"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 29, 2008

SAPP beri taklimat surat tunjuk sebab kepada ahli

KOTA KINABALU 28 Julai – Parti Maju Sabah (SAPP) malam ini mengadakan perjumpaan bagi memaklumkan kepada ahlinya perkembangan terkini surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bertarikh 30 Jun lalu.

Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong berkata, majlis taklimat khas itu diadakan bertujuan menjelaskan pendirian parti itu berhubung notis tunjuk sebab tersebut yang akan tamat tempoh Rabu ini.

"Tunggu sehingga perjumpaan malam ini, kita akan maklumkan mengenai surat tunjuk sebab itu,'' katanya enggan mengulas lanjut ketika dihubungi di sini hari ini.

SAPP diberikan tempoh 30 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum Dewan Tertinggi BN mengambil tindakan lanjut terhadap parti itu.- Utusan.

TP - Surat tunjuk sebab? apa sebab musabab yang menjadi penyebab kepada sebab diberi surat tunjuk sebab bersebab ni?? kalau brani kick trus la dari BN..! ni ugut stule budak derjah 2 melur ni...kang SAPP jawab ngan surat kluar BN amacam??? nak? nak ? nak?

No comments: