"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 29, 2008

Ezam sedia cabar Anwar dalam pilihan raya kecil: Di Kedah atau KL?

PETALING JAYA: Bekas anak buah lawan ketua? Kerusi belum kosong lagi tetapi cabaran sudah menanti untuk disaksikan?

Nampak gaya, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia untuk menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diadakan pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

"Sebagaimana dikatakan sebelum ini saya bersedia untuk bertanding menentang Anwar di mana-mana kawasan, jika diminta oleh pucuk pimpinan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Laporan Bernama memetik beliau berkata, "saya tidak gentar menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk bertanding."

Bagaimanapun belum ada apa-apa kata putus dalam hal ini.

Malah, kata beliau, Anwar sendiri belum pasti sama ada akan bertanding ataupun sebaliknya.

"Mereka sendiri tidak pasti... adakah ini gimik politik mereka," kata Ezam yang menyertai UMNO selepas menghantar borang keanggotaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Mei lalu.

"Pertamanya saya ahli biasa dalam UMNO. Jadi soal pertandingan pilihan raya kecil itu apatah lagi menentang Anwar, baik dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Tapi saya juga ingin menegaskan dan menjelaskan sekali lagi memang saya bersedia.. saya tidak gentar langsung untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk mewakili parti dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya.

Ezam merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar, dari tahun 1996 hingga bekas ketuanya itu dipecat daripada kerajaan dan parti pada September 1998.
Beliau keluar daripada PKR dua tahun lalu dan dua bulan yang lalu menyertai Umno.

Kelmarin, Anwar yang pernah mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, melahirkan minat untuk mencuba nasib di kawasan Bandar Tun Razak.

Selari dengan pengumuman itu, Anwar juga berkata, pihaknya masih yakin akan membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September ini.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau hanya akan mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya minggu depan.

Di KULIM, Anwar membayangkan pula bahawa beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil di Parlimen KulimBandar Baharu bagi membolehkannya menerajui pakatan pembangkang dalam tempoh terdekat.

"Jika tiada halangan, saya akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Ahli Parlimen sekarang (Zulkifli Nordin) telah bersetuju memberi laluan," katanya ketika berucap dalam ceramah di Kelab Rekreasi Cina (CRC) Kulim, malam tadi.

Anwar berkata, kemungkinan itu bergantung kepada keputusan petisyen pilihan raya yang dikemukakan bekas calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir kepada Mahkamah Tinggi Alor Star pada 27 April lepas untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu sebagai tidak sah dan batal.

Kes itu akan didengar semula di Mahkamah Tinggi Alor Star pada 19 Ogos ini.

Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Zulkifli memperoleh sebanyak 22,255 undi mengatasi Abdul Aziz dengan majoriti 5,583 undi.

Anwar berkata, beliau percaya bahawa pengundi KulimBandar Baharu akan terus memberikan sokongan padu kepada PKR bagi membolehkannya meneruskan agenda perjuangan berikutan keadaan semasa ekonomi dan politik negara masa kini yang tidak menentu.

-mSTAR Online

No comments: