"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 04, 2008

Peguam: Akuan berkanun dibuat secara sukarela

diciplak dari : malaysiakini

Jul 4, 08 5:44pm
Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.


Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.

Awal hari ini, Balasubramaniam telah menarik balik akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata beliau membuat kenyataan tersebut secara paksa. Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan siapakah yang memaksanya menandatangani akuan bersumpah tersebut.

Ekoran itu, Balasubramaniam hari ini membuat akuan berkanun yang baru tanpa sebarang rujukan mengenai Najib.

Sebelum ini, Americk memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu mengenai tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut pagi tadi.

Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan pelanggannya itu ialah pada jam 4.45 pagi semalam selepas menghantarnya ke balai polis Brickfields.

Balasumbramaniam diwakili penguam baru pagi ini.

Dalam sidang akhbar petang ini, Americk berkata beliau bertemu dengan Balasumbramaniam dua bulan lalu.

No comments: