"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 31, 2008

Isu Hutang AirAsia Dengan MAHB Akan Selesai Dalam Tempoh Dua Minggu, Kata CEO AirAsia

PULAU PINANG, 30 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia akan menyelesaikan masalah hutang RM100 juta yang dilaporkan dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi penggunaan lapangan terbang MAHB di dalam negara dalam tempoh dua minggu ini.

Ketua eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes berkata perbincangan sedang berlangsung dengan MAHB dan kedua-dua pihak telahpun mencapai persetujuan.

"Saya telah bertemu dengan Datuk Seri Basher Ahmad, pengarah urusan Malaysia Airports dan yakin dalam tempoh dua minggu ini, tiada lagi sebarang isu antara AirAsia dan MAHB," kata beliau kepada pemberita selepas majlis makan malam dan perjumpaan dengan komuniti perniagaan Pulau Pinang.

Semasa majlis makan malam itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Basher Ahmad di mana mereka membincangkan isu itu.

Adalah dilaporkan pada bulan Mei yang syarikat penerbangan tambang murah itu berhutang dengan MAHB lebih daripada RM100 juta kerana menggunakan lapangan terbang di dalam negara sejak 2002 hingga 31 Mac.

Hutang AirAsia termasuk RM5.4 juta ketika ia mengendalikan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak dan telah merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Bagaimanapun, beliau berkata syarikat penerbangan tambang murah itu benar-benar memerlukan terminal tambang rendah di Malaysia kerana ia tidak mendapat caj rendah bagi penggunaan lapangan terbang negara.

"Saya memang berminat untuk menubuhkan terminal tambang rendah kami sendiri tetapi ia bergantung kepada keputusan kerajaan untuk memutuskannya," kata beliau.

Dalam pada itu, meskipun dengan kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini, AirAsia akan terus meluaskan laluannya dan tidak akan menaikkan surcaj bahan bakar.

"Adalah tidak wajar bagi syarikat untuk mengurangkan laluannya kerana kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan telahpun melancarkan penerbangan domestik "ZOOM" baru kami dengan kerjasama Pelancongan Malaysia," kata beliau.

No comments: