"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 31, 2008

Skandal Seks VIP, KC UMNO Buat Laporan Polis

Oleh: 'Deep Throat' Sabah

Walaupun memenangi kerusi parlimen Labuan pada pilihanraya umum 2008 dengan majoriti 8,457 undi, namun nasib dan masa hadapan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal belum terjamin kerana terjebak dengan Skandal Seks bersama pegawai AMBank di Labuan.

Neraca politik Yusof kini bagaikan nasib calon PAS, Matusin Abdul Rahman yang kehilangan deposit kerana hanya memperoleh 1,106 undi, kini bertambah parah dengan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul.

Dalam laporan polisnya, SED/Rpt/3502/08 yang dibuat pada 30 Julai 2008, Azizul menyatakan bahawa;

"Pada lebih kurang jam 04.00 petang, saya terbaca laporan laman web Malaysia-Today.Net di sebuah kafe siber bertajuk "Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan". Saya membuat laporan ini supaya polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Labuan mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah terhadap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal kerana bersekedudukan dengan Norazlina Asaplee sejak tujuh tahun lalu dan bersubahat melakukan pengguguran haram. Sekianlah laporan saya."

Azizul yang menghubungi Malaysia Today sejurus selepas membuat laporan polisnya berkata beliau terpaksa membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan rapi dijalankan kerana dakwaan yang dibuat di portal laman web berkenaan begitu terperinci dan menjurus kepada salahlaku dan perlakuan jenayah Ahli Parlimen berkenaan.

"UMNO adalah milik semua orang Melayu dan kerana itu saya tidak mahu ada pihak yang menunggang UMNO untuk menghalalkan perlakuan jenayah dan bertopengkan kuasa untuk kepentingan diri," ujar Azizul yang turut membuat laporan polis terhadap Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Musbah Jamli baru-baru ini.

Kata Azizul adalah menjadi tanggung jawabnya untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin yang hipokrit, tamak serta salahguna kuasa, rasuah dan petualang kepada agama, bangsa dan tanah air.

"Sebagai VIP, Yusof sewajarnya tidak mengambil kesempatan menjalinkan hubungan sulit dan terlarang dengan gadis yang layak dipanggil anak atau cucu, apatah lagi bersubahat melakukan jenayah pembunuhan melalui pengguguran haram," tegas Azizul yang sering ke Labuan untuk menghantar anaknya yang melanjutkan pelajaran di sana.

Tegas Azizul, jika kejalangan Yusof dibiarkan berterusan, beliau bimbang ramai gadis Labuan akan menjadi mangsa dan tertipu oleh sikap playboy Yusof.

Kebimbangan Azizul diterjemahkan secara jelas oleh pengakuan seorang Ketua Cawangan UMNO, Sudin (bukan nama sebenar) yang tinggal berjiran dengan Norazalina di Kampung Sungai Lada, Labuan.

"Saya selalu nampak Yusof dan Norazlina bercumbu di dalam kereta dan memaklumkan perkara ini kepada Datin Isfahani, tetapi saya pula yang dimarahi kerana kononnya membuat fitnah kepada suaminya," ujar Sudin yang kesal kerana Yusof gagal menjaga martabatnya sebagai pemimpin.

Kata Sudin lagi, Yusof sering menghantar Norazlina pulang ke rumah atau mengarahkan pemandunya sehingga penduduk kampung jengkel dengan perlakuan mereka.

"Ada baiknya Yusof meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen setelah Skandal Seksnya diketahui umum. Selama mana dia boleh simpan rahsia?" nasihat Sudin sekadar mengingatkan rakan seperjuangan yang lupa daratan kerana mabuk kuasa.

Manakala seorang lagi rakan rapat Yusof, Bongsu (bukan nama sebenar) mengakui kisah yang dipaparkan di Malaysia Today adalah lebih 100 peratus tepat dan merakamkan perlakuan sebenar Yusof.

"Saya sudah nasihatkan Yusof, tetapi dia terlalu degil dan bangga kerana mempunyai teman wanita. Saya mengucap panjang apabila beliau mengakui bahawa beliau telah mengarahkan Norazlina menggugurkan kandungan lebih daripada dua kali," ujar Bongsu yang semakin keliru kerana Yusof enggan menghentikan tabiat buruknya.

Bongsu menarik perhatian, beliau kasihan dengan nasib keluarga Norazlina yang menerima tempias cemuhan penduduk Labuan di atas Skandal Seks Yusof yang terdedah kepada umum melalui portal laman web berkenaan.

Manakala bekas rakan seperjuangan Yusof, Annuar (bukan nama sebenar) mengakui terkejut apabila Norazlina pernah cuba menyerang Yusof di tengah jalan dengan memecut laju dan menghentikan kenderaan di hadapan kereta Yusof ketika mereka sedang dalam perjalanan menuju ke suatu tempat.

"Tindakan nekad Norazlina ini dilakukan di khalayak ramai kerana merasa tertekan apabila mengandung anak di luar nikah dan Yusof enggan mengahwininya," ujar Annuar yang sering berulang alik ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan.

Annuar melahirkan rasa kasihan dengan nasib Norazlina dan keluarganya terutama kakaknya Sheila kerana bimbangkan keselamatan Norazlina.

"Keluarganya pasti bimbang jika Norazlina akan mengalami nasib yang sama seperti wanita Monggolia, Altantuya Shariibu yang dibunuh secara kejam semata-mata untuk menghapuskan bukti," keluh Annuar yang menjelaskan Yusof pasti bimbang jika polis menghantar Norazlina menjalani pemeriksaan kesihatan berdasarkan laporan polis yang dibuat Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat.

Sementara itu siasatan Wakil Malaysia Today di Labuan mendapati penduduk Labuan kecoh dengan pendedahan Skandal Seks berkenaan yang tersebar secara pantas dan meluas kerana ramai pengunjung kafe siber mencetak dan mengedarkan berita berkenaan.

Mengikut maklumat terkini, Yusof akan membuat laporan polis di balai Polis Labuan esok dan telah menamakan beberapa orang musuhnya sebagai dalang pembongkaran Skandal Seksnya.

Manakala 'buah hati pengarang jantung Yusof', Norazlina telah menghubungi peguamnya untuk menyaman Malaysia Today yang mendedahkan Skandal Seksnya dan turut bercadang untuk membuat laporan polis kononnya atas tuduhan rambang dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

-Malaysia Today

No comments: