"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 10, 2008

Jawapan Kepada Artikel Polis Pencen di Tranung Kite

Ini adalah tulisan menjawab percubaan Polis Pencen untuk menfitnah dan memburukkan imej saya. Tulisan tersebut " Awasi Musuh PAS dan Musuh Pakatan Rakyat".

Saya ada membaca artikel dari penulis bernama Polis Pencen yang cuba memperleceh tulisan saya dan cuba memfitnah saya. Saya bercadang untuk menerima cabaran ini dan membuktikan kebenaran tulisan saya. Jawapan saya adalah mengikut bahagian.

Tapi yang jelas bagi saya adalah PolisPecen kemungkinan besar tergolong dari “fraksi UMNO” yang menyokong PAS masuk ke BN. Ini kerana pemimpin kesayangan beliau adalah salah seorang dari fraksi UMNO dlm PAS yang menyatakan bahawa kemasukan PAS dalam BN adalah syariee atas nama “Akhafu Darurain”.

Sebelum saya menyambung lagi, tidak sedarkah Polis Pencen bahawa disebabkan oleh angkara Fraksi UMNO ini, Tuan Guru Haji Hadi telah terjebak di dalam penipuan. Sila rujuk kenyataan ini.

Saya yakin Tuan Guru kemungkinan tidak tahu pun ada perbincangan ini semasa kenyataan ini dibuat. Tapi rakyat umum melihat akan ini sebagai satu penipuan. Kasihan Tuan Guru Presiden kerana dimangsakan oleh puak-puak yang rakus dan tamak ini.

Dan nampaknya si Polis Pencen ini pun tak terlepas dari menipu dan saya akan tunjukkan di dalam beberapa contoh di bawah:

Bahagian #1:

Polis Pencen(PP) berkata:

Soalan saya mengapa PAS tidak diwakili oleh Timbalan Presiden ataupun Presiden sendiri? Benarkah pendapat ramai bahawa isu Muzakarah PAS-UMNO ini telah selesai? Sekiranya perkara ini telah selesai, mengapa sehingga sekarang tiada kenyataan rasmi dari Presiden PAS ataupun Timbalan Presiden PAS? Sedangkan Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam Malaysia yang boleh dibaca di [sini].

Ini menunjukkan si penulis ini berniat jahat. Semua orang tahu Musryidul Am PAS, Presiden dan beberapa orang Majlis Syura Ulama telah membuat perjumpaan di kediaman Musryidul Am PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri telah membuat kenyataan”

Jawapan: Di sini, Polis Pencen telah tersilap faham. Para di atas adalah dalam konteks SOKONGAN KEPADA ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI PERMATANG PAUH. Bukan bermubahalah atau berbincang. Takda kena mengena walau sedikit pun.

Sehingga hari ini, TIADA KENYATAAN dari Presiden atau Timbalan Presiden menyokong usaha Anwar Ibrahim. Saya mempersoalkan mengapa tiada kenyataan walaupun satu dari Presiden atau Timbalan Presiden.

Tidakkah ini satu tindakan yang kontra dengan semangat Pakatan Rakyat. Sedangkan selepas election terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera telah bertemu Anwar kononya hendak mempertemukan beliau dengan Pak Lah. Anwar Ibrahim dengan jelas meminta supaya sekiranya ada pertemuan, mestilah melibatkan Presiden PAS dan Lim Kit Siang.

Bahagian #2: Polis Pencen sekali lagi membelit kenyataan saya dengan berkata

“Hati kecil saya mula mempersoalkan siapakah dia si Tulang Besi. Petikan di bawah ini memberikan gambaran sedikit sebanyak siapakah dia dan dia memang tidak suka PAS membuat bantahan kepada Majlis Peguam dalam Isu "Forum Agama Islam"

Jawapan : Sedar atau tidak Polis Pencen memfitnah saya dengan berkata “ …dia memang tidak suka PAS membuat bantahan…”

Sedangkan saya telah menulis dengan jelas dan terang “Saya menyokong tindakan memprotes forum ini, tapi saya rasa lebih baik kita senyap dan tidak beri publisiti kepada majlis ini”

Adakah Polis Pencen mempunyai IQ yang begitu rendah sehingga tidak dapat membezakan antara persetujuan dengan memilih kaedah yang terbaik untuk membunuh musuh? Kiranya kita biar sahaja puak-puak ni membuat forum mereka, tiada apa yang untung kepada mereka pun dan kita tetap dengan kita.

Saya sudah berpengalaman lebih 20 tahun berhujjah dengan puak2 liberal. Saya tahu “modus operandi” mereka. Mereka memang suka kontroversi dan mereka memang dahagakan publisiti. Sekiranya kita memberi mereka publisiti seperti sekarang ini, sokongan tumpuan mereka yakni orang bukan Islam akan lebih kuat menyokong mereka. Lebih baik biarkan mereka diam-diam kerana mereka nanti akan kelihatan sebagai kera sumbang. Sebab itu saya mampu berhadapan dengan Haris Ibrahim.

Juga, dengan protes yang terbaru, maka UMNO telah berjaya menyebar perasaan takut kepada PAS dan Pakatan Rakyat di kalangan rakyat bukan Islam. Sedangkan kita tahu Bar Council dibelakang mereka adalah Zainah Anwar dan puak-puak yang rapat dengan Pejabat PM. Dan mereka telah buat benda ni lama dah bukan skrg demi kepentingan UMNO/BN.

Dan Polis Pencen dipersilakan membaca artikel saya yang terbaru: “How Could BAR Council Be So Stupid??

Sila baca kenyataan penuh saya dibawah yang telah diputar belit oleh Polis Pencen.

“Kenapa tiada kenyataan dari Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS berkaitan sokongan PAS kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Ketua Pembangkang sekiranya beliau menang? (Saya menyokong tindakan memprotes forum ini, tapi saya rasa lebih baik kita senyap dan tidak beri publisiti kepada majlis ini. Majlis Peguam dipenuhi dengan mereka2 yang liberal dan tidak tahu apa yang menguntungkan Malaysia dan apa yang merugikan Malaysia. Buktinya, tiada siapa dalam Majlis Peguam mempunyai pengetahuan berkaitan ekonomi. Ertinya mereka jahil tapi mereka rasa mereka pandai). “

Ingin saya ingtkan Polis Pencen, saya generasi kedua PAS. Kalau nak banding ke “PAS” an saya dengan Polis Pencen, silap-silap langit dengan bumi. Saya dilatih oleh PAS untuk merujuk kepada ilmu dan hujjah dan tidak mengikut secara membuta tuli sesiapa sahaja dalam hal berkaitan agama.


Polis Pencen adalah dari mazhab bahawa setiap ulama adalah maksum dan ijtihad mereka semua 100% benar dan tiada salah. Polis Pencen ini lebih rapat dengan Syiah tampaknhya. Itu bukan tarbiyyah PAS yang saya dapat.

Bahagian #3: Polis Pencen menuduh saya memfitnah Datuk Harun Din

Ataupun kerana Timbalan Presiden merasa malu kerana pada satu waktu beliau telah cuba untuk menemukan Saiful Bukhari dengan Dato’ Harun Din? Malang kepada Ustaz Nasa, Ustaz Harun Din telah tidak mahu terlibat dalam konspirasi ini. Saya minta Ustaz Nasa bersumpah maklumat ini tidak benar, dan saya dengan senang hati akan menarik balik maklumat ini dari blog saya dan akan meminta maaf.

Kalau Ustaz Nasa boleh bersumpah tak pernah berjumpa dgn Najib, silalah bersumpah sekali lagi membuktikan maklumat ini tidak benar. Oleh kerana sumber maklumat ini adalah dari mereka berkedudukan tinggi dalam parti, maka saya berpegang dengan maklumat ini

Silaplah Polis Pencen sebab mewarwarkan maklumat ini. Skrg ia telah jadi maklumat awam.


Bahagian #4:Polis Pencen berkata:

“Auww dia dapat daripada maklumat sumber yang agak tinggi! Macam mana si Tulang Besi begitu mudah dapat berkawan dengan mereka hight class dalam UMNO?”

Jawapan saya: Majoriti maklumat saya adalah dari sumber dalaman PAS sendiri. Jadi, tak perlulah Polis Pencen takut.

Saya nak tanya, perjumpaan2 rahsia dengan UMNO, bukankah ianya telah disahkan oleh sumber UMNO sendiri yakni Pak Lah sehingga Presiden dan Timbalan Presiden terpaksa mengaku? Dan Presiden dan Timbalan Presiden bukan setakat mengaku tetapi terpaksa juga mengaku mereka telah berbohong?

Dengan pengakuan Presiden dan Timbalan Presiden itu, bermakna sumber UMNO adalah sumber yang jitu dan boleh dipakai.

Dengan kata lain, bukan saya seorang sahaja yang mengesahkan sumber UMNO, Presiden dan Timbalan Presiden juga begitu. (Rujuk “PAS mengakui bertemu Perdana Menteri)

Bahagian #5: Polis Pencen berkata:

Tulang Besi berusaha menulis dan menyebar maklumat seolah-olah wujud ketidak percayaan Presiden dan Timbalan Presiden PAS terhadap Anwar Ibrahim.

Jika kita perhatikan mula-mula isu liwat, Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi dengan jelas dan tegas dalam kenyataannya meminta pihak yang menuduh membawa empat saksi. Kenyataan Presiden PAS pada awalnya bercanggah dengan Mursyidul Am dan Mufti Perlis yang meminta diadakan Muballah”

Jawapan: Saya minta tunjukkan di mana kenyataan tersebut boleh didapati? Kenyataan yang terdekat adalah dibawah yang diambil dari interview dgn Harakahdaily:

Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.”

Ada atau tidak Tuan Guru Presiden menyatakan tentangan atau simpati dengan Anwar Ibrahim kerana difitnah meliwat? Kalau ada silalah tunjukkan kepada saya.

Penutup: Polis Pencen mesti faham niat pendedahan yang saya buat ini. Semuanya bertujuan memastikan fraksi UMNO di dalam PAS tidak berjaya di dalam usaha mereka untuk membawa PAS ke dalam Barisan Nasional. Itu sahaja.

Kalau orang kata maklumat saya takda bukti, dahulu pun Bakaq@Penarik Beca dituduh menipu dan mendapat maklumat dari UMNO. Tapi akhirnya terbukti juga.

Dan maklumat yang saya pegang ini pun, “in time” akan terbukti kesahihannya. Dan saya pula bukan jenis yang mudah ditipu dan hanya bergantung kepada kenyataan rasmi sahaja. Saya melihat kepada konsistensi dan setakat ini Presiden dan Timbalan Presiden takda pun kata mereka akan membantu Anwar di Permatang Pauh. Ada tak?

-Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

http://resolixi.co.cc http://sojaboga.co.cc/adult http://www.lastfm.ru/user/garsex/journal
порно фото порево
http://member-6p0123dddee23d860c.vox.com/ http://www.jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1526615 http://nawufeha.freehostia.com
порно фото е
vrotmnenogi