"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 24, 2008

Nama jalan Georgetown jejas BM

Jul 24, 08 1:27pm
dikemaskini PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".

"Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid.

"Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaan."

Dr Mujahid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, menyifatkan keputusan menambah bahasa-bahasa Cina, Inggeris dan Tamil di papan-papan tanda jalan dan bangunan di bandar raya itu "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".

"Lagipun sejarah budaya pada sesuatu tempat telah diserapkan dalam budaya kita dan nama yang digunakan walaupun dari perkataan dari bahasa lain, ia tetap menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan.

"Oleh itu tidak perlu untuk menuliskannya dalam bahasa selain yang diterima pakai oleh bahasa kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chow semalam dilaporkan berkata kerajaan negeri, yang dipimpin oleh DAP dan PKR, bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan, selepas mendapat desakan Gerakan awal minggu ini.

Mengulas kontroversi panas isu dialog sulit PAS-Umno seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Mujahid menyalah presiden Umno kerana "membocorkan maklumat" kepada media.

"Muzakarah Umno-PAS peluang terbaik Abdullah untuk dilihat ‘bersinar’ sedikit dalam kesuraman politiknya.

"Abdullah juga dilihat terdesak untuk manipulasi isu muzakarah Umno-PAS dengan ‘membocorkan’ maklumat-maklumat pertemuan seolah-olah hubungan telah sampai ke tahap yang serius antara kedua-dua parti, sedangkan pertemuan antara parti-parti politik adalah perkara lumrah," katanya.

Tambahnya, DAP bertemu dengan perdana menteri untuk kepentingan Pulalu Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Abdullah dalam kemelutnya didakwa meliwat, "maka apa istimewanya PAS bertemu dengan Abdullah?"

"Melainkan ia disensasikan untuk kepentingan survival Abdullah," kata Dr Mujahid.

"Soal muzakarah tidak pernah timbul pun, ia hanya manipulasi perkataan supaya ahli PAS menjadi keliru, yang berlaku hanyalah pertemuan biasa (muqabalah) yang menjadi hak PAS untuk berjumpa dengan sesiapa yang dirasakan perlu.

"Apa yang dikesali ialah sikap Umno yang menangguk di air keruh dalam niat ikhlas PAS untuk bertemu dan mengemukakan hal-hal untuk kepentingan nasional."

-malaysiakini

1 comment:

Unknown said...

Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".