"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 10, 2008

Bantahan forum Majlis Peguam, kerajaan disyor pinda akta kahwin

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Mehrun Siraj menyarankan agar kerajaan meminda undang-undang bagi menyediakan peruntukan penyelesaian pertikaian mualaf dan pasangannya bukan Islam di Mahkamah Sivil.


Bercakap kepada pemberita selepas forum bertajuk Memeluk Islam: Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Menjejak Semula Subashini & Sharmala anjuran Majlis Peguam dihentikan ekoran bantahan NGO dan pemimpin politik Islam, Mehrun berkata, langkah itu perlu untuk memberi peluang kepada orang yang memeluk agama Islam menyelesaikan isu penceraian mereka menerusi undang-undang Mahkamah Sivil.


“Sebelum ini penceraian antara mualaf dan pasangannya yang bukan Islam perlu dibawa ke Mahkamah Syariah... dengan ini pasangan yang bukan Islam itu akan rasa haknya terjejas,” ujar beliau.

Kata beliau, "jika bukan Islam hendak memeluk Islam,. kita perlu terima mereka... tetapi selesaikan masalah perkahwinan mereka sebagai bukan Islam sebelum itu."

"Berikan hak kepada bekas isteri (bukan Islam) menuntut harta sepencarian, bayaran nafkah dan hak penjagaan anak," kata beliau yang juga Profesor Adjung Kuliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Menurut Mehrun, ini bukan isu agama tetapi isu undang-undang maka undang-undang boleh dipinda demi kebaikan dan kepentingan semua pihak.


“Dari segi Islam, jika kita terangkan kepada orang yang bukan Islam maka mereka tidak rasa takut ataupun khuatir dan mereka akan faham.


“Akan tetapi tindakan beberapa orang yang datang untuk menghentikan forum tadi (semalam) dengan cara yang ganas... ini akan menyebabkan orang lain beranggapan itulah sikap dan cara orang Islam,” kata Mehrun.


“Cara protes, demostrasi, dan menjerit... itu bukan cara Islam,” kata Mehrun lagi.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Alumni Kelab Umno Luar Negara, Nazari Ahmad yang juga salah seorang peserta memberitahu, beliau tidak setuju dengan forum ini diadakan.


"Secara peribadi saya memang bantah forum yang membincangkan soal-soal isu dengan terbuka," kata beliau yang mengakui bahawa hanya datang untuk mendengar apa yang dibincangkan.

Mengenai pandangannya selepas beliau mendengar forum selama sejam, Nazari berkata: "Ada kebaikan dan ada keburukannya tetapi saya tetap dengan pendirian saya membantah forum sebegini diadakan."


-mSTAR Online

No comments: