"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 30, 2008

Anwar fail saman keatas Saiful

diciplak dari : klpos

Oleh AP, Mstar
Isnin, 30 Jun 2008

KL: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini memfailkan saman terhadap seorang lelaki yang mendakwa diliwat oleh pemimpim pembangkang itu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap lelaki berusia 23 tahun itu.

Peguam Anwar memberitahu saman itu difail bertujuan membersihkan namanya di mahkamah yang dikaitkan sebagai skandal untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Penasihat Parti Keadilan (PKR), Anwar Ibrahim memfailkan dakwaan terhadap pembantu khasnya iaitu Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil).

Beliau berbuat demikian setelah Saiful membuat laporan polis yang tidak benar dan berniat buruk terhadapnya.


"Saiful membuat laporan polis yang tidak benar dan berniat buruk terhadap Anwar"


BERITA SEBELUMNYA

Pembantu dakwa diliwat, Anwar sifatkan konspirasi politik

KL: Petang semalam polis menerima laporan daripada pembantu khas Penasihat Parti Keadilan (PKR), Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mengadu diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Saiful telah memfailkan laporan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Balai Polis Jalan Travers di sini pada pukul 5:45 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa polis ada menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana laporan itu masih dalam siasatan.
Anwar dipecat daripada jawatan Kabinet dan Umno pada September 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dakwaan rasuah dan beliau menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan.

Beliau dibebaskan dari penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak pensabitan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Sabtu Osman malam tadi mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat satu laporan kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pekerjanya.

Beliau berkata mangsa membuat laporan di balai polis Travers, Bangsar kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya mangsa mendakwa diliwat pada dua hari lepas (26 Jun) di sebuah kediaman di Bukit Damansara, di sini.

Mangsa yang berusia 23 tahun, dikatakan telah beberapa tahun bekerja dengan penasihat PKR itu.

Sementara itu, kenyataan media yang dihantar Biro Penerangan PKR menyebut bahawa polis menahan seorang pembantu khas Anwar petang semalam dan memaksanya supaya membuat pengakuan diliwat.

Kenyataan tiga perenggan itu juga menjelaskan bahawa kepimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Anwar berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyatannya awal pagi ini, Anwar percaya ia adalah ulangan apa yang berlaku padanya pada tahun 1998 di mana dakwaan yang sama telah dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

"Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan," kata Anwar.

Menurutnya laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-1999.

"Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam."

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya," kata Anwar.

Anwar turut menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah..

Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, Anwar dilaporkan mencari perlindungan di Kedutaan Turki, Kuala Lumpur kerana mendakwa dirinya diancam bunuh sejak seminggu yang lalu.

No comments: