"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 23, 2008

Tiga tokoh Pemuda Umno dapat projek RM1.2 bilion?

KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Tiga tokoh penting Pemuda Umno Malaysia didakwa mendapat projek sistem perisian komputer E-Tanah sejumlah RM1.2 bilion secara runding terus tanpa tender terbuka namun sehingga kini gagal dilaksanakan semenjak dimulakan pada tahun 2006.

Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta.

"Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya.

"Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara 'manual' dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan," katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan.

"Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,"tambahnya lagi.

Beliau juga turut membangkit isu sistem E-Tanah berjumlah RM65 juta yang diperuntukkan untuk 'pilot project' di Pulau Pinang namun gagal juga dilaksanakan.

"Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion 'witout open tender', bagi sahaja, belakangnya Pemuda Umno Malaysia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi rompak di siang hari," katanya. - mks._

No comments: