"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 04, 2008

Kezaliman ISA : Anak mangsa tahanan ISA selamat dikebumikan.

diciplak dari : harakahdaily

Salmiyah Harun
Fri | Jul 04, 08 | 6:25:09 pm MYT

HULU LANGAT, 4 Julai (Hrkh) - Jenazah anak sulung mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi.

Setengah jam sebelum itu, jenazah Aina disembahyangkan hampir 200 jemaah di masjid Sungai Serai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Turut serta menyembahyangkan jenazah anak kesayangan Fatma Masrum itu ialah Adun Hulu Klang, Saari Sungib yang juga bekas tahanan ISA; Adun Chempaka merangkap Exco Kerajaan Negeri, Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan lima orang bekas tahanan ISA.

Pengebumian Aina turut disaksikan berpuluh-puluh rakan sekolahnya dari Sek. Men. Keb. Dusun Nanding termasuk beberapa orang guru.

Sementara itu, sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat.

Suasana bertambah pilu tatkala, Shahrial mencuri sedikit masa meriba, memeluk dan mencium kedua-dua anak perempuannya, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 sebaik sahaja jenazah kakak mereka dikebumikan.

Pelukan kasih sayang Syahrial untuk Almarhum Aina tidak kesampaian kerana dipisahkan oleh akta yang zalim; mungkin sebab itulah beliau tidak mahu melepaskan peluang meluahkan kasih sayang itu kepada dua anak perempuannya.

Fatma Masrum yang duduk di belakang suaminya ketika imam membacakan talkin, kelihatan sugul sambil memeluk dan mengusap suami tersayang yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.

Sebaik sahaja jenazah selesai dikebumikan, pihak polis memberi sedikit kelonggaran kepada Shahrial untuk bertemu dan bersalaman dengan beberapa sahabat yang sekian lama tidak berjumpa.

Turut bersalaman dengan beliau, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Sany Hamzan.

Lima orang bekas tahanah ISA yang bersama-sama beliau ketika di Kemta turut bersalaman dan berpelukan dengan beliau, termasuklah jiran dan rakan-rakan beliau.

Ada yang memeluk sambil menepuk bahu beliau sambil memberi kata-kata perangsang agar beliau tabah dan bersabar dengan ujian Allah SWT.

Suasana menjadi hiba apabila kelihatan beberapa rakan beliau turut menitiskan air mata ketika memeluk Shahrial namun beliau tetap tenang dan masih tersenyum.

Anggota polis yang ditemui di tanah perkuburan memberitahu, Shahrial dibenarkan menemui keluarganya pada malam ketujuh dan esok.

Tujuh orang polis yang mengawal Shahrial membenarkan beliau balik ke rumahnya sebentar untuk menukar pakaian dan kira-kira jam 12.20 tengahari menaiki van berwarna putih ke lokasi yang tidak diketahui.

Sementara itu, kepada pembaca yang sudi membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, salurkan sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.- tajdid _

No comments: