JOHOR BAHRU 10 Ogos – Seorang anggota polis yang disiasat berhubung kes kehilangan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam ladang kelapa sawit di kawasan Taman Setia Indah di sini pagi tadi.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mayat Lans Koperal Morne Aliamat, 40, ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11.40 pagi tadi sebelum menghubungi polis.
“Morne tidak memakai uniform ketika mayatnya ditemui dan polis yang menjalankan siasatan menemui sepucuk revolver semi auto bersama peluru serta sebuah motosikal di tempat kejadian. Pemeriksaan awal menemui satu kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya,” katanya kepada pemberita di IPK Johor di sini hari ini.
Mohd Mokhtar berkata, pemeriksaan mengesahkan Morne adalah anggota di Jabatan Narkotik IPK dan turut disiasat berhubung kehilangan dadah dari bilik bahan bukti pada 31 Julai lepas.
Beliau berkata, kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut sedang disiasat lanjut dan mayat itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
2 comments:
Apa sudah jadi? macam cerita hindustan la pulak.
biasalah..takut pecah lobang baik tembak mati....tu la polis...patut jaga keamanan rakyat,tapi seleweng...apa dapat...
Post a Comment