"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 22, 2008

Tok Guru Nik Aziz Berihat Di Hospital

MAKLUMAT yang saya terima dari Kota Bharu, Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kini sedang berihat di hospital pakar Perdana Jalan Bayam Kota Bharu. Beliau masuk ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.
Sekejap tadi salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan menghubungi saya dan memberitahu keadaan Tok Guru sihat dan tidak ada apa yang membimbangkan. "Tok Guru masuk ke hospital berkenana hanya untuk berihat... saya baru lepas menziarahinya" begitu jelas anggota Exco berkenaan.

Minggu lalu Tok Guru bersama lebih 2,500 para pemimpin dan ahli Pas berhimpun di Ipoh Perak dalam muktamar tahun ke 54. Dalam keadaan bertongkat beliau hadir pada muktamar yang bersejarah itu.

Bukan itu saja beliau juga kali ini turut sama memberi ucapan penggulungan pada hari kedua mukatamar berkenaan di mana ini jarang berlaku. Biasanya Musryidul Am hadir sebagai penaung saja dan tidak mengambil bahagian apa lagi menggulung atau membahas usul.

Semacam ada sesuatu yang terdesak bagi Musrsyidul Am itu sehinggakan terpaksa menggunakan platform muktamar untuk membuat penjelasan mengenai isu yang timbul ke belakangan ini. Dalam beberapa isu yang berlaku dalam Pas kini Tok Guru bersemangat macam orang muda.

Beliau juga turut sama berada di Permatang Pauh pad hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan itu pada 16 Ogos lalu bagi memberi sokongan padu kepada calon PKR, Anwar Ibrahim. Beberapa blog melaporkan beliau turut sama mendoakan dan mengimani solat hajat untuk kemenangan Anwar.

Dalam ulasannya mengenai pilihan raya itu sebelum ini Tok Guru itu mahukan Anwar menang besar.

Mungkin kerana agak penat dengan muktamar dan suasana dihari penamaan calon itu menyebabkan beliau perlu berihat. Didoakan semoga Tok Guru cepat sihat dan bertenaga kembali untuk sama-sama turun ke Permatang Pauh bersama Husam Musa bagi melihat proses pengundian pada Selasa depan.

-.

No comments: