"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 24, 2008

Rais Harap Tindakan Anwar Tidak Timbulkan Buruk Sangka

SINGAPURA, 23 Julai Bernama - Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan kepada kedutaan asing tidak mengabui kebenaran dan menimbulkan prasangka buruk kepada mana-mana pihak.

"Saya berharap pertemuannya dengan ketua-ketua kedutaan itu hanya berkisar kepada hasratnya untuk menyampaikan beberapa perkara bagi pihaknya dan tidak lebih dari itu," katanya kepada warwatan pada Persidangan Menteri-Menteri Luar Asean dengan rakan dialog mereka di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan bahawa Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik.

"Semasa di sini, saya dan setiausaha agung telah mendengar mengenai kegiatannya yang meminta ketua-ketua kedutaan asing untuk mendengar taklimatnya.

"Saya tidak tahu apa yang telah beliau terangkan. Tetapi ia hak beliau untuk berkomunikasi dengan sebarang kedutaan asing, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya," katanya.

Rais berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Kabinet hari ini telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) untuk memberi taklimat kepada kerajaan mengenai perkara itu yang diharap dapat mengimbangi gambaran sebenar.

Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk membuat penilaian, katanya.

No comments: