Kerajaan akan meneruskan agenda zalim ‘menghambat’ keluar lebih ramai penduduk dari Pulau Duyong demi untuk meneruskan agenda pembangunan sebagaimana yang telah dirancang.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad menyatakan demikian ketika ditemui Buletin Online baru-baru ini.
Menurut Muzafeq, beliau dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pihak berkenaan yang simpati kepada nasib penduduk Pulau Duyong.
“Kawasan yang akan terlibat adalah perkampungan asal bertentangan dan dibelakang pangsapuri yang telah dibangunkan sebelum ini,
“walau bagaimanapun saya akan buat siasatan,” katanya apabila ditanya kawasan manakah yang akan terlibat dengan tindakan kerajaan tersebut.
Beliau mengakui kawasan tersebut merupakan tanah kerajaan, namun katanya, penduduk terbabit sudah tinggal diatas tanah itu puluhan tahun dan pernah beberapa kali menghantar permohonan.
“Sebelum pilihanraya lalu, pihak kerajaan telah berjanji tidak akan mengeluarkan penduduk dari kawasan itu, namun janji itu kin adalah cuma janji-janji kosong untuk memancing undi pilihanraya,”ujar Muzafiq
Pada November tahun lalu, Muzafiq telah memohon jasa baik masyarakat umum untuk bersama-sama menyokong perjuangan membela nasib rakyat Pulau Duyong yang semakin terhimpit akibat ‘pembangunan haram’ yang dilaksanakan.
Terlalu banyak kontroversi pembangunan Pulau Duyong yang memakan belanja RM 220 juta sebagaimana dilaporkan Warta Hadhari Bil 10, 2005.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengkritik pembinaan Pulau Duyong yang disifatkannya sebagai membazir.
“Tanpa sebarang kajian dan perancangan, tanpa mengendahkan peraturan dan undang-undang bagaimana sepatutnya wang kerajaan sepatutnya diperuntukkan dan digunakan,
“Dato Seri Abdullah, Dato’ Seri Idris dan para kroninya membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membangunkan Pulau Duyong,”kata Mahathir dalam Blognya.
Muzafiq yang juga Timbalan Ketua AMK Terengganu menyuarakan kebimbangan terhadap nasib tang akan menimpa penduduk Pulau Duyong.
Beliau berkata sebelum ini, pihaknya telah berjumpa dan
“Samada dari Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Exco, wakil rakyat dan yang lain-lain, semua kami dah jumpa, tetapi semuanya tidak dapat menjawab persoalan tentang nasib dan masa depan penduduk Pulau Duyong” jelas Encik Mozafiq.
Ahli Jawatankuasa Pekeduy, Encik Saado berkata tidak ada kepastian terhadap masa depan kehidupan penduduk Pulau Duyong.
“Kemanakah orang kampung akan pergi, adalah penempatan akan disusun semula atau penduduk Pulau akan dihambat keluar,”soal beliau.
Beliau juga mendakwa penduduk kampung tidak dimaklumkan tentang projek-projek pembangunan Pulau Duyong kerana kerajaan menganggap penduduk pualau membangkang sema projek yang dilaksanakan.
“Sepatutnya kerajaan mengambil pelajaran terhadap keputusan pilihanraya umum lalu, dimana penduduk Pualau Duyong telah menolak kerajaan dan mengundi PAS,”tambah Saado.
No comments:
Post a Comment