"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 23, 2008

BEDEBUB...!!!Ana Tendang Ante, Ante Tendang Ana...

Assalamu'alaikum...

Memang tak dapat dinafikan lagi kenyataan bahawa beberapa kerat pimpinan PAS akhirnya terperangkap didalam jerat yang dipasang oleh UMNO/BN & yang lebih mengecewakan ialah, jerat tersebut dipasang oleh seorang yang selama ini dianggap manusia terlemah dalam UMNO/BN.

Siapa yang tak kenal Pak Lah?PM pemegang rekod hatrik tidur dalam majlis-majlis rasmi kerajaan?orang yang selama ni kita sangka "lemah" dalam semua aspek baik pentadbiran mahupun ekonomi akhirnya berjaya memerangkap bukan seorang, malah "berorang-orang" yang berjawatan pemimpin tertinggi dalam parti Islam PAS.

Baru korang kenal siapa Pak Lah!

Bagi pihak PAS pulak lepas Pak Lah buat kenyataan Muzakarah UMNO PAS sudah bermula? terlihat pada pemerhatian aku beberapa kenyataan yang mengelirukan semua kita.

Dalam berita HarakahDaily Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menegaskan bahawa Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat Umno pada masa depan.

Kenyataan rasmi dari Presiden PAS TGHH pula dilihat amat bercanggah dengan kenyataan Naib Presidennya bilamana TGHH mendedahkan PAS mengakui bertemu Perdana Menteri dalam kenyataan rasminya beberapa ketika selepas Naib Presidennya mengeluarkan kenyataan diatas.

Dipihak Dewan Ulama pula menganjurkan supaya Isu muzakarah dibincang pada muktamar di Ipoh ini memperlihatkan seolah tiada komunikasi antara Dewan Ulama dengan kenyataan Presiden PAS apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Dato' Mohamed Daud Ditanya pembabitan Dewan Ulamak PAS Pusat dalam muzakarah yang diadakan sebelum ini, beliau mengatakan bahawa beliau tidak dijemput dan tidak tahu apa yang dibincangkan.

Kita lihat ketiga-tiga kenyataan dari 3 individu penting dala PAS.kenapa berlaku begini?Macam tak ada persefahaman didalam satu parti.usah dinilai kenyataan dari Pak Lah sebab Pak Lah bukan ahli PAS & dah tentu kenyataannya berbeza dengan kenyataan dari pihak PAS.

Apa yang nak kita perhatikan ialah kenyataan dari pihak PAS yang banyak bercanggah antara 1 sama lain & juga seolah tidak wujud persefahaman antara pimpinan.Presiden cakap lain, Naib Presiden cakap lain, Dewan Ulama cakap lain, Dewan Pemuda PAS Kelantan dalam kenyataannya pula menegaskan bahawa Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat.jadi sekarang mana satu yang betul & nak kita pakai?

Baca pula berita yang ni, Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali.
lagi la pening kepala.kalau diikutkan kenyataan-kenyataan diatas sebenarnya yang bercanggah cuma kenyataan dari Presiden PAS sahaja manakala kenyataan dari Naib Presiden, Dewan Ulama, Mursyidul Am & lain-lain pimpinan dari luar Terengganu dilihat sekata.

Kalau diteliti pada kenyataan Khalid Samad pula dalam artikel bertajuk Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad lain pulak jadinya...perhatikan dekat perenggan ni : Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.

“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan kepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.

Aku suka tekankan pada ayat "buying time" & dari sini jelas terang lagi bersuluh menunjukkan ada percanggahan dalam semua kenyataan pemimpin-pemimpin diatas.

Teliti :
Pak Lah dalam kenyataannya menyatakan bahawa telah berlaku 3 KALI perjumpaan antara wakil PAS & UMNO.

Naib Presiden PAS dalam kenyataannya mengatakan bahawa kenyataan Pak Lah bertujuan memecah belahkan PAS & kita jelas disini dalam kenyataan Naib Presiden menunjukkan bahawa NAIB PRESIDEN TIDAK TAHU-MENAHU perjumpaan tersebut telah diadakan bila dia menafikannya & membuat kenyataan tersebut.

TGHH pula mengeluarkan kenyataan rasminya beberapa ketika selepas Pak Lah membuat kenyataan tentang muzakarah, MENGIAKAN & MENGESAHKAN kata-kata Pak Lah tersebut.

Dewan Pemuda PAS Kelantan pula membuat kenyataan muzakarah hanya helah UMNO selepas ditolak rakyat juga mengesahkan bahawa perkara tersebut berlaku diluar pengetahuan mereka.

TGNA pula mengingatkan jangan sampai sejarah hitam berulang juga senada dengan DPPK & Naib Presiden sebelum ini.juga dalam kenyataan tersebut TGNA mengesahkan bahawa perjumpaan yang sudah berlaku adalah diluar pengetahuannya.

Pada pengamatan aku, ada segelintir pemimpin yang dibawah pengetahuan TGHH & diluar pengetahuan pimpinan lain sedang merancang sesuatu yang tidak selari dengan dasar perjuangan PAS.mungkin akibat termakan dengan helah & janji-janji pihak UMNO disebalik jerat yang dipasang mereka.

Kenyataan Khalid Samad : perjumpaan tersebut dilakukan untuk membeli & melengah-lengahkan masa bagi aku hanya kenyataan sampah dari mereka-mereka yang terperangkap didalam jerat yang dipasang UMNO.

Khalid menyatakan bahawa perjumpaan itu diadakan semata-mata untuk melengah-lengahkan masa tetapi kalau diikut lojiknya,kenapa perlu ada perjumpaan lagi selepas itu sedangkan MB telah selesai mengangkat sumpah & kerajaan negeri telah berjaya dibentuk?sama ada Khalid Samad telah terperangkap dengan kenyataannya atau dia tidak tahu adanya lagi perjumpaan selepas itu kita tidak tahu...ini kita perlu minta penjelasan dari Khalid Samad.

Dipihak TGHH pula apa yang kita nak minta perjelas ialah apa muslihat sebenar TGHH mengadakan pertemuan ataupun muzakarah diluar pengetahuan sebahagian besar ahli-ahli, penyokony-penyokong & pimpinan-pimpinan PAS?kalau niat & tujuannya ialah untuk berdakwah, ini soalan personal saya - perlukah menyembunyikan niat & tujuan yang baik dari pengetahuan majlis syura & lain-lain majlis penting & individu-individu tertinggi dalam PAS?

Harap yang ini akan dapat dijelaskan dari TGHH sendiri tanpa menyembunyikan niat & tujuan yang sebenar.

Buat masa ini ( selagi belum jelas persoalan-persoalan ), aku hanya andaikan bahawa pimpinan tertinggi PAS telah terperangkap dengan janji-janji pihak UMNO ( jerat ) & masing-masing terkial-kial mencari alasaln untuk meredakan persoalan kami ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS & Pakatan Rakyat & juga para pimpinan yang lain...

Ana tendang ante, ante tendang ana...Pak Lah & UMNO pakat-pakat tepuk tangan!

No comments: