been produced to substantiate the accusation. Instead he is required to attend counseling programmes and encouraged to admit the allegations against him. The authorities have yet to prove he actually engaged in any illegal activity. Persons arrested at the same time as him have long been released. He has been told the only reason he is still detained is due to my activism.

The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of my husband is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR. I strongly urge the Human Rights Council to visit Kamunting Detention Camp and meet my husband personally. I call on the Malaysian government to facilitate this visit.

I hope the visit will lead to the release of my husband and others who are enduring the same experience. In my case, the most affected victim is my only son, Suhaib, aged sixteen. The ISA separated Suhaib from his father since the age of 9. For 7 years he has been waiting everyday for his father’s release.

It is very sorrowful to see him grow up with this uncertainty for such a long time, and being deprived of the love, care and guidance from his father. Not one person should be held in detention without trial as it violates basic human rights. I am appearing here today not just for the sake of my husband but also for all who continue to be detained without trial under the ISA and their family members.

I call on the Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy my husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR.

-Merah Hitam

Friday, June 12, 2009

Kerjasama Genting Dengan MGM Mirage (Las Vegas)

  • KUALA LUMPUR, June 12 (Reuters) - Malaysian gaming group Genting (GENT.KL) is in partnership talks with U.S. casino operator MGM Mirage (MGM.N), the Wall Street Journal reported on Friday.
  • "We're just starting to brainstorm about global marketing relationships, strategic ventures and partnerships," MGM Mirage chief executive Jim Murren was quoted by the paper as saying.
  • Genting recently paid $100 million for a 3.2 percent stake in MGM Mirage amd also bought $100 million of MGM debt. Genting did not have any immediate comment on the Wall Street Journal report. - Malaysia's Genting, MGM in partnership talks-paper
Siapa kata Malaysia negara Islam? Pusat judi milik Genting di Genting Highlands tak lama lagi akan bergabung tenaga dengan pusat judi terkemuka di Las Vegas. Genting Highlands juga digelar Las Vegas Asia.

Dakwaan Rakan

Rakan berbangsa Cina pernah berkata pada saya, kalau tak kerana saham Genting, Malaysia hari ini takkan maju. Mungkin ada betulnya, jika dilihat dari segi perniagaan syarikat Genting, ia memang pelbagai (termasuk perniagaan judinya) dan pencapaian sahamnya sering terbetik (tersiar) di dada-dada akhbar. Walaupun ada syarikat besar yang lain seperti BERJAYA, namun tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia kelihatan amat bergantung pada perniagaan Genting.

Tun Hanif Si Bapak Judi

Baru tadi saya lihat senarai beberapa pengarahnya di sini. Padanlah, beberapa pelanggan saya yang mungkin kaki judi sering mengatakan, "Wah, nama you Hanief kah? Wah kaya lor ini macam."

Bagi orang bukan Islam, sebenarnya judi dan arak itu haram di sisi Islam. Genting seperti mana yang kita tahu, ia menjalankan pelbagai perniagaan. Antara perniagaan yang bercanggah dengan Islam ialah judi dan arak itu.

Genting Tanpa Judi & Arak Akan Menjadi Genting?

Mungkin ada yang mahu berkata bahawa judi dan arak itulah yang membuatkan Genting sebagai syarikat yang gah hari ini. Jadi saya simpulkan, oleh kerana itulah Islam mahu manusia bersikap adil dan tidak tertipu serta menaruh nasib yang mana ia bakal merosakkan masyarakat. Tanpa adanya judi dan arak ini, perniagaan yang ada akan dapat bersaing secara jantan dan sihat tanpa melibatkan jalan pintas iaitulah dengan bantuan perniagaan seperti pelacuran, dadah, judi dan arak.

Amal Maaruf Nahi Mungkar

Saya menyeru kepada orang-orang Melayu Islam yang mengaku Islam yang berada di dalam organisasi perjudian supaya meletakkan jawatan serta-merta dan cari kerja lain. Marikan kita jadi seperti Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang beriman dengan Amal Maaruf Nahi Mungkar (cegah kemungkaran dan sampaikan yang benar).

Guna Jalan Pintas Dalam Mencapai Keuntungan?

Bagi saya, tidak jantanlah jika sesebuah perniagaan itu menggunakan perniagaan seperti pelacuran, dadah, judi dan arak. Lagi pun, pengarah-pengarah syarikat judi yang kaya-raya ini mampu menggugat kestabilan negara dengan merasuah para pimpinan negara.

Lihat apa yang Vincent Tan lakukan pada negara kita? VK Lingam menggunakan wang Vincent Tan untuk merasuah para hakim dan Mahathir. RPK pun ada mengajak pembaca blognya supaya memboikot rangkaian si Taukeh Judi Vincent Tan yang menerajui syarikat BERJAYA Holdings.

Mahathir Hanya Bernasib Baik Dahulunya

Mahathir pada saya merupakan pemimpin yang bernasib baik kerana mendapat peluang memimpin negara di saat negara berada di dalam proses pemodenan. Ia umpama proses air-brushing, pemasangan skirting, sistem audio & video dan sport rim pada sebuah kereta. Di mana kerja terasnya telah siap lama dan hanya kerja-kerja mencantikkannya sahaja.

Tambahan, Mahathir bernasib baik juga dengan kebenaran rakyat Malaysia yang memberinya 22 tahun memerintah. Ya, itu juga ibarat memberi Mahathir sebuah kereta selama 22 tahun. Takkanlah dalam tempoh 2 dekad itu tidak ada satu pun benda yang membanggakan dapat dilakukan? Jadi ia bukanlah satu usaha yang mengkagumkan. Ada negara yang lebih membangun pada tempoh yang singkat dari 22 tahun. Singapura.

Cerita Gunung Menangis

Di zaman Nabi S.A.W dahulu, ada sebuah bukit yang khuatir lalu menangis kerana takutkan dirinya menjadi batu-batuan api neraka. Api neraka yang akan membakar badan-badan orang yang berdosa. Genting itu terletak di Bukit Tinggi. Pakar Meteorologi (kaji cuaca) tentu tahu apa yang kerap kali melanda kawasan itu.

Menyingkap Ilmu di Bangku Sekolah

Samasa saya mempelajari Geografi dan Kajian Tempatan di bangku sekolah, Malaysia disifatkan kerana bernasib baik berikutan bebas daripada sebarang bencana alam dengan kedudukannya yang strategik luar daripada lingkaran gunung berapi (ring of fire). Yang ada katanya cuma masalah jerubu dan wabak denggi. Tetapi yang petikan di bawah ini apa bendanya? :-
  • KUALA LUMPUR 25 Mei – Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.
  • Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.
  • Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.
  • Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.
  • Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil.
  • Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.
  • Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.
  • “Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya.
  • Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu. - 21 gegaran di Bukit Tinggi cetus tanda tanya
p/s: Apakah Bukit Tinggi sedang menangis menganangkan dirinya bakal membakar badan orang-orang yang berdosa di situ?

sumber - Asia, Tech, Malaysia & World

"Doktor" Abdul Razak Baginda..! Don't Play Paly..!

Lapor malaysiakini -

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang menjadi perhatian utama dalam perbicaraan berprofil tinggi kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia, hingga dibebaskan lewat tahun lalu, telah dianugerah ijazah Doktor Falsafah oleh Oxford University, salah sebuah universiti terkemuka dunia.

Dasat..!