KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.
Menurut sumber, ADUN berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.
Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.
Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
6 comments:
Buat apa la tangkap ADUN tu. Bukan banyak pun dia ambik RM2K saja. Dengan harga barang mahal sekarang ni RM2K nak boleh beli apa sangat. Kesian dia sampai jatuh2 pulak tu.
Kesian?...hehehehe...Kalau kat China Mainland...Hilang nyawa le jawabnya kalau MP @atau ADUN camtu ambik rasuah...hukum TEMBAK ...
Apa komen MB Negoi Sembilan? dan jugan bekas MB Isa Samad? Hampeh tak guno...... asik nak duik ajo.. tak konyang2 ko poruit tu...
oii TP(topeng puaka),..
Betul ke ADUN UMNO/BN? Pastikan dulu,.jgn nanti kena minta maaf lak,..
Klu sah Umno barulah tibai betul2,. tentu rasuah real bukan konspirasi,.
Klu ADUN PR,.hehehe,.biasa la,. "konspirasi peringkat tertinggi"
antisodomy - ngko baca sendiri dekat utusan online.
berita orang UMNO/BN mana berani medi anak expose kat paper...ket aiunternet berani la sebab orang kampung tak baca...
Kalau orang PR kene, sah 3 minggu dok kat front page...
Dasar pemerintah puaka.
Salam sedara Topeng Perak,
Ape citer sedara antisodomy, ko nye Utusan Merapu dh siarkan dh yg ADUN sengal tu trimer rasuah..
Siap lari,pastu terjatuh mase kene serbu ngan BPR...
Diberi rasuah RM 2000 pon dah gelap mata dan hati...
Aku mula2 tak caye gak psl briter dr Utusan Merapu,so, aku buka Malaysiakini dan blog2 tuk re-check blik news ni...
SAHIH dah la upenye...
Aku nk tgk hari ni ade lagi tak briter psl ADUN sengal ni...
Bak kate sedara Topeng Perak, klu ADUN PR,sah2 3 minggu dok kat front page..
Post a Comment