"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 23, 2008

Amy Search di Muktamar PAS 54!

Amy Search akan muncul di Ipoh sempena Muktamar PAS 54 yang akan diadakan di Stadium Indra Mulia pada pertengahan Ogos ini nanti.

Demikian dimaklumkan oleh Saudara Badrain selaku ketua Jawatankuasa Pelaksana Muktamar tersebut.Sekretariat Jamaei akan menguruskan program tersebut yang diberi nama Malam Expresi Kesenian Islam

“Kehadhiran Emy akan memberi tarikan kepada anak-anak muda untuk bersama dalam majlis seumpama ini supaya mereka tidak kekok dengan majlis-majlis anjuran PAS dimasa-masa yang akan datang.Kami mahu mereka dapat mencari jalan pulang, Insya’Allah,” katanya.

Ditanya , apakah nanti tidak akan timbul kesan negatif sebagaimana yang baru-baru ini sebagaimana konsert PROTEST yang baru lalu, beliau berkata, persembahan Amy hanya menggunakan musik unplug ; lagi pun Amy sangat berpengalaman dan kami akan pastikan persembahannya bersesuaian dengan majlis tersebut.

Saudara Badrain menjelaskan, selain kemunculan Amy, pihak penganjur telah mendapat persetujuan lain-lain artis untuk hadir membuat persembahan.

“Antaranya ialah kumpulan nasyid terkenal Far-East dan juga kumpulan Saff One.Selain itu ada juga persembahan deklamasi sajak oleh sasterawan dan penulis terkenal Dinsman , Muhaimin & Zuar XPDC dan HM Salleh.”

Apabila ditanya kenapa tidak dijemput sama Akil Hayi, seorang selebriti tempatan yang seketika dulu sering bersama program anjuran PAS ; beliau berkata , program tersebut lebih bersifat persembahan amal kerana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran ; Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi bersama menyumbangkan amal bakti dengan kos yang sangat sederhana dan sesuai dengan bajet kami.

-ALHUSSEYN

No comments: