"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 10, 2008

Awasi Musuh PAS dan Musuh Pakatan Rakyat

Oleh PolisPencen

" Saya membaca Malaysiakini mengenai komen Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Kenyataan Mursyidul Am PAS sebenarnya mempunyai makna tersirat kerana beliau adalah di antara pimpinan PAS yang cukup berpengalaman dan mempunyai pengetahuan politik yang cukup baik.

Saya cuba mencari siapakah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru ini?

Saya terbaca satu tulisan oleh Tulang Besi "Adakah PAS Akan Membantu Anwar di Permatang Pauh? " di laman Marhaen yang berbunyi
Saya minta maaf kerana menaikkan isu ini sekali lagi, tetapi tanda2 yang saya lihat amat membimbangkan saya. Saya khuatir Anwar Ibrahim boleh disabotaj oleh PAS di Permatang Pauh oleh sebahagian ahli PAS. Saya berharap kerisauan saya ini tidak berasas dan segala yang berlaku skrg ini cuma salah faham saya sahaja.
Tulisan ini jika dibaca sekali lalu menampakkan seolah-olah ia menyokong Pakatan Rakyat tetapi jika dihalusi dengan semua tulisan daripada pernama Tulang Besi, kita akan dapati bahawa dia adalah 'musang berbulu ayam'. Kenapa saya berpendapat sebegini?

Saya mengambil satu lagi petikan daripada tulisan si Tulang Besi
Soalan saya mengapa PAS tidak diwakili oleh Timbalan Presiden ataupun Presiden sendiri? Benarkah pendapat ramai bahawa isu Muzakarah PAS-UMNO ini telah selesai? Sekiranya perkara ini telah selesai, mengapa sehingga sekarang tiada kenyataan rasmi dari Presiden PAS ataupun Timbalan Presiden PAS? Sedangkan Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam Malaysia yang boleh dibaca di [sini].
Ini menunjukkan si penulis ini berniat jahat. Semua orang tahu Musryidul Am PAS, Presiden dan beberapa orang Majlis Syura Ulama telah membuat perjumpaan di kediaman Musryidul Am PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri telah membuat kenyataan.

Ekoran daripada itu 50 pimpinan utama PAS telah bertemu dan keputusan mengenai Muzakarah atau Muqabalah ini telah dibuat. Apakah keputusan 50 orang pimpinan ini tidak tepat dan tidak boleh dipakai? Apakah Mursyidur Am PAS sendiri membuat kenyataan masih dipertikaikannya.

Saya tak nampak perbezaan antara Mursyidur Am dan Presiden dalam hal ini. Tapi Tulang Besi tidak puas hati masih mengungkit perkara ini dan mencari lubang-lubang untuk menghasut agar berlaku pecah belah demi menjayakan matlamat peribadinya.

Hati kecil saya mula mempersoalkan siapakah dia si Tulang Besi. Petikan di bawah ini memberikan gambaran sedikit sebanyak siapakah dia dan dia memang tidak suka PAS membuat bantahan kepada Majlis Peguam dalam Isu "Forum Agama Islam"
Kenapa tiada kenyataan dari Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS berkaitan sokongan PAS kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Ketua Pembangkang sekiranya beliau menang? (Saya menyokong tindakan memprotes forum ini, tapi saya rasa lebih baik kita senyap dan tidak beri publisiti kepada majlis ini. Majlis Peguam dipenuhi dengan mereka2 yang liberal dan tidak tahu apa yang menguntungkan Malaysia dan apa yang merugikan Malaysia. Buktinya, tiada siapa dalam Majlis Peguam mempunyai pengetahuan berkaitan ekonomi. Ertinya mereka jahil tapi mereka rasa mereka pandai).
Tulang Besi bukan sahaja menyerang Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS, malah dia cuba menyebar fitnah baru dengan memburuk Dato' Prof. Dr Harun Din dalam hal ini. Cuba baca petikan dia. Dia kata ada cubaan untuk membuat perjumpaan sama macam Najib nak jumpa dengan Saiful.

Ini juga menunjukkan seolah-olah wujud konspirasi antara Saiful dengan Dato' Prof Dr Harun Din. Baca petikan tulisan si Tulang Besi yang cuba manipulasi dengan kata-kata jika tak benar akan minta maaf sedangkan dalam masa yang sama si tulang Besi lempar fitnah kepada Timbalan Musryidur Am PAS.
Ataupun kerana Timbalan Presiden merasa malu kerana pada satu waktu beliau telah cuba untuk menemukan Saiful Bukhari dengan Dato’ Harun Din? Malang kepada Ustaz Nasa, Ustaz Harun Din telah tidak mahu terlibat dalam konspirasi ini. Saya minta Ustaz Nasa bersumpah maklumat ini tidak benar, dan saya dengan senang hati akan menarik balik maklumat ini dari blog saya dan akan meminta maaf.
Saya mula mencurigai si Tulang Besi bila dia tersilap mendedahkan dirinya dalam petikan ini
Sememangnya saya telah memasukkan banyak maklumat sebelum ini yang saya dapat dari berbagai sumber yang boleh dipercayai, tetapi cerita Ustaz Nasa berjumpa Najib ini saya dapati dari sumber2 dalaman UMNO sendiri. Ia bermakna cerita itu telah disebarkan oleh orang-orang dalaman UMNO sendiri, kemungkinan musuh-musuh Najib sendiri.
Macam mana di Tulang Besi begitu 'terror' boleh mendapat maklumat dalam UMNO yang semua dikalangan kita tak tahu pun! Siapa dia ini begitu rapat dengan UMNO ini?

Cuba baca lagi petikan artikel si Tulang Besi ini
Setakat ini Ustaz Nasa hanya menafikan cerita ini sahaja. Cerita lain, saya tak nampak Ustaz Nasa menafikannya. Misalnya, panggilan telefon dari Pak Lah kepada Ustaz Nasa, tidak pernah dinafikan oleh beliau. Dan maklumat di atas, saya minta Ustaz Nasa nafikan kerana yang ini saya dapat dari sumber yang agak tinggi.
Auww dia dapat daripada maklumat sumber yang agak tinggi! Macam mana si Tulang Besi begitu mudah dapat berkawan dengan mereka hight class dalam UMNO?

Baca lagi tulisan jahat si Tulang Besi yang cuba mengaitkan semua perkara kepada unsur pecah belah dalam PAS dan berniat menghasut pembaca.
Mengapa Bakaq@Penarik Beca ditangkap? Sekiranya benar isu ini telah selesai, nescaya semua yang terlibat seharusnya dimaafkan. Tetapi nampaknya fasa membalas dendam telah bermula. Bakaq@Penarik Beca adalah blogger pertama mendedahkan perbincangan rahsia UMNO-PAS sehingga semua ahli tahu, Apabila beliau dituduh menipu, Pak Lah sendiri mengesahkan maklumat Bakaq. Kalau kita baca blog Bakaq, tiada apa yang kontroversi kecuali pendedahan-pendedahan yang beliau lakukan terhadap beberapa pimpinan PAS yang amat berminat untuk membawa PAS masuk BN.

Setelah usaha membawa PAS ke BN gagal, maka Bakaq telah dihukum dan polis digunakan ke atas beliau. Ini menunjukkan kepada kita bahawa usaha membawa PAS kepada BN masih belum tamat. Mereka cuma telah mengubah strategi mereka dengan menyenyapkan blogger yang kuat mendedahkan hasil pergerakan mereka.

Ada satu lagi blogger bernama Mat Saman Kati yang juga aktif membuat pendedahan. Sekarang ini, blog beliau telah dikunci dan beliau tidak dapat update blog beliau.

Maklumat terbaru saya dapat, mereka amat marah dengan Husam Musa. Fraksi UMNO berpendapat Husam lah sebab utama Tok Guru menentang hasrat dan perancangan mereka. Mereka akan mencari kesalahan Husam sehingga Husam nanti akan didakwa di mahkamah dan akhirnya Husam Musa akan dihukum.

Pendek kata sesiapa sahaja tokoh yang pro-Pakatan Rakyat akan dihukum dan dibuang dari PAS. Ada kemungkinan Dato’ Kamaruddin Jaafar tidak akan dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS selepas pemilihan tahun depan.

Dan Dato’ Kamaruddin Jaafar adalah yang paling dipersalahkan secara umum kerana beliau dihormati dan beliau tidak mahu menyertai UMNO. BEliau dilihat sebagai "barua" Anwar Ibrahim dan beliau dilihat sebagai penghalang nombor satu. Beliau juga akan dikorbankan juga.

Ini satu lagi tuduhan yang cukup biadap terhadap pimpinan PAS dengan bermaksud untuk mencetus perasaaan tidak puas hati dikalangan ahli-ahli PAS kepada pemimpin PAS di masa yang sama cuba untuk meragukan hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat dan mengaitakan isu liwat kononnya ada dikalangan pemimpin PAS mempercayainya.

Tulang Besi berusaha menulis dan menyebar maklumat seolah-olah wujud ketidak percayaan Presiden dan Timbalan Presiden PAS terhadap Anwar Ibrahim.

Jika kita perhatikan mula-mula isu liwat, Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi dengan jelas dan tegas dalam kenyataannya meminta pihak yang menuduh membawa empat saksi. Kenyataan Presiden PAS pada awalnya bercanggah dengan Mursyidul Am dan Mufti Perlis yang meminta diadakan Muballah.

Kenapa si Tulang Besi mengungkit dan meminta Presiden membuat kenyataan berkaitan isu Anwar Ibrahim. Jangan kita mudah terkeliru dengan isu ini dan permainan politik orang yang berkepentingan seperti yang dinyatakan oleh Dato' Mursyidur Am."

-Tranungkite

No comments: