"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 22, 2008

Harga Minyak:Kemenangan Di Pihak Rakyat

Berita terbaru lagi sensasi, Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen, dan pada keesokan harinya, harga runcit di paras RM2.55 sen dan diesel pula harganya akan turun ke harga RM2.50 dengan penurunan sebanyak 8 sen.



Apa lagi nak dikatakan, ini adalah kemenangan rakyat Malaysia yang memprotes kenaikan harga minyak dengan begitu mendadak tempoh hari. Aku tidak pedulilah sama ada, niatnya ikhlas atau tidak, itu tidak penting, bagi aku yang penting, kita sebagai rakyat telah mengurangkan kos sara hidup. Penurunan ini disebabkan nak berkempen untuk pilihanraya Permatang Pauh, itu BN punya pasal. Kita ucapkan terima kasih kepada Pak Lah dan rakan-rakan dalam BN kerana menurunkan harga minyak pada esok harinya dan tidak menunggu sampai bulan 9 ini.



Diharap, kalaulah ditakdirkan oleh Allah S.W.T, harga minyak pasaran dunia turun lagi, Pak Lah cepat-cepatlah menurun harga minyak di Malaysia sebab beliau telah berjanji bahawa harga minyak di Malaysia akan mengikut harga pasaran minyak dunia, tidak perlulah nak mengkaji dahulu sebab kalau naik, tidaklah mengambil masa yang lama.



Kita imbas kembali kenangan kita, pada 1Mei 2004, harga minyak di Malaysia ialah RM1.37, dinaikkan pada 1 Oktober 2004 ke harga RM1.42. Pada 1 Mei 2005, dinaikkan lagi pada harga RM1.52. Lepas 2 bulan, kerajaan Pak Lah naikkan lagi harga minyak pada paras RM1.62 seliter. Pak Lah rakus lagi dengan menaikkan harga minyak ke harga RM1.92 pada bulan Febuari 2006. Pak Lah menunaikan janji dengan tidak menaikkan harga minyak selama setahun tetapi janji itu hanyalah hendak meredakan kemarahan rakyat, tetapi Pak Lah meledakkan bom C4 pada 5 Jun 2008 dengan menaikkan dengan mendadak harga minyak ke paras RM2.70. Rakyat tersentak, berlaku kemarahan sekaligus mereka memprotes dan esok harinya boleh dikatakan kemenangan kepada kita semua.



Saya sebagai Anak Muda Parlimen Batu ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah sekali lagi dengan penurunan ini, dengan turun ke padang, ke LRT dan Komuter. Apa pun niat, saya bersangka baik sahaja.



-Anak Muda Parlimen Batu

3 comments:

radenjowo said...

Mungkin hari isnin gua turun .... nak tengok suasana

Anonymous said...

Assalamualaikum rakyat Malaysia. Saya salah seorang ahli UMNO kat Sabah. Walaupun begitu saya tidaklah menyokong UMNO membutab tuli. Saya fikir zaman fitnah dan penganiyaan yang berlaku dalam zaman Tun Mahathir dah berakhir. Rupa-rupanya dalam zaman Pak Lah yang dikatakan anak seorang ulama ini pun sama juga. Kenaikan minyak secara mendadak adalah satu cara kerajaan mengalihkan beban akibat kelemahan, rasuah dan penyelewengan mereka kepada rakyat. Bila DSAI membongkar bahawa kerajaan sebenarnya meraih keuntungan besar ekoran kenaikan minyak global, maka sudah pastilah pemimpin-pemimpin BN tidak senang keran tembelang mereka dipecahkan, apatah lagi jika DSAI ke Parlimen. Banyak penipuan, rompakan, rasuah dan pelbagai penyelewengan BN akan terbongkar. Sebab itulah mereka cuba pastikan DSAI kalah di Permatang Pauh. Kalau DSAI menang di Permatang Pauh senjata liwat akan digunakan. Walaupun isu liwat ni tak logik. Anwar dah agak berumur. Saiful pula muda dan kuat. Kenapa Anwar yang liwat dia. Memang hina sangatlah manusia yang bernama Saiful ni. Saiful bersumpah laknat tiada pula ulasan pemimpin-pemimpin BN bahawa perbuatan itu mengganggu proses mahkamah. DSAI lebih bijak dengan tidak terikut-ikut perbuatan Saiful itu, kalau tak Anwar juga boleh didakwa kerana menghina mahkamah. Itulah UMNO dan kerajaan BN. Hina dan menjijikkan. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa. Takut harta mereka yang dah bertimbun-timbun tu susut kalau tidak berkuasa lagi. Oleh kerana Pas tiada kat Tenom, Sabah ni maka kami jadi ahli UMNO yang penyokong Pakatan Rakyat. Kalaulah Pas ada Cawangan Kat sini sudah lama saya menyertai Pas. Pas wajar mencari individu-individu di seluruh Sabah yang boleh menubuhkan cawangan Pas di kawasan-kawanas tersebut. Saya fikir Pas mempunyai potensi besar sebagai parti Islam untuk menjadi pemerintah pada masa akan datang.

Ahli UMNO yang tidak berkongsi dosa dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

Junaidi Blog said...

salam singah