"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 24, 2008

Majoriti papan iklan di S'gor haram

Jimadie Shah Othman | Jul 24, 08 9:19am
Kerajaan Selangor akan melakukan usaha "pemutihan" papan iklan di negeri itu kerana kebanyakannya tidak sah dan berstatus haram, kata exco kerajaan tempatan Ronnie Liu.

"Kerajaan negeri hendak bersihkan semua ini. Kita bercadang, untuk semua papan iklan yang baru, permohonan TOL itu hanya boleh dijalankan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat swasta tidak perlu mendapatkan TOL daripada daripada pejabat tanah.

"Perkara ini (boleh) dilakukan melalui PBT," katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri lewat petang semalam.

Ronnie mendedahkan terdapat juga papan iklan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak mendapat lesen daripada PBT di negeri itu.

"Pada masa sekarang kebanyakan papan iklan di negeri Selangor adalah haram kerana tiada TOL daripada pejabat tanah atau tidak mendapatkan lesen daripada PBT.

"Ada (iklan) yang dua-dua (kelulusan) tiada. Ada papan iklan didirikan JKR tanpa lesen daripada PBT," katanya.

Kerajaan negeri juga, tambah Ronnie, akan mengemukakan kadar baru papan iklan iaitu 30 peratus daripada pendapatan masing-masing.

"Kita akan ambil 30 peratus pendapatan daripada papan iklan masing-masing," katanya.

"Dengan cara ini pendapatan PBT akan bertambah baik."

Harga sewaan papan iklan itu akan tetap mengikut harga pasaran, katanya.

Dalam sidang media yang sama, exco alam sekitar dan pelancongan Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan ke atas dua kilang haram di Selangor.

Setakat ini, dua kilang itu dikenal pasti mencemarkan alam sekitar dan tidak mengendahkan amaran yang diberkan.

"Kita telah beri banyak notis, kompaun dan amaran tetapi mereka masih degil. Pencemaran akibat aktiviti kilang tersebut telah mencemarkan alam sekitar secara ketara," katanya.

Menurut Elizabeth, kerajaan bukan saja akan memberhentikan operasi kilang itu tetapi akan turut merampas tanah kerana ia melanggar Kanun Tanah Negara.

Kilang itu adalah Warisan Naning Distribution Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Langat dan Rigid Metal Tech Sdn Bhd di Klang.

Warisan Naning Distribution Sdn Bhd beroperasi atas tanah berstatus pertanian sejak 2004. Ia mengusahakan peleburan bateri terpakai dan berkedudukan 500 meter dari kawasan penduduk.

Rigid Metal Tech Sdn Bhd pula mengusahakan metal stamping untuk barangan automatif dan telah beroperasi dalam jarak hanya 20 kaki daripada penempatan penduduk. Ia juga tidak mempunyai lesen daripada Majlis Perbandaran Klang.

-malaysiakini

No comments: