"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 28, 2008

Anwar disahkan Ahli Parlimen penggal kelima, mampu capai sasaran 16 Sept?

(Dikemas kini, 1930) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh buat penggal kelima di Dewan Rakyat pagi ini selepas kira-kira 35 jam diumumkan memenangi kerusi tersebut.



Di sebalik upacara angkat sumpah itu muncul spekulasi baru 40 hingga 50 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti dalam waktu terdekat.



Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tidak mengulas lanjut melainkan berkata, "kami akan mengumumkan bila tiba masanya."


Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.



"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.



Kata Anwar, beliau gembira berada semula di Parlimen atas kepercayaan yang diberikan oleh penduduk kawasan Permatang Pauh.



"Perdana Menteri telah kehilangan mandat negara," kata Anwar sambil menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan "kesemua kroni mereka" harus dikeluarkan.



Semalam, Abdullah berkata, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain.



Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.



"Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan," kata Abdullah lagi.



Terdahulu Anwar menyempurnakan upacara itu pada pukul 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.



Sebelum ini Anwar pernah hadir di Parlimen tetapi bukan atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya mengiringi isteri beliau ketika ahli-ahli Parlimen mengangkat sumpah April lalu.



Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999, mewakili Barisan Nasional.



Kemudian kerusi itu disandang oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1999.



Anwar bertanding kerusi itu selepas dikosongkan oleh Dr. Wan Azizah 31 Julai lalu. Beliau memenangi kerusi tersebut kelmarin dengan majoriti 15,671 undi.



Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat yang baru dan mengumumkan secara rasmi mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.



Jawatan Ketua Pembangkang itu sebelum ini juga disandang oleh Dr. Wan Azizah.



Dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, dua anggota keluarganya berada di Dewan Rakyat.



Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, anggota parti komponen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda mengalu-alukan pemilihan dan pelantikan beliau.



Ketika itu, anggota Kabinet yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab atas hal ehwal Parlimen dan Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan menteri yang menyelia urusan kehakiman dan perundangan.



Pandikar berkata, Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.



Sebaik sahaja upacara ringkas itu berakhir, laporan Bernama menyebut Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric E. Majimbun dari BN sebelum mengajukan soalan pertama, sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan di atas pemilihan beliau sebagai ketua pembangkang.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.



Terdahulu Anwar tiba di lobi Parlimen pada pukul 9:50 pagi dengan diiringi Dr.Wan Azizah dan anak mereka Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.



Turut sama mengiringi beliau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Kesemua mereka juga merupakan anggota Dewan Rakyat.



Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.



-mSTAR Online

2 comments:

Nor Amran Abdullah said...

BOLEH JANGAN TAK BOLEH

WWW.SILATBOND.BLOGSPOT.COM
WWW.DODOL-NENEK.BLOGSPOT.COM

Duwanz said...

keluar mengundi 38,144 orang

undi rosak = 447 undi

anwar dapat: = 31,195 undi

jumlah undi - undi untuk anwar - undi rosak = 6502 undi (baki dari jumlah keluar mengundi)

arif dapat = 15,524 undi.
Hanafi dapat = 92 undi

undi arif + undi hanafi = 15616 undi

15616 - 6502 = 9114 undi

dari mana jumlah 9114 undi ni datang ya??? heran bin ajaib..??

SPR!!!! Tolong jawab!!!!