"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 31, 2008

50 bincang isu rundingan PAS-Umno

Hampir 50 pemimpin atasan PAS bertemu hari ini bagi membincangkan dialog parti itu dengan Umno yang kini menjadi isu hangat sejak beberapa minggu - perbincangan khas pertama seumpama itu sejak pengakuan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu - jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama - dijangka memakan masa beberapa jam.

umno and pas negotiate 031207Pertemuan yang bermula jam 10 pagi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur dijangka panas susulan beberapa cadangan kontroversi daripada mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan dan Umno menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, semalam berkata tawaran Umno untuk membentuk kerajaan campuran di Perak akan turut dibincangkan hari ini.

Ia juga dijangka membangkitkan gesaan ketua penerangan PAS Mahfuz Omar, dalam surat permohonan maafnya awal minggu ini, agar pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rundingan sulit dengan Umno berterus-terang dan tidak memberikan maklumat mengelirukan.

Isu perkongsian kuasa dua parti itu seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan turut berbangkit.

Kehangatan perbincangan isu ini mendorong kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul di lobi bangunan di Jalan Raja Laut, bersedia untuk menunggu keputusan terbaru PAS.

[Berita penuh menyusul]

-malaysiakini

No comments: