"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 31, 2008

Muzakarah: Majlis Syura, Jawatankuasa Pusat PAS sedang bermesyuarat bincang pendirian penting

(Mutakhir) PETALING JAYA: Selepas dua minggu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan wujudnya siri pertemuan Umno-PAS, hari ini parti itu dijangka mengumumkan pendirian rasmi signifikan mengenai isu muzakarah dan muqabalah yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Yang menarik mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat itu akan disertai oleh anggota Majlis Syura - badan tertinggi PAS.

Mesyuarat yang bermula pukul 10 pagi tadi - di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur akan mendengar pendirian yang telah pun dibuat oleh Majlis Syura berhubung isu muzakarah dan muqabalah.

Ketika dihubungi semalam, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengesahkan pertemuan tersebut.

Setiausaha Akhbar kepada Abdul Hadi, Raslan Shahir memberitahu mStar Online pertemuan pagi ini dilihat penting memandangkan ia membabitkan mesyuarat yang disertai lebih 30 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura.

Ia penting dengan mengambil kira perkembangan isu semasa dan pertemuan tahunan PAS yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12.

Kata beliau, mesyuarat jawatankuasa kerja dipercepatkan sempena muktamar ataupun perhimpunan tahunan PAS yang akan berlangsung bulan depan.

"Satu keputusan penting akan dibuat dalam mesyuarat kali ini. Pertemuan hari ini juga dianggap signifikan.

"Majlis Syura akan menjelaskan pendiriannya yang telah dibuat baru-baru dan penjelasan tentang siri (tiga) pertemuan Umno-PAS akan dibentangkan," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat ini mengadakan pertemuan penting ini sejak Abdul Hadi dalam temu bual dengan Harakah mendedahkan siri perbincangan diadakan di antara Umno-PAS.

Ia diikuti dengan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa tiga pertemuan membabitkan kehadiran tiga pemimpin PAS termasuk Nasharuddin telah diadakan sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Bagaimanapun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan perbincangan ikatan politik.

Kemudian pertemuan pemimpin kanan Majlis Syura dengan Nik Aziz pada 23 Julai lalu muncul dengan syor supaya muzakarah digantikan dengan muqabalah.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat keesokan hari telah memberi lampu hijau kepada pertemuan susulan melibatkan kedua-dua parti berkenaan.

Ia disusuli dengan idea Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubarkan untuk membentuk parti Islam baru bagi membela kaum Melayu.

Tiga hari lalu bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli menyatakan kesediaan Umno membentuk kerajaan negeri yang baru dengan memberikan jawatan Menteri Besar kepada wakil PAS.

Semalam Nik Abdul Aziz mengemukakn pandangan mengenai pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti.

-mSTAR Online

No comments: