"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 23, 2008

PAS bebas bertemu sesiapa tetapi...

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) -"Sebarang keputusan peribadi yang dikatakan ianya keputusan parti maka Parti perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana individu mahupun pemimpin PAS."

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam mengulas isu muzakarah PAS-Umno yang menjadi polemik pelbagai pihak sehingga mencetuskan suasana tidak senang kalangan ahli parti dan para penyokong mutakhir ini.

Mohamad Sabu menjelaskan mana-mana ahli PAS khususnya para pemimpinnya bebas untuk bertemu sesiapa sahaja sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan parti-parti lain termasuk Umno namun sebarang keputusan yang melibatkan parti mestilah dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan tertinggi.

Malah katanya semua ahli PAS sama ada peringkat bawahan ataupun pemimpin juga bebas aksess mana-mana maklumat yang didapati daripada media dan pelbagai sumber namun maklumat berkenaanparti mestilah diperolehi daripada pimpinan parti itu sendiri.

"Muzakarah merupakan agenda PAS dan cara nak bermuzakarah ditentukan oleh parti. Apa jua isu yang timbul maka pimpinan parti perlulah menjelaskan kepada parti dan bukannya kepada individu.

"Ahli-ahli PAS diminta bertenang. Semua ini tidak jadi masalah dan sebarang perbezaan pendapat boleh diselesaikan melalui musyawarah," katanya yang hadir di pejabat Harakah sebentar tadi.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan padu PAS terhadap kerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk merealisasikan matlamat untuk memerintah negara.

Malah katanya kemenangan PAS dalam pilihan raya umum ke-12 adalah hasil kerjasama dengan Pakatan Rakyat sehingga memenangi lima negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan manakala lantikan tiga menteri besar PAS merupakan hasil komitmen dan kepercayaan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat itu kepada parti Islam itu.

"Kita menyokong pemerintahan bersama dengan Pakatan Rakyat. Memandangkan Pakatan Rakyat baru dibentuk selepas 8 Mac tempoh hari, sebarang perbezaan pendapat mestilah diselesaikan secara perbincangan.

"Tiada ugut mengugut berlaku.Yang penting adalah memberi penjelasan di antara satu sama jika timbul satu-satu isu, perselisihan atau masalah," katanya. - mks. _

No comments: