"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 31, 2008

Pilihan raya kecil boleh diadakan: SPR

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, pilihan raya kecil boleh diadakan walaupun baru empat bulan selepas pilihan raya umum dijalankan.

Katanya, ini kerana undang-undang tidak menetapkan had tempoh tertentu.

Ditanya sama ada seseorang Ahli Parlimen boleh dengan sengaja mengosongkan kerusinya tanpa sebab kesihatan atau kematian, beliau berkata:

“Tak boleh jawab. Itu soalan Perlembagaan, walaupun saya ada jawapannya.”

Beliau diminta mengulas pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Abdul Rashid berkata SPR akan mengambil tindakan lanjut sebaik menerima surat rasmi mengenai kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Rakyat.

“Bila terima surat itu, barulah kita membuat persediaan yang perlu untuk menjalankan pilihan raya kecil,” katanya.

-BH

No comments: